Assalamualaikum
Dalam hidup ni, ada naik turun. Ada jatuh bangun. Ada masa
kita senang, ada masa kita diuji.
Ujian kita pula pelbagai, dari sekecil-kecil perkara,
hinggalah kepada yang sebesar-besar masalah. Walaubagaimanapun, ujian yang
menimpa seseorang itu bukanlah untuk menjatuhkan, tetapi untuk menguatkan dia.
Memang perlu jatuh dulu, kemudian barulah kita boleh bangun. Untuk bangun, kita
perlukan tenaga, perlukan satu titik permulaan untuk bergerak. Atau, mungkin
jika sudah lama terduduk, kita sukar untuk berdiri semula. Kita takut
seandainya kita jatuh kembali. Jadi, untuk bangun itu, kita terlalu menjadi
berhati-hati. Sehinggakan, kita mengambil masa yang terlalu lama. Dan mungkin
kita memerlukan sesuatu sebagai catalyst untuk bantu kita bangun daripada jatuh
itu.
Tanpa disedari, dalam apa jua perkara yang kita lakukan,
sebenarnya, ada pendorongnya. Ada catalystnya. Untuk melakukan kebaikan, kita
lakukan kerana pahala. Kerana syurga yang dijanjikan Nya sebagai pendorong kita
untuk melakukan kebaikan. Bagaimana pula dengan melakukan kejahatan? Adakah
neraka yang menjadi pendorongnya? Tentulah tidak. Siapa yang mahu menjadi ahli
neraka dan mendapata kemurkaanNya? Bagi aku, aku tidak mahu. Apabila seseorang
itu melakukan kejahatan, bukanlah neraka itu menjadi pendorongnya, tetapi
kenikmatan sementara yang mengaburi dosa-dosa itu yang menjadi pendorongnya
untuk melakukan. Apabila melakukan dosa ini, selalunya kita akan mudah ketagih
untuk melakukannya semula. Kerana nikmat sementara itu lah. Kerana itu kita
sebenarnya pendosa. We are a sinner.
Menjadi seorang pendosa, bukan bermakna sudah tertutup pintu
taubat. Selagi belum kiamat, bertaubat lah sentiasa. Dan bukan tatkala
melakukan dosa besar [nauzubillah] sahaja kita bertaubat nasuha, tapi, dosa-dosa
kecil yang selalu dilakukan itu seharusnya jangan dipandang remeh. Aku seorang
pendosa. Ya betul. Tapi mengapa tak mahu menjadi kan diri kita juga sebagai aku
seorang yang bertaubat? Tepuk dada tanya iman.
Refleksi diri. Refleksi iman. Refleksi amal. Refleksi
ibadah. Refleksi hati. Refleksi ilmu. Refleksi semuanya selagi termampu untuk
muhasabah.
p/s : jangan lupa tembakkan doa buat saudara seagama di mesir, syria dan negara bergolak yang lain. dan semoga Malaysia terus aman. amin

