
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
tengok tajuk pon dah tau. mesti benda ni tentang pengalaman yang memberi kesan yang amat kepada aku. haha.. terasa diri ini lawak.
hari ni aku berseorangan kat bilik, ditinggalkan roomate yang entah menghilang ke mana tanpa diberitahu ke mana beliau pergi dan tujuannya. [agak terkilan tapi biarkan saja]
so, ajakla orang yang yang juga kesepian macam aku ni, cik deena khaleeda yang keseorangan macam aku pergi ke library universiti malaya nun jauh di sana. merentas lautan jalan raya [saja nak buat mcam jauh gila], meredah bangunan2 besar, akhirnya sampai jugak. sebenarnya kam langsung tidak tahu kedudukan sebenar library ni, yang aku tau, dekat2 dengan perdana siswa. so, tawakkal 'alallah je la awal2 tu.
maka bermula lah episod pengembaraan kami berdua. masuk2 library tu, memang muka blur yang amat. haha trus ja g kat papan kyataan, nak cari tempat. aku sebenarnya masih dok bayangkan main library ni macam library kat nilampuri. masuk2 ja trus nampak tempat nak ulangkaji atau tempat nak duduk. hakikatnya... memang 100% salah la. tyme tu teringat yang kena letak beg dulu sebelum masuk ke dalam. so kami pegi la kat locker room ntuk simpan beg. tyme ni wat rilek g. then kuar dari locker room, nak masuk la tempatnye kan. muka dah jadi blur balik. sebab nampak lorong2 nak masuk, tapi tatau nak masuk cena. haha lawak kan?
nasib baik la pakgad yang dok tepi tu amat2 la memahami insan berdua yang terkapai2 nak masuk library ni [padahal dah ada dlam library dah pon]. kitorang tunjuk kad matrik dan kemudian dipersilakan masuk ke lorong yang berkenaan ntuk masuk. nak masuk ni satu hal, ingatkan kat tempat LRT tu ja ada lorong2 ceni. kat library pon ada. haha memang hebat. so, pakgad tu lagi la yang perturun ilmu dia kat kitorang. [^_^]
dah bjaya masuk tu, cari lif plak xjumpak, tapi wat muka kering jer jalan2, last2 jumpak gak lif, naik la ke tingkat 2 yang mana terletaknya floor ntuk cari bahan rujukan. masuk2 ja kawasan tu, nampak meja, terus letak buku. then gelak2 sikit, kitorang jalan2 pusing situ. nampak komputer yang dikhaskan untuk mencari buku menggunakan pendeta webpac. kitorang tertanya2 gak, mana laa buku. sikit jer nampak. rupanya2 pandangan kami memang sangat2 terhijab oleh dinding2 kat situ. bila kitorang jalan ke depan dan ke depan, guess what, saujana mata memandang kot rak2 bukunya. sampai ada 2 floor lagi.. kiranya floor kedua ni ada dua sub-floor lagi la. [kalau xpaham p tengok sniri kat tingkat 2 library um]. kalau dah rak buku pun saujana mata memandang, apatah lagi la buku2nya tu kan. lagi double saujana mata memandang. wat2 excited plak terjumpak buku2 ntuk asasi sains dan aku sempat la amik satu. buku fizik yang international. aku ni sangat lemah dan xminat fizik, so aku perlukan usaha yang lebih ntuk nak faham benda ni. tu yang smangat nak pinjam buku tu. haha..
pastu, dah penat2 [xla penat pon, kitorang dok kat situ, tambah tolak masa, dlam sejam ja], kitorang cdang nak balik la. sebab belum solat satu hal [cai surau xjumpak, terhijab lagi kot pandangan masa tengok kat papan kyataan kat situ], pastu nak try pinjam buku. maka, menujulah kami berdua beriringan ke tingkat bawah ntuk meminjam buku secara manual. ok, slesai. hah, ni la waktu yang paling memalukan yang menyebabkan aku tertarik hati nak post kisah ni kat blog ni. usai saja aku pinjam buku, kami pon siap2 la nak kuar. nak kuar ni lagi satu hal, kena lalu lorong yang mcam kat tempat LRT tu + ada scanner mcam kat kedai2 buku tu[takut orang curi buku kot].. dengan yakinnya kami bjalan keluar, kononnya dah tahu la jalan kan. haha tengok2 scanner tu bunyi... teeet teeet teeet,, deena yang lepas separuh tu terkejut2 patah balik n aku ni plak muka cuak xkira dah. dalam hati, dahla fes tyme datang, macam2 lak hal jadik. adehai... dengan muka yang aku rsa memang sangat tebai tahap xingat ni, p la kat kaunter selepas diberitahu oleh pakgad. p ja kat kaunter tu, pakcik kaunter tu kata, 'tak tau laaaa'.. toobaaat ccuuuuaaaakk giilaaaaaaa!
last2 ada pakcik tu tolong scan kan buku yang aku pinjam tu. rupanya2 buku tu xscan abeh lagi. sbb tu bunyik. arghhh.. tadi aku tengok pakcik lagi sorang tu dah scan, asal lak kena scan banyak kali.. huhu sedih aku.. malu laaa xtau nak kata pa. suma hadirin hadirat yang ada kat situ, melihat dengan pandangan dan senyuman. haha sah2 la depa dok gelak. haha aku pon gelak kat diri snirik. haha adeh.. pas ja pakcik tu scan, aku cakap 'pakcik, ni xbunyik dah kan2?' sangat jelas kecuakan aku disitu. pakcik tu gelak sakan ja kat kami. xpa2 pakcik..
nak lalu kat lorong tu lagi skali, aku mmg sangat cuak. rasa suma mata dok tengok ja kami nak kuar, tyme aku nak lalu tu, aku sua buku tu dlu. haha xbunyik, so aku jalan la sambil gelak2 p locker room. kitorang dua gelak2 je sampai la kat kolej kediaman. memang sangat malu + ok la jugak, dapat belajar perkara baru.
moral value dalam cita aku ni. xrugi belajar benda baru. memang la awal2 tu akan buat banyak kesilapan, tapi, kalau ikut logiknya, kalau kita xpernah salah, macam mana nak tahu sesuatu tu betul, kan? so, learn from mistakes. dan perbaiki la. one quote that i get from the internet, "Experience is the name everyone gives to their mistakes."-Oscar Wilde. mungkin nanti aku dah xbuat kesilapan tu, dan aku bleh mlangkah ngan yakin dalam library tu. haha.. insyaAllah.
wallahua'alam
















