Showing posts with label aSuMa mgarut. Show all posts
Showing posts with label aSuMa mgarut. Show all posts

Sunday, May 18, 2014

simple dan kompleks

bismillah.

sampai sekarang aku tak dapat terima betapa simple nya pemikiran seorang lelaki.
aku tau mereka (baca: lelaki) juga akan kata mereka tak dapat terima kekompleksan perempuan. xpa, biaq.

walaupun aku tau benda ni complementary each other in life, to balance the world, to bla bla bla, tapi hakikatnya bila masing2 buat kepala masing2. ianya amatlah menyakitkan hati. in order to understand others, you must put yourself in their shoes. tp, perempuan, sesimple mana pun dia, dia tak kan dapat menang simplenya seorang lelaki. i dont know why.

susah la jugak kalau asyik perempuan saja nak kena paham the way their thinking. diorang xpernah nak put down their ego to get along with woman. not all, but most of it. =.='

please la.

kalau lelaki A ni stail pelupa, si lelaki B ni stail buat keja last minit, si C pulak stail lone ranger. si D, si E taktau la macam mana. sakit kepala. macam nak kena jaga anak tau bila kerja ngan diorang ni.

but, i do appreciate uolls semua guys. but, kekadang tu, jadilah matang. fahamilah dalam kita bekerjasama, kita kena lah mengalah. tapi bukan mengalah kepada wanita ke apa. tapi, sama2 la mengalah. jadi manusia yang boleh adapt dengan berlainan jantina, yang perempuan pun sama. jangan nak ikut emosi saja (kata kat diri sendiri). ok?

ok. mintak maaf semua jejaka2 di luar sana. ni pendirian peribadi. no offence keyh.

=3

Wednesday, July 10, 2013

novel plk

basmalah.




mengambil masa kurang sehari untuk menghabiskan novel tebal ni. bagi aku, kalau dibandingkan antara novel melayu tipikal, novel ni menarik, best, sedap, ada values. penyampaiannya tak gedik. sebab apa aku guna istilah 'gedik'? sebab kadang2 ada penulis yang nak buat gaya santai dan dalam masa yang sama nak islamisasi kan penulisannya. tp gaya bahasa, lenggok2 nya dengan penyampaian dia sangat tak kena. so, jadi meluat bila baca. dan maklumat kat dalam novel pun macam tak selari. 

aku agak prejudis bila pertama kali aku tengok dan ambil novel ni. tp sinopsisnya buatkan aku pilih jugak. kalau nak tau, cari sendiri lah. walaupun novel melayu tipikal, [bermaksud, ada cintan cintun, tangkap khalwat, kahwen paksa, kahwen muda, anak korporat dan seumpama dengannya] tapi novel ni agak berbeza isinya. well, walaupun hakikatnya, di dasari jalan cerita yang sama. 

buat sesiapa yang tak suka, jangan buang masa mengutuk entri ini. haha. aku baca apa yang aku suka. btw, sebelum ni aku ada beli 2 novel lain sebelum aku beli novel 'versus' dan 'perempuan lindungan kaabah' ni. seperti yang tertera pada gmbar tersebut la kan. 



aku jarang la rasa menyesal beli novel. siyes walaupun seboring mana pon novel tu. walaupun aku xhabis baca. tapi kali ni, aku memang menyesal beli satu novel ni. novel yg bertajuk 'kougar dan tabu' ni. dan pada awalnya memang aku xtau maksud sebenar perkataan tu. aku tak lalu nak baca novel tu. dan aku rasa meluat bila tengok. rasa menyesal. bahasa yang digunakan sangat kasar. mungkin gaya urban. tapi aku xle terima. dan ada bahasa lucah juga. ianya tak direct lucah. tapi indirect. so, aku rasa aku sedia nak buangkan ia ke tong kitar semula. 

yang sebelah kanan tu. 'hello suami. hai isteri' tu juga novel tipikal melayu. tapi best jugak olahan cerita dia. bahasa sedap. so, aku xmau komen banyak2. values dia xbanyak sangat. novel ni just untuk perasan2 ja.


 tak membantu langsung kan komen pasai novel2 ni? tak dak nilai sangat pon. balik2 nilai kekeluargaan, keagamaan yang biasa2, sahabat. bla bla bla. mungkin ada yang kata, bek la p baca buku2 falsafah ke, buku2 agama, kitab2 fikah,  bulughul maram ke, sirah ke, daripada baca novel2 ni. haaaaaa... aku pon suka. aku dah ada dah bulughul maram ngan rahiqul makhtum. tp tak khatam pun lagi. aku kena paksa kalau nak baca buku2 berat cetu. nampak sangat kan betapa aku bawak pengaruh buruk. jadi, dah tau aku ni jahat, jangan ikut la noh. 

sekian. 








