Sunday, July 28, 2013

=3

:: basmalah :: 

"He knows what is in the heavens and on earth; and He knows what you conceal and what you reveal: and Allah knows well the secrets of all hearts."


 Al-Qur’an [64:4]  

salam ramadhan kareem~

Saturday, July 13, 2013

Friday, July 12, 2013

. . . . .

basmalah.

geram.
mengada.
euu.
gedikz.
ape kes budak ni?
what the ..?
pffft..
zzzzz...
=.='
o.O?


mungkin ini kenyataan yang keluar bila tengok sesuatu yang tidak gemari di laman sosial.

mungkin status fb seseorang?
mungkin entri blog seseorang?
mungkinV-log seseorang?
mungkin gambar seseorang?
mungkin seseorang?

atau

mungkin perkara yang dibincangkan di whatsup kumpulan seseorang?
mungkin gambar di instagram seseorang?
mungkin panggilan di viber atau benda alah lain dari seseorang?

baru aku paham perasaan orang yang tegur status2 aku dulu.
weh, aku paham. 
perasaan yang aku nyatakan ni lah.
walaupun kadang2 aku tak sengaja gak ulang perbuatan pelik aku tu. 
[atleast aku xla cerita hal dalam kain]
aku nak kata aku paham perasaan tu. 

hanya boleh digambarkan dengan satu perkataan. 

ANNOYING

sekian.

baju kurung

basmalah.

perempuan melayu. istilah yang sarat dengan nilai ketimuran.

dulu, masa arwah tok ada, kalau balik kampung, tak boleh pakai seluar. kena pakai baju kurung. hatta kalau nak pakai tshirt dengan kain batik pun susah. tapi aku tak endah je. aku mana reti pakai kain batik masa tu. dulu nilai kewanitaan dan keperempuanan aku belum terserlah lagi. [cewah] haha.

setiap kali raya, mesti buat baju kurung. sekurang2nya dua pasang. alhamdulillah, memang aku biasa saja pakai baju kurung. bagi aku memakai baju kurung bukanlah penanda seseorang itu budak kampung. aku suka ja mengaku aku dari kampung. tapi aku tak suka kalau orang lain merendah2kan orang kampung dengan nak mengambil kesempatan. bukan semua orang kampung tak educated ok!

baiklah. hari ini saja nak ceritakan perihal baju kurung. bila aku dah memasuki alam universiti ni, dan dah rasa merantau ni [walaupun takla jauh sangat], aku dah biasa dengan pakaian yang kasual, mudah dan selesa. yang buatkan kita senang bergerak, memakai seluar adalah yang paling simple dan kasual. dan aku mengaku jugak, pakai baju kurung ni, kadang2 rimas.

aku terasa nak mencabar diri aku cuba memakai baju kurung lebih kerap dan bukan hanya pada hari raya, pergi kenduri, dan pergi kelas. orang kata, pakai baju kurung ni kolot. ada juga orang kata, pakau baju kurung ni ayu. aku tak kisah pun nak jadi kolot apatah lagi jadi ayu. haha. janji pakaian tu selesa.

perempuan melayu dan baju kurung. macam serasi je. sama jugak dengan lelaki melayu dengan baju melayu. baju pun ada bangsa. ok, aku melawak ja. aku taknak jadi perempuan melayu terakhir. tapi aku nak jadi wanita melayu yang penuh nilai ketimuran. cewwwwwwaaaaah! ok, bukan melayu saja. bukan nilai ketimuran saja. insyaAllah seorang muslimah, insyaAllah mukminah juga. doakan ye!

apa kaitan dengan baju kurung?
aku pun taktau. aku nak tulis entri pasai baju kurung. tapi yang aku merepek panjang2 ni aku pun tak paham. k, sekian.

p/s: baju kurung sekarang dah di eksploitasi. sama jugak macam busana muslimah. nama saja busana muslimah, tapi 'muslimah'nya tiada. tak cukup syarat menutup aurat~

Thursday, July 11, 2013

budaya ramadhan =3

basmalah.

ramadhan pertama hari ini. alhamdulillah. Allah sampaikan pada aku dan kita ramadhan kali ini. sempat lagi merasa nikmat2 ramadhan.

ramadhan almubarak.

ramadhan bulan penuh rahmat. penuh keberkatan. penuh barakah. penuh kemuliaan. sebab tu bulan ni istimewa. hatta dari sejarah pun kita tahu, banyak perkara penting berlaku dalam bulan ramadhan. jangan jadikan ramadhan ini satu budaya saja.

