Showing posts with label ::pENgaLaMaN::. Show all posts
Showing posts with label ::pENgaLaMaN::. Show all posts

Wednesday, May 22, 2019

Saturday, May 17, 2014

gen-y dulu vs gen-y sekarang

bismillah.

dia gen-y

taktahu apa perasaan tengok status adik2 yang baru darjah lima bercakap mengenai curang, cinta, dan yang sewaktu dengannya. ada yang bertukar2 gambar yang tidak bertudung. perkara ni berlaku pada yang dekat ngan aku. namun sekarang terasa sukar pula nak mendekati. perkara ni berlaku dalam keluarga aku sendiri. aku tahu, mereka2 ni dalam proses development. hormonal development. baik lelaki mahupun perempuan. tapi, kalau tidak di kawal, ianya boleh membawa kemudaratan, dan aku rasa sangat tidak layak untuk menasihati yang mana ianya sepatutnya parents mereka yang ambil peduli. tapi, jauh disudut hati, aku sangat risaukan mereka.



aku gen-y 

aku bersyukur jugak zaman aku sekolah rendah dulu handphone pon xdak lagi. internet pon xsemudah sekarang. bahayanya teknologi sekarang, mak ayah pon tak sempat nak pantau. busy. yang mana sepatutnya parents lah yang berperanan penting dalam pembinaan sahsiah anak2. dan sebetulnya parents kena sedar perubahan masa. masa dahulu tidak sama dengan sekarang, membesarkan anak pada zaman sekarang lebih mencabar. semua perkara dapat diakses dengan mudah. anak2 lagi bijak. fb ada banyak akaun. handphone banyak folder. ada password.


realiti
takutnya aku. takut untuk mendepani realiti yang tamadun manusia sekarang merudum hanya kerana perkembangan teknologi yang sepatutnya membantu dan memudahkan manusia, bukan merosakkan. nauzubillah.

aku dapat bezakan bagaimana proses tumbesaran gen-y yang mula2 (sezaman ngan kak aku, average umur 30 ke bawah), bagaimana mereka develop. dan gen-y pertengahan (sezaman ngan aku, average umur 25 ke bawah), dan gen-y sekarang (sezaman ngan err, aku xdak adik, so sepupu2 aku, average umur 18 ke bawah).

walaupun kami semuanya gen-y, tapi terasa berbeza daya tumbesaran, hanya kerana teknologi yang begitu pesat tersebar dan membangun, seolah2 kami ini bukan dari generasi yang sama.
anda boleh bayangkan generasi anak2 aku pulak (gen-z) nanti? takut.

hmm teringat movie doremon yang ada satu dunia tu dikuasai robot, hatta, manusia nak berjalan pon xboleh, sebab lemah, sebab sejak lahir, guna kerusi terapung. so scared.

moga Allah pelihara kita semua. semua amik kelas parenting yg up to date dan patuh syariah eh. moga aku, kita dan mereka juga di beri hidayah oleh Allah.

Friday, June 21, 2013

cats. a tribute to my late cats.

basmalah.

kucing.
hamster.
ikan.

dulu pernah bela haiwan2 ni. kucing la paling lama dan banyak. dari kecik2 lagi. seingat aku, sejak tadika. sampai sekarang. tapi sekarang aku dah tak boleh main dengan kucing. tak tahu kenapa. bila dekat je, tak pun pegang sikit je dah bersin, mata merah2, gatal. dulu2 pun pernah jadi, tapi dah lama main, baru terasa. ni xdan pun nak bermesra ngan kucing, dah bersin2.

memang banyak sangat kucing. memang ada yang xsempat bagi nama pon. yang inagat2 lupa, yang memang dah terlupa, suma ada. banyak mati kena lenyek ngan tayar keta mak. kubur kucing banyak je blakang umah. nak buat tribute sikit la untuk arwah2 kucing yang aku masih ingat nama.

kelabu.
kucing pelarian yang datang. daripada dia ni la lahir keturunan kucing yang ada kat rumah aku. banyak anak dia ni. cucu, cicit apatah lagi la. kalau buat family tree tu, dah macam apa lagi dah. banyak sangat. haha

Oren.
warna oren, dan perut dia warna putih. kucing jantan yang ekornya bergulung. jadi macam ekor arnab tu. ekor dia panjang, tp tulang ekor dia tu membulat/melengkung. so, bila tumbuh bulu, jadi macam ekor arnab yang kontot tu. dia kucing abang aku.