Saturday, July 6, 2013

bleach and I

basmalah.

currently finishing episodes of bleach.

still in second last arc.

ada senior cakap.

cita bleach ni merapu, sebab banyak unsur sihir.

ye la, shinigami; the soul reaper. malaikat maut la kononnya.

tp ada jugak values dia.

bukanla kosong je.

i'm not suggesting to watch it.

but if you deadly bored, it is not a crime to watch it. really.

although rata2 yang aku tanya hatta abang aku seniri suggestkan one piece lagi dari bleach.

well, habis kan satu2,

tapi, apa2 pun, nak tengok apa2 pun jangan la sampai terlalu lalai.

bukan nak kata lalai xpa, tp terlalu lalai xbleh.

pandai2 la bajet. which is better for you.

don't let the episodes of anime ruined your entire life.

you don't live in animes',but, in real world.

of course ditujukan pada diri sendiri dan jugak semua.


the lyrics: 

For every man there is a cause which he would proudly die for.
Defend the right to have a place for which he can belong to.
And every man will fight with his bare hands of desperation.
And shed his blood to stem the flood to barricade invasion.

among the songs that i love in bleach. 

Friday, July 5, 2013

Thursday, June 27, 2013

=3

basmalah.

nak kemas barang pun sakit kepala. 

rasa macam makin bertambah pulak barang. 

macam keluar dari poket doremon.


pening, sakit kepala.

harapnya dapatla balik rumah dengan tenang untuk seminggu ni.

pastu nak datang semula ke kl.

untuk program ihya' ramadhan. =3

semoga di permudahkan urusan. sahabat2 len pun sama.

sekian.

Tuesday, June 25, 2013

:: clarify ::

basmalah.


blog ni memang untuk buat jurnal seharian je. 

kalau nak perkara yang bermanfaat, sini tak sesuai sangatlah.

ni pun sekadar suka2.

dan dah disabled kan komen supaya boleh menconteng kat sini dengan lebih tenang.

hahahahahaha [nada sopan]

insyaAllah kalau ada yang 18cc [18cintancintun geligeleman]

aku akan warning dulu.

supaya takda yang muntah hijau, muntah darah dan sebagainya.

ni jurnal ye. 

it more or less like a diary. 

the end.


Friday, June 21, 2013

kisah cinta misteri.

basmalah.

AMARAN!
entry kali ni sumpah sentimental, geli, cintan-cintun. dan yang sewaktu dengannya.jangan baca. 


aku tau banyak kisah cinta. 

maksud aku kisah cinta manusiawi.

ada satu kisah ni betul2 mencuit hati. 

bukan sebab terlalu agungnya kasih si fulan kepada si fulan.

tapi sebab kesungguhan membuang perasaan demi menjaga hati. 

ditinggalkan kerana hati di sana tersangkut pada yang lain.

dan dia redha. 

gaya aku cerita ni memang nampak biasa. 

tapi bila aku dengar sendiri yang dia sampaikan. 

aku dapat rasa ketenangan dan kebahagiaan dia. 

mungkin kebahagiaan dalam perpisahan. 

aku doakan dia dapat yang terbaik dalam hidupnya. 

dia seorang sahabat yang aku cinta, sayang kerana Allah, InsyaAllah. 

inginku mengimbas kembali saat2 yang menjadi titik tolak persahabatan aku dan dia. 

pada satu malam semasa di sekolah, aku dan dia bergaduh. puncanya, aku tak suka dia, dan dia tak suka aku. 

namun, pada malam itu, juga jadi titik permulaan persahabatan kami hingga kini dan insyaAllah hingga ke akhirat. 

benar, tak kenal maka tak cinta. 

kisah cinta dia, aku sifatkan sebagai kisah cinta yang tragis.

apa yang kita sangka kan yang terbaik, mungkin belum cukup baik untuk kita, 

Allah jualah yang maha mengetahui. 


sekian.

kisah cinta yang kekal misteri.

Wednesday, June 19, 2013

for guys. =3

basmalah.

lelaki yang unpredictable. perempuan yang xberapa suka perangai lelaki kata.
perempuan yang mengada-ngada. lelaki yang xberapa berkenan perangai perempuan kata.

seriously, aku pun xdapat paham perangai lelaki. tahu lelaki ni suka melawak [based on my experience, make friends with boys.] tapi kekadang, melawak tak kena masa. tempat. tajuk tak sesuai.