ramadhan satu budaya atau ibadah?

kenapa aku kata budaya? sebab ada bazar ramadhan. sebab ada tarawih. sebab ada jualan murah. sebab ada kurma. eh?

rata-rata kita hatta aku sendiri pun selalu rasa ramadhan ini satu budaya. boleh je, tapi kita sertakan lah ibadah2 yang membuatkan budaya ramadhan ni best. menarik. tertarik. gitu baru betul. bukan femes dengan budaya bazar dan kurma saja.

menghidupkan ramdhan atau nak lagi power, ihya' ramadhan, budaya yang mulia. hidupkan dengan menganjurkan atau menyertai majlis ilmu. mengeratkan silatul rahim, menambahkan amalan sunat, banyakkan amalan sedekah, meningkatkan zikir, doa, munajat, solat. menjaga puasa tu sendiri. aku pun bukan la kata dah lengkap mutabaah amal aku dengan semua yang aku sebutkan ni. tapi kita kena cuba. 

selagi belum mati, selagi belum kiamat, insyaAllah ada peluang untuk bertaubat, memperbaiki amalan, menambah apa yang kurang, betulkan apa yang salah. jadi, peluang yang terpampang yang tersergam yang terhadap dan segala ter- lagi la, gunakan lah ramadhan sebagai booster untuk menambah pahala kebaikan.

cakap berbuih2 memang senang. taip sampai jari bengkak memang kacang. i know2. aku pernah cakap sebelum ni. orang jahat ni, memang susah nak buat baik. so, bila nak buat baik, kena la ada paksaan. ok, nak tau tips nak bagi timbul rasa terpaksa tu? teruskan membaca. ada cara baik, sopan, dan ada cara hat kasaq dan pedih sikit la. nama pon paksa kan.

tips bagi rasa terpaksa :

1- isi mutabaah amal. jujur. jangan tipu. tengok progress. kalau tak dak progress, maknanya xdak penambahbaikan la kan? so, takkan selamanya nak dok kat takuk lama? tambah la sikit amalan tu

2- baca buku yang memberi impak positif. yang menaikkan semangat untuk beramal soleh. orang dah bagitau cara tak kan takmau lagi kan?

3- bandingkan diri sendiri dengan orang yang LEBIH BAIK, LEBIH BANYAK AMALAN daripada kita. kita cuba cara copycat. tak perlu duduk sebilik dengan orang tu pun xpa. kita perhatikan orang2 tu atau pun, kita bayangkan muka2 bersih kawan2 kita hat baik2 tu. ingat amalan2 dan ibadah2 dia buat. so, copy je la. niat jangan lupa. takkan nak tiru pon tak boleh gak kan?

4- paksa diri dengan mengingati kesalahan2, dosa2 yang pernah dilakukan dulu. supaya jadi pemangkin untuk kita jadi lebih baik.

5- ingat saudara2 kita di Palestin, Syria. kalau kita yang hidup senang lenang ni dok malas lagi, malu lah.

6- cari sendiri lah.

nausihat 

cara paksaan ni bukan semua berjaya. kita mungkin boleh jadikan paksaan pada peringkat awal, tapi sebelum nak jadi tabiat tu, mujahadah kena tinggi, semangat kena kuat. nafsu ni, bukan senang nak dikalahkan. apatah lagi kalau dah dok bela bagi manja selalu. 

bulan ramadhan ni, syaitan dan para penghasut dari kalangan yang sewaktu dengannya takdak, jadi, bergantung pada kita la, sama ada nak iman yang berpaksikan akal yang menang atau naluri yang berpaksikan nafsu yang menang. so, gambatte kudasai.


banyakkan berdoa.

sekian.

p/s : tembakkan doa kepada umat islam di seluruh dunia agar islam kembali tertegak di muka bumi. insyaAllah.

