
MATAHARI.....
"jadilah sepertinya,
sinar cahaya kepada semua,
sumber tenaga segala,
paksi untuk semesta,
sinarnya sampai walau dalam gelita..
tanggal 9 mac 2011.. bagi aku hari yang amat mendebarkan, hari yang amat memboringkan selepas ito, dan hari yang amat menceriakan buat aku.. limaza?
lianna....
bermula sebagai hari yang mendebarkan, menghadapi final exam untuk final subjek yakni ulum al-hadith bukanlah sesuatu yang mudah.. tambahan subjek semester 4 yang dipadatkan kepada pelajar2 aliran sains seperti aku,[mula exam awal, tapi habis paling last] namun, Allah telah permudahkan urusan aku dalam menjawab soalan2 tersebut. Alhamdulillah..
seterusnya, aku keluar dewan peperiksaan awal dengan senyuman, tapi hari tersebut telah menjadi hari yang amat membosankan walau hanya 20 minit aku keluar dengan kebahgiaan kerana exam hampir habis [untuk pelajar sains masih tinggal 2 subjek math dan MUET yg tarikh exam pada bulan 4] aku dilanda resah, aku rasa bosan,, mahu keluar sebentar melihat dunia, setelah aku bertapa dalam universiti sejak sebulan lebih yang lalu.. sekali lagi, aku jumpa sumber cahaya.. sahabat2 mengajak keluar untuk mencari keperluan. ya, aku sangat perlukan sesuatu untuk ubat rindu... i need books to read bcoz i love to read.. Alhamdulillah.. dapat sebuah buku yang bertajuk matahari.. ;tajuk biasa bagi sesebuah buku..
hari yang menceriakan aku,, aku telah membaca sebuah buku yang aku kira penulisnya sangat hebat! memang jiwa aku tersentuh dengan setiap kisah yang diletakkan dalam buku tersebut.. mungkin agak keterlaluan kalau aku kata, 'menggetarkan jiwa' tapi itu hakikatnya.. buku tu mampu buat seseorang menangis.. dengan pengisian yang padat.. Alhamdulillah.. sejak aku dapat buku tu, hari aku dah ceria,, Allah dah bg aku 'matahari' yang bermakna untuk gantikan hari aku yang pada awalnya agak berduka... =)
:: matahari:: koleksi cerpen terbaik hilal asyraf, sarat dengan kandungan nilai persahabatan, nilai seorang hamba, nilai dimensi cinta, nilai perjuangan, dan macam2 lagi..
:: aku pon teringin nak jadi macam matahari, bukan sekadar penghilang gelita, tetapi juga sebagai petunjuk buat manusia.. mampukah aku?
[request dari seseorang supaya aku menulis kembali.. special credit to beliau][^_^]