1) nak melawak perlukan masa, tempat, tajuk yang sesuai ke?

bagi aku, sangat! mesti. especially tajuk yang dibincangkan tu. yang lain tu bergantung pada nasib orang yang buat lawak tu la. sebagai contoh, baru ni si fulan ada buat lawak tentang harga hantaran wanita melayu yang mahal, dan dibandingkan dengan wanita syria yang baru2 ni umpama virus yang tersebar luas di laman sosial facebook. dan ada lah orang tu men'tag' nama beberapa wanita yang beliau kenali.

pertama, sangat xkena la bandingkan wanita melayu dengan wanita syria yang memang dah berbeza.
kedua, tajuk yang digunakan amatlah tak sesuai. sebabnya, dia xmasuk meminang lagi pun wanita2 yang di'tag' tu, dan bagaimana beliau boleh tahu harga hantaran yang dah ditetapkan?

 i'm so speechless,,

wahai lelaki2 sekalian, hal perkahwinan amatlah sensetif bagi seorang wanita. korang apa tau? kalau perkataan melayu aku xjumpa yg sedap. tp kalau perkataan inggerisnya, it's just like you're INSULTING her kalau kata macam tu. and i'm a woman.  macam nak jual diri, walaupun kadang2 mak ayah dia yang tentukan harga tu. i dont know, im not married yet.

2) pasai benda ni pun nak marah dan bergaduh ke?

marah tu tak, bergaduh pun tak. geram tu ada. mungkin, sepatutnya tak payah layan pun, tapi, bila makin banyak yang keluarkan fatwa dan pendapat sendiri, it really annoying. if you are boy, you can never understand.

3) so, akhirnya?

benda ni berakhir dengan tergantungnya komen2 tersebut. ekceli, budak laki ni kalau dah dapat buat perempuan marah, dia lagi seronok. seronok sebab main ngan emosi perempuan. tak gitu? dasar hati lelaki begitu.

4) memang hal ni hal kecik. sebabnya, as we all know, [if you dont know, please google] perempuan memang kesah hal remeh temeh. sebab tu perempuan benda kecik pun nak bising. guys, no offend, lelaki memang selalu pikir hal negara ja, sampai hal kecik2 seldom pikir.

konklusinya, aku bawak satu contoh je ni. contoh nye kisah kat atas ni la. tp banyak je benda lain lagi berlaku disekeliling. everybody need to know about the opposite gender, so that everybody can live in harmony, happily ever after. learn. if you want to get married, you must know about your spouse. not specifically, but try to know about them basically. how do men response, how do women react. 

memang xdak salahnya as long as we are saling melengkapi. 'we' tu bukan meaning dia orang hat yang dah kahwen , atau in relationship saja. semualah. sebabnya, kalau semua nak pikir hal negara, hal diri sendiri, hal remeh2 sapa nak pikir? kalau semua pikir hal remeh, hal negara sapa nak pikir?  what goes round, come around. well. true.



do try these books. to understand more about the opposite gender. 

sekian. please guys, no offend.

Thursday, June 28, 2012

:: tiba2 ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


semalam
tengah duduk sambil maen game kat henset along
mak datang
mak tido atas sofa
aku ngan along beralih duduk bawah
along suruh urut kaki dia
'tarik mengkarung' katanya
*[sapa xtau tarik mengkarung tu apa.. ala2 kejang kaki la]
aku pun berenti main game
urut kaki along
sambil2 urut
kaki ang gemuk
kaki ang pon sama
kaki ang banyak lemak
kaki ang apa kurangnya
dan bla bla bla

tiba-tiba!

mak bersuara
mak nak mintak buat stor kat rumah ni
mintak kat jabatan la
sebab ni rumah quarters
tapi tak dapat
pastu mak kata
tak apalah
lagi 5 tahun ja nak duduk sini
nanti nak pindah dah

tiba-tiba lagi!

masih mak yang berkata2
nanti kenduri ampa dua [abang dan aku]
buat kat bagan serai lah [rumah sebenar kami]

tiba-tiba aku tercakap..
kalau macam tu kena kawen cepat2 lah
semua gelak
along kata
ang nak kawen dah ka? hahaha
dia gelak
aku balas
dak la.. susah kalau nak kawen kat bagan serai
kawan2 xdak
xbesa dok situ
tak familiar
tetiba mak kata lagi
kalau dah jodoh, kawen ja la

erk..
green light dah dapat
tapi calon tak dak lagi.. 


 if anyone happened to read this post,
please...
don't hard feelings and don't heart feelings

i'm just want to share it









Sunday, June 24, 2012

:: RM ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang


      minggu ni aku di suruh memasak atleast 1 masakan 1 hari. tak kisah masakan apa. yang paling simple pon xpa.. dan memang aku masak yang simple2 ja. haha bagi tere yang mudah2 dulu la kiranya. tapi aku tak nafikan la, memang skill memasak aku memang.... memang low ah. haha ok. habis bab memasak.

