Monday, August 26, 2013

ayuh menangis~

menangislah..
menangislah kerana mengingatkan kembali dosa-dosa dahulu. 
menangislah kerana takutkan azab-azab Allah. 
menangislah kerana rasa bersalah atas kesilapan dan kelalaian kita dahulu.
kerna dengan itu, Allah akan beri ketenangan.
merintihlah.. merayulah.. menangislah pada Allah. 
nescaya Allah akan berikan rasa tenang yang tak pernah kita rasa. 

Sunday, August 25, 2013

selagi hayatmu di sini -Devotees



selagi hayatmu di sini
akan kau meniti hari demi hari
suratan takdir yang menerka
bukan alasan untuk kau memendam duka

dirimu umpama purnama
yang hilang cahaya dimamah gerhana
terbenam di lubuk gelita
terbiar dirimu dicengkam derita

namun kupercaya suatu masa akan tiba
deritamu akan pergi jua
biarpun dunia memandangmu hina
tapi tak mengapa
ku kan bersamamu
mengharungi hidup ini

biarkan mereka kata apa saja 
biarkan mereka mencemuh menghina
pedulikan saja halangan yang tiba
semua itu adalah dugaan dariNya

tabahkan hatimu cekalkan jiwamu
pasrahkan dirimu padaNya Yang Satu
akan tiba waktu mereka tahu
siapakah sebenarnya dirimu

selagi hayatmu di sini - devotees





Friday, August 23, 2013

muhasabah diri

salam.

terasa nak bermuhasabah diri pulak. sekarang tengah menghabiskan novel pendek karya iqbal syarie yang berjudul Transit Cinta. ya, memang betul novel ni novel cinta. tapi cinta tu luas pengertiannya kan. pembacaan aku masih pada pertengahan cerita yang mana watak utamanya Akiff, semakin yakin mencari dan menjadi dirinya yang menjadi hamba Tuhan. berlainan pula dengan heroinnya, Diana, yang telah hilang kepercayaan kepada Tuhan dan agama, mula mencari kembali jalan pulang. mula bertatih semula mencari makna cinta Ilahi.

tiba-tiba terasa diri sendiri yag memainkan watak Diana. mungkin bukan pada kesemua plot2 ceritanya, tetapi pada sebahagiannya yang mana dia jauh pada Tuhan. jauh pada Allah. jauh pada agama. jauh pada Islam. diri terasa kotor. terasa tak layak untuk menerima hidayah Allah. namun, sangat bersyukur kerana terpilih menerima 'hadiah' daripada Allah. hadiah untuk melakukan U-turn. untuk kembali semula kepada kecintaan pada Allah dan Islam.

"Dia pilih aku untuk pusingan-U. perubahanku buat ke sekian kali, aku kira hanyalah sebuah belas dan ihsan daripada Yang Maha Mencinta. Bagiku, inilah sebuah nikmat teragung. aku tak pernah minta. aku lalai. aku tak impikan nikmat ini. tapi aku dapat 'hadiah' ini. Allah yang beri. heh.. malunya aku. orang macam aku yang dah lupakan Dia, dah bencikan Dia, dah derhaka pada Dia, pun masih dipilih untuk berubah."

lalu nikmat yang mana yang kamu hendak dustakan?

mungkin kita amnya atau aku khususnya, tidak berasakan kederhakaan kepada Allah. mungkin tidak secara langsungnya iaitu seperti tidak menutup aurat dan sebagainya, tapi secara tidak langsungnya? mustahil lah tiada kan? kadangkala bila diuji, selalunya keluhan yang keluar dahulu berbanding bersyukur. ya. mungkin bagi pendosa seperti kita yang lemah ni, memang begitu. mungkin aku begitu. aku mengaku.

heh, post sebelum ni pun bercakap tentang ujian. post ni pon nak cakap pasai ujian? suka hati aku lah.

