Monday, March 28, 2011

:: LeaRN tO sTuDy ::

masing2 tengah belajar
belajar untuk mengenal

belajar untuk menilai


belajar untuk belajar


belajar untuk membuat keputusan
belajar segala2nya

all things need to study

belajar dari kehidupan
belajar dari pengalaman


yes.. i am agree
tottaly agree

so, please learn how to study

please... hargai sesuatu sementara ianya masih ada.. learn how to value something or somebody......

dan kadangkala kita hanya sedar keindahannya
pabila ia sudah tiada di depan mata

Sunday, March 27, 2011

Saturday, March 26, 2011

pErGi.................

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani




"KULLU NAFS ZAAIQATUL MAUT"
"SETIAP YANG HIDUP PASTI MERASAI MATI"


ku merintih ku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
dihitung amalan penentu syurga atau sebaliknya
tanah yang basah berwarna merah
semerah darah dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernada syahdu
tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu resah penantianku
terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan kudengari tangis mereka yang ku tinggalkan
kehidupan di sini bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian
kembali oh kembali
kembali lah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu
ajal yang datang di muka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siap pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafasa terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi
jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan
selama ini diceritakan kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan



AL-FATIHAH untuk arwah nenek ku yang baru kembali ke pangkuan Ilahi dua hari sebelum post ini ditulis.........................................


Rasulullah pernah bersabda, orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati..
pada pandangan aku lah, mengingati mati tu, adalah penawar yang bagus untu penyakit wahn iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.. tapi jangan pulak takut nak mati, sebab tujuan kita hidup ialah untuk mati. sebab kalau kita tak mati, macam mana segala amalan dan perbuatan kita nak dihitung kan? dan Allah dah berjanji dengan ayat di atas.. setiap yg bernyawa pasti akan mati..


sebelum pulang tadi, aku lihat wajah itu.. wajah yang amat terkesan dengan pemergian ini.. sebelum ni, aku xpernah tengok dia menangis walau sekali.. ternyata dia memang tabah.. pengorbanannya amat besar. amat besar. mungkin orang seperti aku pon xmampu nak berkorban macam dia.. dia tak berkahwin selepas kematian tunangnya dulu dan terus mengambil keputusan untuk menjaga nenekku sepanjang hidupnya.. ternyata dia memang kotakan kata2nya.. dia betul2 menjaga nenekku hingga akhir hayat nenekku..
skarang, neneku dah tiada, dia tinggal berseorangan.. buat sementara ni masih ada lagi yang menemani, tapi, yg lain2 juga ada kehidupan.. pernah jugak aku bertnya sepupu ku yang sma2 risau..

"angah nak dok ngan sapa kak Ar? xkan nak dok sorang? bahaya..."
" kak Ar dah tanya, tapi dia kata selama ni dia mcm dok sorang jugak.. lagipun dia sayang ayam itik dia, sapa nak bela.."

begitulah jawapan sepupuku.. ya, selama ni dia dan nenekku hanya tinggal berdua. nenekku yang memang sudah uzur, memang tidak banyak bergerak, memang seperti tinggal seorang..
saat aku mahu berangkat pulang tadi, betapa beratnya hati.... mungkin nanti sepupu ku berjaya memujuknya... sebelum ni, dia tidak pernah menangis [pada pandangan mata aku] tapi tadi, dia mendahului kami.. sedih... seolah2 kami xkan pulang lagi..
'angah, xmungkin kami xbalik.. kami mesti balik,, macam biasa...' hati aku berkata..
terimbas semua kenangan aku ngan dia.. dia macam mak aku sendiri.. yang ajarkan aku cara hidup di kampung.. semoga dia sentiasa sihat dan bertenaga untuk teruskan kehidupan.. aku akan rajin pulang nanti.. InsyaAllah...
jasamu dikenang~



FROm hEaRT tO HeaRt..