Hitam.
warna hitam dan putih sikit2. kucing jantan yang se-kelahiran dengan oren ni, depa ni ada  4 beradik. tp Oren ngan Hitam ja yang survive lama. Hitam ni kucing aku. dia ni manja. sama ngan Oren. manja sangat! depa ni antara kucing yang xjakun bila masuk rumah. depa masuk, depa bukan cari lauk, cari orang, nak ajak main. =3

Teliang [e tu bacaannya ekor]
dia ni special. kepala dia senget sikit. mungkin masa lahir, atau masa dalam kandungan tu terpulas kot mana2 kot. tp dia ni seekor kucing yang sangat berani. sangat manja.warna dia hitam. takda warna len. pernah ada kenangan ngan dia. masa tu tengah termenung depan pintu rumah, teliang mai lalu tepi kaki, gesel2. aku pun main2 ngan dia. tiba2, aku nampak ular kapak lalu, betul2 depan aku, serius besaq. saiz ular dewasa. selalunya kucing kalau binatang2 len mai, dia nak halau kan. sama ngan teliang, dia bunyi meneran tu. aku pun xtau nama betul bg 'meneran' tu. tapi dia setia dok dekat aku. aku yang time tu kaku, tak terkata. takut. last2 ular tu lalu wat dono je. aku takut gak. takut kucing2 aku plak kena patuk ular tu nanti. tp alhamdulillah xjadi apa2.

Nyiau Nyiau
ni kucing berbelang. kucing betina yang sangat kakak aku manjakan. nyiau-nyiau ni manja dia lagi dahsyat pada Oren. adik beradik dengan o-ok kat bawah ni.

O-OK [bacaan dia bukan 'okey' tapi o-ok]
ni kucing betina kaler hitam putih bertompok2..semua kesayangan kakak aku. kucing ni suara dia lembut sikit. haha aku pon xtau nak describe cemana kelembutan dia. dia ni kalau diibaratkan manusia, macam perempuan melayu teakhirla. ayu nya kucing ni. haha

Debab.
kucing betina yang pertama kalinya dalam sejarah kucing2 aku, ada kucing bulu dan ekor kembang. nama debab, sebab dia paling debab. debab anak pada o-ok. berwarna hitam putih. ni antara kucing yang paling cantik la. dan debab ni paling penyengap. susah sangat nak dengar dia mengiau. siyes! bunyi dia,, 'eu,, eu,,' cetu ja. dan banyak la anak2 dia yg comei2.. sebab dia pon comei~

Omei
kucing ni antara fevret kakak aku. tapi yang ni xlama pun hidup. dia ni sangat comei jugak dan manja. warna dia smua putih, tp bukan albino. tapi dia ada satu titik hitam kat tepi misai dia. macam tahi lalat. comei!

kucing2 yang latest ni aku xnak update, sebab sejak aku pindah ke sekolah yang lagi jauh, aku dah jarang main kucing sampai sekarang. dan kucing2 suma takut ngan aku. so, nama pun xbagi dah. haha..

memang korang xle bayangkan. seba xdak gmbar. tp takpa. xpenting pun. yang penting. i love cats. bagi aku, kucing ni sahabat baik manusia jugak. betul! ok.

sekian. =3

Monday, November 12, 2012

loNgeR

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


alhamdulillah. sejak aku menjejak kaki ke alam degree, tak sempat nak update blog ni. malas dan banyak komitmen lain. Allah. penat. memang penat.

aku pernah tanya sorang kawan,

'ko tak rasa ka hidup kat universiti ni memenatkan? asal aku rasa camtu ea?'
'xde pon, aku banyak tido ja'
'aku pon, xla banyak tido sangat, tapi tido cukup la,, tapi aku xfeel lagi la hidup di uni ni, yang aku feel, duit cepat habis, tests, lab, keja banyak. tu tak termasuk yang projek2 lain lagi, persatuan2 lain lagi. sibuknya!'
'haha, ko ni masuk suma tu, dah perbetul niat belum?'
'errrk?'
'kalau kau buat tu tak ikhlas, memang la rasa penat. duit tu, kalau kita blanja, memang la cepat habis, cuba la  wat penyata akaun ke. baru nampak duit keluar masuk. baru kita ni berjimat.lagi, kalau ko xpush diri kau, sape lagi?'

it sooooooo true....

'dah tu aku kena buat apa weh nak bagi ikhlas? susah kot weh'
'ko penah jumpa quote ni x kat fb, kalau stress, check balik hubungan kita ngan Allah'
'.......'
'bagi aku benda ni looks simple, tapi betul. kalau ang ada mutabaah amal tu, memang ang bleh tau statistik hubungan ang ngan Allah cemana. tapi kalau xdak, pandai2 la nak check kan.'
'huhuhuhu'

[waktu berlalu.............................]