aku sedang diuji. tapi, ujian kali ni, alhamdulillah. ujian yang ke sekian kalinya ini, aku dapat lagi menangis, dapat merintih. dapat mendekatkan diri dengan Allah. dan sememangnya bila dekat dengan exam atau ditimpa musibah atau ujian beginilah kita terasa nak berpaling kepada Allah. sedangkan tatkala bersuka ria, dan bahagia, Allah pun belakang kira. tapi, bak kata seorang sahabat, itu lebih baik daripada yang terus menerus melupakan Allah. yang terus menerus sombong dengan Allah. tapi we must change to be better la. malah, lebih sombong dia itu sekiranya ditimpa ujian, masih lagi tidak meminta pertolongan Allah. sedangkan Allah itu Maha Berkuasa. Rabbul 'alamin.

kita tiada tahu bila dan di mana dan bagaimana sesuatu ujian itu diturunkan. namun, berdoalah dan mintalah pada Allah. hanya Dia yang mampu membantu. orang yang berada di sekeliling menjadi wasilah.

Allah. murahkan air mata untuk merintih kepada Allah. insyaAllah. akan dirasai nikmat sebuah ketenangan tatkala menghadapi ujian. betul. cubalah seikhlas hati. =3

aku bukan mahu mencanangkan aku ini ditimpa ujian. tapi, aku hanya sekadar ingin berkongsi. ujiannya tidaklah sebesar yang Allah uji saudara seIslam di Mesir. bahkan mungkin soal yang remeh sahaja. tapi, bagi aku, aku cukup bersyukur, dengan aku diuji seperti ini walaupun ujian nya kecil, aku yakin,dan aku tahu, Allah masih mahu mendakap aku dalam rahmat dan hidayahNya. bukan semua yang terpilih untuk mendapat rahmatnya untuk kembali ke pangkal jalan. kerana itu perlu bersyukur. bukan sekali dua, bahkan berkali-kali. Alhamdulillah.

sekian.

RefLeKsi diRi

Assalamualaikum



Dalam hidup ni, ada naik turun. Ada jatuh bangun. Ada masa kita senang, ada masa kita diuji.
Ujian kita pula pelbagai, dari sekecil-kecil perkara, hinggalah kepada yang sebesar-besar masalah. Walaubagaimanapun, ujian yang menimpa seseorang itu bukanlah untuk menjatuhkan, tetapi untuk menguatkan dia. Memang perlu jatuh dulu, kemudian barulah kita boleh bangun. Untuk bangun, kita perlukan tenaga, perlukan satu titik permulaan untuk bergerak. Atau, mungkin jika sudah lama terduduk, kita sukar untuk berdiri semula. Kita takut seandainya kita jatuh kembali. Jadi, untuk bangun itu, kita terlalu menjadi berhati-hati. Sehinggakan, kita mengambil masa yang terlalu lama. Dan mungkin kita memerlukan sesuatu sebagai catalyst untuk bantu kita bangun daripada jatuh itu.

Tanpa disedari, dalam apa jua perkara yang kita lakukan, sebenarnya, ada pendorongnya. Ada catalystnya. Untuk melakukan kebaikan, kita lakukan kerana pahala. Kerana syurga yang dijanjikan Nya sebagai pendorong kita untuk melakukan kebaikan. Bagaimana pula dengan melakukan kejahatan? Adakah neraka yang menjadi pendorongnya? Tentulah tidak. Siapa yang mahu menjadi ahli neraka dan mendapata kemurkaanNya? Bagi aku, aku tidak mahu. Apabila seseorang itu melakukan kejahatan, bukanlah neraka itu menjadi pendorongnya, tetapi kenikmatan sementara yang mengaburi dosa-dosa itu yang menjadi pendorongnya untuk melakukan. Apabila melakukan dosa ini, selalunya kita akan mudah ketagih untuk melakukannya semula. Kerana nikmat sementara itu lah. Kerana itu kita sebenarnya pendosa. We are a sinner.

Menjadi seorang pendosa, bukan bermakna sudah tertutup pintu taubat. Selagi belum kiamat, bertaubat lah sentiasa. Dan bukan tatkala melakukan dosa besar [nauzubillah] sahaja kita bertaubat nasuha, tapi, dosa-dosa kecil yang selalu dilakukan itu seharusnya jangan dipandang remeh. Aku seorang pendosa. Ya betul. Tapi mengapa tak mahu menjadi kan diri kita juga sebagai aku seorang yang bertaubat? Tepuk dada tanya iman.