Wednesday, March 23, 2011

::pengalaman:: =)

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Alhamdulillah.. sebenarnya baru ja sampai dari sekolah, turun padang untuk melawat warga SBT SBPIKP.. pengajaran yang besar, planning dulu b4 buat sesuatu okeh![sesuatu telah berlaku, nak tau cita sila berbuat demikian secara peribadi]



bukan nak buat diari ka apa, tapi hanya perkongsian cerita,,

::tarikh :: 22 Mac 2011
empat sahabat bertemu di intersection point di terminal bas shahab perdana, dan seterusnnya menembusi lapisan keselamatan sbpikp dengan jayanya [bagitau pakgad la..]

:: agenda utama :: bertemu dengan semaksimum guru dan pelajar yang ada di skolah tersebut.. [memang tercapai target itu]
::agenda sampingan :: bertemu dan beramah mesra dengan junior2 dan secara tidak sengaja telah 'ter-extend' waktu melawat.. =p

:: kesimpulan ::
cuba nak bertindak sebagai pemula bagi lapisan batch2 senior yang lain untuk membantu adik2 dalam menangani masalah yang dihadapi di sekolah sama ada masalah sosial, pelajaran, personal dan lain2..

:: harapan ::
perancangan yang telah diatur untuk membantu adik2 tersayang ini dapat kami dan saf2 sahabat yang lain dapat follow up dari semasa ke semasa.. [bantu sesama kita sebagai satu batch] insyaAllah..




*****************************************************************************



::tarikh:: 23 mac 2011
::tempat:: SBT SBPIKP

::agenda:: pengumuman result spm tahun 2010


juga berkenaan sahabat berempat di atas, menyambung pengalaman mereka sebagai perayau di sekolah selama dua hari, dan hari ini dah masuk hari kedua [niat nak sambung dok lagi]..

pada awalnya mereka telah menjadi para 'pegawai tabung haji' yang xbertauliah yang ditugaskan untuk menyambut para 'bakal haji dan hajah' sebelum mereka 'berwuquf di arafah'..
kemudian, turut masuk ke dewan untuk melihat wajah para waris dan pelajar2 junior yang datang nak amik result,, [ada yang masih seperti dulu, ada yang malu2 dan ada yang xkenai langsung [depa wat xknai, kita pon wat xtau ja laa]]

seperti yang telah diketahui, result spm skolah kami agak menurun, [sikit ka banyak xtau la sebab bukan kami yang analisis] tapi, apa pun, semuanya kita patut bersyukur kepada Allah.. sekuat dan sehebat mana usaha kita, keputusan finalnya tetap Allah yang tentukan.. ingat tu.. [buat diri ini yang sangat selalu lupa dan sahabat2]
so, janganlah ada yang sampai nak bunuh diri ka pa, terima saja ketentuan tersebut..
ya, mesti ada yang rasa bersalah,sama ada pada cikgu, ibu bapa xpon diri sendiri.. mustahillah xdak kan.. aku dulu pun cetu, target paling rendah 9A, tapi rezeki Allah bagi hanya 7A.. tapi, papapun syukur.. dapat gak masuk UM..

so, masa dapat 7A tu ada ka tpikiaq nak masuk UM? tidak sama skali, dok pikiaq, 'sah2aku xlayak masuk UM, tapi cuba la dulu' tp Alhamdulillah dapat gak UM, bila kita letak kebergantungan kita pada Allah secara total [diri ini masih xmampu], kita akan redha apa pon yang Allah berikan kat kita dengan yakin ada hikmah disebalik tiap2 yang terjadi.. tapi, ofkos kita kena usaha dulu,
>>usaha sehabis baik, kemudian bertawakkal lah kepada Allah.. <<

kesimpulan yang tak tersimpul, bersyukur dengan yang ada, ikhtiar selagi berdaya, bertawakkal sentiasa di akhir usaha.. gambatte! fighting! chaiyok2!




tHe eNd [^_^]

Friday, March 18, 2011

:: NEW BOOK ; again ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

> alhamdulillah.. selamat sampai sudah kat kedah dan rumah tercinta.. walaupun bas 'delay' selama 2 jam! tapi syukur dah selamat sampai..

> know what, accidentally i bought one new novel.. huhu i just need something to read.. please don't blame me.. [diir ini sangat suka membaca sesuatu esp novel..]

