Monday, November 12, 2012

loNgeR

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


alhamdulillah. sejak aku menjejak kaki ke alam degree, tak sempat nak update blog ni. malas dan banyak komitmen lain. Allah. penat. memang penat.

aku pernah tanya sorang kawan,

'ko tak rasa ka hidup kat universiti ni memenatkan? asal aku rasa camtu ea?'
'xde pon, aku banyak tido ja'
'aku pon, xla banyak tido sangat, tapi tido cukup la,, tapi aku xfeel lagi la hidup di uni ni, yang aku feel, duit cepat habis, tests, lab, keja banyak. tu tak termasuk yang projek2 lain lagi, persatuan2 lain lagi. sibuknya!'
'haha, ko ni masuk suma tu, dah perbetul niat belum?'
'errrk?'
'kalau kau buat tu tak ikhlas, memang la rasa penat. duit tu, kalau kita blanja, memang la cepat habis, cuba la  wat penyata akaun ke. baru nampak duit keluar masuk. baru kita ni berjimat.lagi, kalau ko xpush diri kau, sape lagi?'

it sooooooo true....

'dah tu aku kena buat apa weh nak bagi ikhlas? susah kot weh'
'ko penah jumpa quote ni x kat fb, kalau stress, check balik hubungan kita ngan Allah'
'.......'
'bagi aku benda ni looks simple, tapi betul. kalau ang ada mutabaah amal tu, memang ang bleh tau statistik hubungan ang ngan Allah cemana. tapi kalau xdak, pandai2 la nak check kan.'
'huhuhuhu'

[waktu berlalu.............................]


'ko ade ikut usrah tak?'
'ader, tapi tak start pon lagi.. takde orang panggil pon'
'aku ada la nak kongsi, sikit ni'
'hah, cakap la..'
'ko tau kan usrah tu bukan sekadar bulatan?'
'tau'
'ape lagi ko definisi kan usrah ni?'
'shopping ramai2'
'lagi?'
'makan reramai'
'xcukup2.. lagi2..'
'main sama2.. piknik, gosip? haha'
'haha betul la tu.. tapi......'
'cakap je la terus,,, '
'ko sedar tak yang kita sekarang tengah berusrah?'
'kita? berdua?'
'ye la.. berusrah ni tak semestinya kena cukup sepuluh orang, ada naqib yang spesifik baru boleh wat usrah. usrah ni fleksibel. hatta ko nak guna nama lain pon buleh. bosan gak asyik panggil usrah je kan. panggil la ape benda ko nak panggil pon. bagi aku, kita boleh saling memahami, saling membantu, itu la purpose usrah. tapi tu skop yg besar, kita ada nak bantu dari segi apa, nak fahami dari segi apa.. banyak la. dan xsemestinya perlu satu usrah je, ilmu Allah luas, dan merata2. tinggal kita nak dan taknak je.'
'tinggal nak ngan taknak tu la. cemana nak bagi 'nak' tu?' 
'tu tepuk dada, tanya iman.'
'iman mana? iman yang duduk blakang umah kau tu? hehehe'
'haaha ko memang nak kene kan,, dah la, ko tak payah pening2 hidup kat uni ni,, kejap je. ko cari la kawan yang betul. yang boleh bantu ko. yang boleh bagi nasihat berguna kat ko. insyaAllah, Allah bantu. tapi, ko kene usaha la. dekatkan diri ngan Allah selalu. Allah tu lebih dekat ngan kita, kita ja yang slalu jauhkan diri. Allahua'alam. jom makan. ko blanje'
'heheh,,,, ko la belanja. ko budak dapat biasiswa..'
duit xmasuk g la weh. 
'aku nak cendawan goreng'
'aku nak char kuey teow'
'set'
'set, haha'


#kisah sebenar hanya lah soalan pertama sahaja. yang lain hanyalah rekaan aku semata2 berdasarkan kisah benar yang belaku di sekeliling aku semasa hidup di universiti.