Refleksi diri. Refleksi iman. Refleksi amal. Refleksi ibadah. Refleksi hati. Refleksi ilmu. Refleksi semuanya selagi termampu untuk muhasabah.

p/s : jangan lupa tembakkan doa buat saudara seagama di mesir, syria dan negara bergolak yang lain. dan semoga Malaysia terus aman. amin


Thursday, August 22, 2013

Wednesday, August 21, 2013

satu hari di hari raya. satu bulan di bulan syawal.

salam.

musim raya. musim cuti sekolah. musim kawen.

tetiba ja nak update. padahal niat dah malas nak update blog selama beberapa bulan.

kembali semula kepada 3 benda yang disebutkan tu. sinonim sangat tiga benda ni. kebetulan pulak raya kali ni memang ramai pelajar2 universiti awam bercuti. hatta yang belajar luar negara pun ada yang balik sebab raya. maka, memang meriah raya tahun ni. tapi, bukan bagi aku. alhamdulillah, nikmat berhari raya, kunjung mengunjung, semua masih dapat dinikmati. tapi nikmat bertemu rakan2 asyik tertangguh saban hari kerana urusan keluarga, kerana kekangan masa, kerana tiada kenderaan, kerana tiada kebenaran [kebenaran keluar rumah tu ada, cuma, kena ada kawan yg dipercayai]. lihat kawan2 ke majlis kahwen sahabat2 sekolah, sebatch atau senior2 sekolah, senior di universiti, rumah terbuka kawan2, rumah terbuka cikgu2, timbul perasaan yang sangat cemburu. ya. tersangat cemburu. apatah lagi lihat sahabat2 lelaki, senang2 berhari raya di rumah sahabat handai. ah. cemburu lagi. bebasnya mereka.

rakan2 perempuan pon apa kurangnya, cuma, mereka bukan di kawasan aku. kalau tak, memang nak ikut. memang la orang ada kata, hendak seribu daya. tapi, perancangan mesti ada. kalau pakai terjah ja, nanti diri sendiri yang susah.mungkin xdak rezeki nak bergembira berlebihan untuk raya kali ini. harapan syawal tahun ini ialah, semoga dapat berhari raya dengan sahabat handai dan keluarga pada hari raya akan datang dengan lebih meriah lagi.

cakap pasai raya sudah, cakap pasai kawen pulak.

serius ramai yang aku kenal dah baru saja melangsungkan perkahwinan. macam tak percaya. diri ni dah 21 tahun. kawan2 yang kenal masa sekolah rendah, sekolah menengah, yang kenal masa hingusan. sama2 langgar peraturan, sama2 membaiki diri, da kahwen. macam tak terasa pun tahun2 yang berlalu. bertahun2 yang terpisah akibat tuntutan masa.

sahabat. tak dinafikan terselit sedikit cemburu di hati, tapi, selebihnya, aku sangat2 mendoakan kebahagiaan dunia akhirat sahabat2 aku. senior2 pon termasuk sama. hihi. jeles bukannya sebab apa. tak dak orang mai masuk meminang lagi. hehe ok melawak ja noh.

insyaAllah awal bulan 9 ni akan daftar sem baru, tahun baru. meningkat lagi setahun. bakal menjadi pelajar tahun kedua kos pengajian islam dan bioteknologi. doakan yang terbaik untuk aku dan rakan2 yer.
semoga dipermudahkan lah urusan pembelajaran ni. insyaAllah.

jumpak lagi laen kali.

p/s : jom sama2 doakan keselamatan dan kesejahteraan sahabat2 dan saudara2 kita di mesir. dan juga doakan laknat dan pembalasan Allah kepada yang menzalimi saudara Islam kia di mesir, syria dan negara2 bergolak lainnya. Allah jua lah yang maha membalas. #Qunut Nazilah.

sekian.