> my task now before start study, need to finish my new novel..

title : TERASING [dah lama kuar novel ni, saja baru asa nak beli ]
muallif : hilal asyraf
expectation : can give me motivation to get through my life as a servant to HIM and as devote [xsure ejaan cena] to myself and others [even diri ini bukanlah seorang yang layak]..

selamat membaca...

:: kawan2 meh beli buku dan baca buku ramai2 [^_^] ::

Tuesday, March 15, 2011

fReNz+sHip = persahabatan

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

sunyi sungguh hostel skarang ni...
kebanyakan [hampir semua] warga al-malik khalid[amk] dah balik umah masing2.. bagi yang sem4, balik selama2nya la..yang sem2, balik cuti sem jer.. tinggal kami yang kos apids sahaja.. sedih tu sedih jugak,tapi hidup dan pelajaran mesti diteruskan..
klas dah mula hari ahad yang lalu, dan sampai hari khamis nanti.. mungkin kali terakhir nak jumpak pensyarah2 luar yang datang mengajar kitorang.. tapi, harapannya, annual dinner nanti depa sudi datang..untuk adakan perjumpaan buat yang terakhir kalinya.. [mungkin]

ukhuwah fillah lebih kukuh bila lihat dari sudut sekarang.. kekuatan kami seramai 48 orang pelajar muslimat, memang membuatkan kami semua saling bergantung.. indah sangat perasaan ni.. sapa yang xpernah rasa, or yang takmau rasa, ketahuilah, sesungguhnya anda dalam golongan yang rugi..bersahabat kerana Allah.. xtergambarkan betapa manis dan bahagianya hidup.. semalam baru wat flashback tentang kisah hidup masing2 dengan sahabat2 rapat.. memang xdinafikan perasaan bersahabat itu sangat indah, dan di setiap tempat, xkan pernah sama perasaannya.. unik kan??

mungkin kat skolah sayang kita kat sahabat macam lain, kena melawak2 sikit baru hepi..mungkin kat u ni lain sikt, kena romantik2,baru syiok sikit.. hehe tapi apa2 pon, kebahagiaan ukhuwah tu yang penting.. sesapa yang xdapat rasa lagi tu, leh la pasni p cari sahabat2 yang len.. try to make friends,, even one, u will know what the happiness it was.. rindu sahabat2 semua.. [try not to cry here] tiba2 teringat kata2 lecturer ulum al-hadith kami, dr ahmad najib, beliau kata,kalau kita sayang kat seseorang tu, kita kena ucapkan kat dia.. bagi dia tau kata kita sayang dia, baru lah tanda kita betul2 sayang kat kawan kita tu..dan terus aja kitorang semua ucap kan kat kawan2 sebelah "uhibbukifillah atau uhibbukafillah".. tyme tu, seriusly, memang asa terharu, bila org cakap kat kita lak, asa mcam nak tnya.. "betul ka ang sayang kat aku?" hoho..memang hebat penangan ukhuwah kerana Allah.. so kat sini nak gtau la... uhibbukum fillah wahai sahabat2 ku.. insyaAllah di dunia yang sementara membawa ke akhirat yang abadi..

last but not least,peringatan untuk diri dan semua,hargai dan sayangi sahabat kita selagi kita mampu..cuba pertahankan ukhuwah yang telah dibina atas dasar kepercayaan dan kesetiaan.. insyaAllah berkekalan..amin..

end of story.. [^_^]