     aku ada terbaca satu blog yang kawan aku ada post kat wall group aku. tajuk dia 'RunningManBanned'. hmmm agak menarik. aku nak kongsi sikit la daripada perspektif aku. bagi aku. RM ni memang best cita dia.     ia kan variety show, so memang banyak dihasilkan untuk membuatkan orang ketawa. thats the point of the variety show. pndapat aku la kan...


     bagi aku, aku setuju gak ianya di banned. [abeh aku kena banned plak ngan kipassusahmati RM]. aku pun peminat RM gak ekceli. tapi, apa2 kita buat, memang bergantung kat kita sebenaqnya. kalau kita tengok sampai lewat solat, sampai lupa buat benda lain, dok tengok cita tu ja, sedang kan ada orang lain yang turut tengok cerita yang sama, tapi masih boleh mengawal masa dia, yang mana patut kita salah kan?  tapi, aku sangat2 tak galakkan orang yang sebok, dan orang yang pemalas, tengok cerita2 ceni. sebab nanti sangkut. bila dah sangkut, susah gila nak berenti tengok. aku penah rasa, so aku tau la perasaan tu,, huhu sangat menakutkan. sampai nak study untuk final exam pun macam rasa 'aa..... malas la,, tengok RM lagi best'.. 


     untuk pengetahuan korang la kan, sebelum kami habes asasi dulu, aku antara pembekal RM yang berjaya untuk kawan2 aku. serius bukan untuk dibangga. aku pon takut. aku takut kalau ada orang yang lalai sebab tengok RM yang aku bagi tu, aku pun ada saham tau. astaghfirullah. sahabat2. tolong lah saya. jangan tengok RM ikut nafsu!!

    ok, aku tak tumpukan dekat RM je la ea.. sila luaskan pemikiran anda. suma drama2 sama ada melayu ka korea ka cina ka hindustan ka english ka jawa ka dan lelain. sama ja k,, RM tu di highlightkan sebab tu antara variety show terbest bagi aku la,, dan ianya memang sangat melalaikan kalau tengok directly 10 episode berturut2... tengok sehari 1 episode jadi la,, gerenti xdak yang lambat p solat aih,, dan janganla dok ternanti2 kan cerita tu sangat. nanti solat pun tak khusyuk. tak ikhlas. so, nak tengok cita ka, nak tengok hiburan ka, berpada2 la jugak.

      kita buat sesuatu tu secara sedehana. nak tengok hiburan pun bersederhanalah. kadang2 jadi seorang yang sederhana lagi baik.

      ni serius punya nasihat untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi terima. 

so, renung2kan dan selamat beramal. maaflah kalau post ni sangat tak memberi manfaat dan berat sebelah. aku suka tengok RM. 

allahua'alam~







Tuesday, June 19, 2012

:: serius xdak tajuk ::

bismillahirrahmanirrahim~

sekarang berada di rumah
menghabiskan masa dengan perkara yang kurang berfaedah
erm,, tapi ada kepuasan 

=.="

entahlah
cam lalai semacam je
tapi

haish,,, tapi lagi
sekarang dalam pengembaraan 
game final fantasy 12
*tolong jangan gelak sebab aku baru men game ni
aku tau game ni dah lama kuaq kat pasaran

hanya orang yang penah main game ja 
yang tau betapa addicted nya men game ceni
aku xtau apa itu DOTA yang bebudak laki suka men tu

tapi 
men playstation ni pon can cause you addicted to it
beware la ye

tapi lagi,,
sapa yang bijak dan hebat dalam manage masa dia
dia memang tera laa
in case dia sama kondisi cam aku la

huhu 
hope sangat2 la,, aku xmasuk icu sebab terlalu addicted
i do my housechores
but, [again]
most of my time 
i spend to this game

so readers,
please don't try this at home 
okey?

aku bagitau ni bukan nak suruh kutuk ka pa
nak habaq kata jangan dok buat benda tak pekdah
jangan dok pikiaq la
sekali cuba, 
susah nak berenti
sirius.

aku tengah cuba nak berenti
dengan mengurang kan masa bermain
dan oleh sebab PS2 tu abang aku punya,
aku dapat pertolongan daripada beliau

beliau la yang menghalang 
dan menghalau 
di kala aku sedang enak bermain

tengs

sekian

ni watak2 dalam game ni
tobat game ni watak dia agak mengarut
tapi,
boleh ja nak kurang dan tambah kan ketensionan anda
dengan bermain ni
tapi aku recommend game super mario ja if korang xsuka adventures



Friday, July 8, 2011

Monday, June 20, 2011

Sunday, April 11, 2010