Friday, June 24, 2011

:: HERO ; hilal asyraf n OTHERS ::




dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

post hari ni berkenaan buku2 yang aku telah beli.. hari jumaat minggu lepas aku kuar pegi mid valley ngan kawan2 semata2 ntuk pegi mph bookstore nya yang amatlah besar tu. natijahnya, aku telah mengeringkan duit aku sedikit sebanyak dengan membeli buku=novel. the latest hilal asyraf punya kot. aku pon xtau, aku beli sebab aku xbaca lagi ja. sebenarnya dalam masa cuti sebulan aritu, aku da jugak terbeli novel2 lain. cuma aku xsempat nak post kan. kebanyakan yang aku baru beli tu adalah buku karya hilal asyraf, dan satu karya hlovate dan satu lagi karya sapa ntah. tapi aku xsuka pon buku tu [buku-karya-siapa-ntah] atas sebab2 tertentu. okeh, aku xbaca lagi buku yang latest aku beli ni, so aku xleh nak komen lagi. just ntuk informkan saja..



yang aku baru beli tu novel HERO karya hilal asyraf.



yang ni novel TAKDIR, yang latest kot juga karya hilal asyraf. tapi aku tak beli, kawan aku beli, aku tumpang aja dulu. mungkin bakal menyusul.



yang ni novel TERASING, karya hilal asuraf. dah lama buku ni, tapi yang baru beli 2 bulan yang lalu.



yang ni novel VT, juga karya hilal asyraf. ni pon buku lama. aku ja baru terbeli.



yang ni MATAHARI,himpunan cerpen2 terbaik hilal asyraf. ni agak baru jugak. tapi aku dah pernah post tentang buku ni sebelum ni.



yang ni novel SINERGI, karya hilal asyraf. ni buku hilal asyraf yang fes aku beli. dan jatuh cinta.



ni buku motivasi, LANGIT ILAHI 1. karya hilal asyraf. satu2nya buku motivasi hilal asyraf yang aku beli SETAKAT INI.



yang ni pulak, CONTENGAN JALANAN, karya hlovate yang terbaru.


tu semua buku hilal asyraf yang aku miliki setakat ini. insyaAllah kalau da rezki, aku tambah lagi.. haha [parents memahami situasi ku yang addict dengan buku2 macam ni] n jangan tnya kenapa kbanyakan buku2 ni semuanya karya hilal asyraf. sebab aku suka tulisan dia. buku2 penulis lain pon ada,cuma ni yang terbaru aku beli dalam lingkungan 2 bulan yang lepas. aku suka beberapa orang penulis saja dan penulis2 itu saja yang aku beli bukunya. [tapi kadang2 ada gak penulis lain tersesat]

aku suka karya hlovate, hilal asyraf, ramlee awang mursyid, faisal tehrani. tapi faisal tehrani aku jarang beli novel tulisan dia. mungkin sebab aku nampak novel lain lebih meng'attract' aku kot. dan gaya bacaan aku lebih kepada pembacaan novel berbanding buku2 motivasi. sebab novel ni macam dekat. ada kawan aku sorang tu* dia kata orang yang suka baca novel ni, kuat berangan. haha mybe ada betulnya lah kut. papa pun aku cuma amik ibrah apa yang ada dalam novel tu atau sesebuah buku tu. sebab tu hanya penulis tertentu sahaja yang aku pilih ntuk aku beli hasil karya mereka.


papa pun, pepandai la pilih yang mana baik dan yang mana buruk. fikir2kanlah yer..