Friday, March 11, 2011

:: feeling frustrated? ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

arini ari khamis.. act, dah masuk ari jumaat.. tadi, bermula waktu pagi sampai la malam.. hampir keseluruhan warga al-malik khalid [amk] dah berangkat pulang.. aku? toksah tanya..
aku dan sahabat2 seperjuanganku dalam kos asasi pengajian islam dan sains, terpaksa memanjangkan tempoh pengajian kami dan tempoh untuk kami bermastautin di um ni.. [sayu lak asa]
tadi, on the way nak balik bilik, aku nampak byk blik dah kosong, banyak orang dok kalut angkat beg.. asa macam ditinggalkan pulak,, teringat masa spm dlu masa tinggal bebudak sains tulen agama saja.. hmmm sunyi sepi,, xdak semangat ja.. haishh.. sanggupkah aku nk tinggalkan amk ni? um ni? beratnya ati...
papapon hidup perlu diteruskan kan?... medan sebenar sedang menanti, bersediakah aku? huhu.. bilik aku akan kkosong sepenuhnya ari jumaat esok.. maaflah wahai kakak2 ku.. bukan aku nak jauhkan diri, tapi aku xselesa duduk ngan senior yang kurang paham keadaan aku.. semoga kalian berdua selamat samapai ke destinasi dan semoga bertemu lagi di kL nanti..
agak dah, mesti rasa nak emo.. harapan aku, aku boleh lagi datang um ni nanti.. harapan lagi, nak jadi matahari kalau xmampu, nak jadi bulan yang pantulkan cahaya matahari.. mampukah aku? biiznillah...
akademi pengajian islam universiti malaya nilampuri..
satu nama yang amat asing bagi aku dulu, tapi sekarang... hanya Allah ja tau betapa sayangnya aku kat tempat ni.. semoga Allah pelihara para pendidik dan seluruh warga um ni.. amin..

:: macam xdak kena ngena pon kan? tapi xpalah, tetiba asa sedeyh nak tinggalkan um..

Thursday, March 10, 2011

:: matahari ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..





MATAHARI.....
"jadilah sepertinya,
sinar cahaya kepada semua,
sumber tenaga segala,
paksi untuk semesta,
sinarnya sampai walau dalam gelita..

tanggal 9 mac 2011.. bagi aku hari yang amat mendebarkan, hari yang amat memboringkan selepas ito, dan hari yang amat menceriakan buat aku.. limaza?
lianna....
bermula sebagai hari yang mendebarkan, menghadapi final exam untuk final subjek yakni ulum al-hadith bukanlah sesuatu yang mudah.. tambahan subjek semester 4 yang dipadatkan kepada pelajar2 aliran sains seperti aku,[mula exam awal, tapi habis paling last] namun, Allah telah permudahkan urusan aku dalam menjawab soalan2 tersebut. Alhamdulillah..
seterusnya, aku keluar dewan peperiksaan awal dengan senyuman, tapi hari tersebut telah menjadi hari yang amat membosankan walau hanya 20 minit aku keluar dengan kebahgiaan kerana exam hampir habis [untuk pelajar sains masih tinggal 2 subjek math dan MUET yg tarikh exam pada bulan 4] aku dilanda resah, aku rasa bosan,, mahu keluar sebentar melihat dunia, setelah aku bertapa dalam universiti sejak sebulan lebih yang lalu.. sekali lagi, aku jumpa sumber cahaya.. sahabat2 mengajak keluar untuk mencari keperluan. ya, aku sangat perlukan sesuatu untuk ubat rindu... i need books to read bcoz i love to read.. Alhamdulillah.. dapat sebuah buku yang bertajuk matahari.. ;tajuk biasa bagi sesebuah buku..
hari yang menceriakan aku,, aku telah membaca sebuah buku yang aku kira penulisnya sangat hebat! memang jiwa aku tersentuh dengan setiap kisah yang diletakkan dalam buku tersebut.. mungkin agak keterlaluan kalau aku kata, 'menggetarkan jiwa' tapi itu hakikatnya.. buku tu mampu buat seseorang menangis.. dengan pengisian yang padat.. Alhamdulillah.. sejak aku dapat buku tu, hari aku dah ceria,, Allah dah bg aku 'matahari' yang bermakna untuk gantikan hari aku yang pada awalnya agak berduka... =)

:: matahari:: koleksi cerpen terbaik hilal asyraf, sarat dengan kandungan nilai persahabatan, nilai seorang hamba, nilai dimensi cinta, nilai perjuangan, dan macam2 lagi..

:: aku pon teringin nak jadi macam matahari, bukan sekadar penghilang gelita, tetapi juga sebagai petunjuk buat manusia.. mampukah aku?

[request dari seseorang supaya aku menulis kembali.. special credit to beliau][^_^]