Wednesday, July 10, 2013

novel plk

basmalah.




mengambil masa kurang sehari untuk menghabiskan novel tebal ni. bagi aku, kalau dibandingkan antara novel melayu tipikal, novel ni menarik, best, sedap, ada values. penyampaiannya tak gedik. sebab apa aku guna istilah 'gedik'? sebab kadang2 ada penulis yang nak buat gaya santai dan dalam masa yang sama nak islamisasi kan penulisannya. tp gaya bahasa, lenggok2 nya dengan penyampaian dia sangat tak kena. so, jadi meluat bila baca. dan maklumat kat dalam novel pun macam tak selari. 

aku agak prejudis bila pertama kali aku tengok dan ambil novel ni. tp sinopsisnya buatkan aku pilih jugak. kalau nak tau, cari sendiri lah. walaupun novel melayu tipikal, [bermaksud, ada cintan cintun, tangkap khalwat, kahwen paksa, kahwen muda, anak korporat dan seumpama dengannya] tapi novel ni agak berbeza isinya. well, walaupun hakikatnya, di dasari jalan cerita yang sama. 

buat sesiapa yang tak suka, jangan buang masa mengutuk entri ini. haha. aku baca apa yang aku suka. btw, sebelum ni aku ada beli 2 novel lain sebelum aku beli novel 'versus' dan 'perempuan lindungan kaabah' ni. seperti yang tertera pada gmbar tersebut la kan. 



aku jarang la rasa menyesal beli novel. siyes walaupun seboring mana pon novel tu. walaupun aku xhabis baca. tapi kali ni, aku memang menyesal beli satu novel ni. novel yg bertajuk 'kougar dan tabu' ni. dan pada awalnya memang aku xtau maksud sebenar perkataan tu. aku tak lalu nak baca novel tu. dan aku rasa meluat bila tengok. rasa menyesal. bahasa yang digunakan sangat kasar. mungkin gaya urban. tapi aku xle terima. dan ada bahasa lucah juga. ianya tak direct lucah. tapi indirect. so, aku rasa aku sedia nak buangkan ia ke tong kitar semula. 

yang sebelah kanan tu. 'hello suami. hai isteri' tu juga novel tipikal melayu. tapi best jugak olahan cerita dia. bahasa sedap. so, aku xmau komen banyak2. values dia xbanyak sangat. novel ni just untuk perasan2 ja.


 tak membantu langsung kan komen pasai novel2 ni? tak dak nilai sangat pon. balik2 nilai kekeluargaan, keagamaan yang biasa2, sahabat. bla bla bla. mungkin ada yang kata, bek la p baca buku2 falsafah ke, buku2 agama, kitab2 fikah,  bulughul maram ke, sirah ke, daripada baca novel2 ni. haaaaaa... aku pon suka. aku dah ada dah bulughul maram ngan rahiqul makhtum. tp tak khatam pun lagi. aku kena paksa kalau nak baca buku2 berat cetu. nampak sangat kan betapa aku bawak pengaruh buruk. jadi, dah tau aku ni jahat, jangan ikut la noh. 

sekian. 








Tuesday, July 9, 2013

Saturday, July 6, 2013

bleach and I

basmalah.

currently finishing episodes of bleach.

still in second last arc.

ada senior cakap.

cita bleach ni merapu, sebab banyak unsur sihir.

ye la, shinigami; the soul reaper. malaikat maut la kononnya.

tp ada jugak values dia.

bukanla kosong je.

i'm not suggesting to watch it.

but if you deadly bored, it is not a crime to watch it. really.

although rata2 yang aku tanya hatta abang aku seniri suggestkan one piece lagi dari bleach.

well, habis kan satu2,

tapi, apa2 pun, nak tengok apa2 pun jangan la sampai terlalu lalai.

bukan nak kata lalai xpa, tp terlalu lalai xbleh.

pandai2 la bajet. which is better for you.

don't let the episodes of anime ruined your entire life.

you don't live in animes',but, in real world.

of course ditujukan pada diri sendiri dan jugak semua.


the lyrics: 

For every man there is a cause which he would proudly die for.
Defend the right to have a place for which he can belong to.
And every man will fight with his bare hands of desperation.
And shed his blood to stem the flood to barricade invasion.

among the songs that i love in bleach. 

Friday, July 5, 2013

Thursday, July 4, 2013

books. again.

basmalah. 

menghabiskan masa2 terakhir di rumah sebelum berangkat semula ke kuala lumpur lusa. 

target nak habis kan 2 novel yang baru beli. 
nak habiskan episodes bleach. 
tapi macam tak sempat je.
nanti nak ke kl, dah xdan dah  nak buat suma benda lagha ni, 
kerja banyak menanti. 




aku suka membaca cerita2 macam ni.
fiksyen.
lantak la orang nak kata apa. 
janji aku bahagia.
sekian.