Wednesday, July 10, 2013

novel plk

basmalah.




mengambil masa kurang sehari untuk menghabiskan novel tebal ni. bagi aku, kalau dibandingkan antara novel melayu tipikal, novel ni menarik, best, sedap, ada values. penyampaiannya tak gedik. sebab apa aku guna istilah 'gedik'? sebab kadang2 ada penulis yang nak buat gaya santai dan dalam masa yang sama nak islamisasi kan penulisannya. tp gaya bahasa, lenggok2 nya dengan penyampaian dia sangat tak kena. so, jadi meluat bila baca. dan maklumat kat dalam novel pun macam tak selari. 

aku agak prejudis bila pertama kali aku tengok dan ambil novel ni. tp sinopsisnya buatkan aku pilih jugak. kalau nak tau, cari sendiri lah. walaupun novel melayu tipikal, [bermaksud, ada cintan cintun, tangkap khalwat, kahwen paksa, kahwen muda, anak korporat dan seumpama dengannya] tapi novel ni agak berbeza isinya. well, walaupun hakikatnya, di dasari jalan cerita yang sama. 

buat sesiapa yang tak suka, jangan buang masa mengutuk entri ini. haha. aku baca apa yang aku suka. btw, sebelum ni aku ada beli 2 novel lain sebelum aku beli novel 'versus' dan 'perempuan lindungan kaabah' ni. seperti yang tertera pada gmbar tersebut la kan. 



aku jarang la rasa menyesal beli novel. siyes walaupun seboring mana pon novel tu. walaupun aku xhabis baca. tapi kali ni, aku memang menyesal beli satu novel ni. novel yg bertajuk 'kougar dan tabu' ni. dan pada awalnya memang aku xtau maksud sebenar perkataan tu. aku tak lalu nak baca novel tu. dan aku rasa meluat bila tengok. rasa menyesal. bahasa yang digunakan sangat kasar. mungkin gaya urban. tapi aku xle terima. dan ada bahasa lucah juga. ianya tak direct lucah. tapi indirect. so, aku rasa aku sedia nak buangkan ia ke tong kitar semula. 

yang sebelah kanan tu. 'hello suami. hai isteri' tu juga novel tipikal melayu. tapi best jugak olahan cerita dia. bahasa sedap. so, aku xmau komen banyak2. values dia xbanyak sangat. novel ni just untuk perasan2 ja.


 tak membantu langsung kan komen pasai novel2 ni? tak dak nilai sangat pon. balik2 nilai kekeluargaan, keagamaan yang biasa2, sahabat. bla bla bla. mungkin ada yang kata, bek la p baca buku2 falsafah ke, buku2 agama, kitab2 fikah,  bulughul maram ke, sirah ke, daripada baca novel2 ni. haaaaaa... aku pon suka. aku dah ada dah bulughul maram ngan rahiqul makhtum. tp tak khatam pun lagi. aku kena paksa kalau nak baca buku2 berat cetu. nampak sangat kan betapa aku bawak pengaruh buruk. jadi, dah tau aku ni jahat, jangan ikut la noh. 

sekian.