'ko ade ikut usrah tak?'
'ader, tapi tak start pon lagi.. takde orang panggil pon'
'aku ada la nak kongsi, sikit ni'
'hah, cakap la..'
'ko tau kan usrah tu bukan sekadar bulatan?'
'tau'
'ape lagi ko definisi kan usrah ni?'
'shopping ramai2'
'lagi?'
'makan reramai'
'xcukup2.. lagi2..'
'main sama2.. piknik, gosip? haha'
'haha betul la tu.. tapi......'
'cakap je la terus,,, '
'ko sedar tak yang kita sekarang tengah berusrah?'
'kita? berdua?'
'ye la.. berusrah ni tak semestinya kena cukup sepuluh orang, ada naqib yang spesifik baru boleh wat usrah. usrah ni fleksibel. hatta ko nak guna nama lain pon buleh. bosan gak asyik panggil usrah je kan. panggil la ape benda ko nak panggil pon. bagi aku, kita boleh saling memahami, saling membantu, itu la purpose usrah. tapi tu skop yg besar, kita ada nak bantu dari segi apa, nak fahami dari segi apa.. banyak la. dan xsemestinya perlu satu usrah je, ilmu Allah luas, dan merata2. tinggal kita nak dan taknak je.'
'tinggal nak ngan taknak tu la. cemana nak bagi 'nak' tu?' 
'tu tepuk dada, tanya iman.'
'iman mana? iman yang duduk blakang umah kau tu? hehehe'
'haaha ko memang nak kene kan,, dah la, ko tak payah pening2 hidup kat uni ni,, kejap je. ko cari la kawan yang betul. yang boleh bantu ko. yang boleh bagi nasihat berguna kat ko. insyaAllah, Allah bantu. tapi, ko kene usaha la. dekatkan diri ngan Allah selalu. Allah tu lebih dekat ngan kita, kita ja yang slalu jauhkan diri. Allahua'alam. jom makan. ko blanje'
'heheh,,,, ko la belanja. ko budak dapat biasiswa..'
duit xmasuk g la weh. 
'aku nak cendawan goreng'
'aku nak char kuey teow'
'set'
'set, haha'


#kisah sebenar hanya lah soalan pertama sahaja. yang lain hanyalah rekaan aku semata2 berdasarkan kisah benar yang belaku di sekeliling aku semasa hidup di universiti.

Monday, June 4, 2012

:: kerinduan ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

     baru saja balik dari percutian 3 hari 2 malam kat perak.. hakikat cuti yang bukan cuti sebenar. cuti yang hanya pada nama. haha.. biasalah, waktu2 cuti sekolah ni, sebok ngan apa lagi kalau bukan kenduri kawen. aku baru balik dari kenduri kawen sepupu aku yang berlangsung kat kampung kroh hilir, padang rengas, perak. sapa yang xtau, boleh search kat google map.

     berkenaan tajuk ni, sebenaqnya, dalam dua tiga hari ni, aku asyik dok men ngan seseorang ni ja. dok makan ngan dia, suap dia, gelak2 ngan dia..  sedangkan suatu masa dulu, aku memang susah lah nak bergaul dengan sesiapa yang sepesyen dengan dia ni. aku takut ngan golongan2 ni. bagi aku, mereka ini golongan yang sukar didekati.

     lepas pada kejadian masa kat umah sepupu aku ni, boleh dikata kan hampir keseluruhan perasaan aku berubah laa.. tapi dekat orang yang len mungkin aku masih kurang bergaul, walaupun sama golongan. dekat dia ni sorang ja. aku boleh terima. sebabnya, sifat keterbukaan dia, buatkan aku sangat tertarik. dia terima saja sesiapa yang datang kat dia..

     ada sampai satu masa kat kampung tu, aku macam nak dukung ja dia p mana pun. sungguh. dia sangat baik. xbanyak ragam macam orang2 yang segolongan dengan dia.

     last moment yang paling aku tersentuh skali, dia tidoq atas riba aku.. nyenyak sangat. comei gilaaa! umi dia tengah sebok wat keja, maklum la, kenduri kan. aku ada keja gak, tapi aku kena jaga dia sat, aku tak kesah...lagipun, aku suka men ngan dia.

     dan, biasalah, golongan2 ni kan banyak tidoq, so, tibalah waktu yang dia membebalkan diri nak tido. dia tak nangis weh, dia just gosok2 mata, n menguap. kita tau dia ngantuk. pastu, umi dia buatkan susu dalam botol. bagi kat aku soh bagi dia minum. so, aku buat la.. baringkan kat riba n bagi minum susu.

     seronok sangat tengok lahapnya dia minum susu tu. dah tu kan, habis je yang titisan terakhir susu botol tu, terus terpejam mata dia. terus tido! [sori kerana bersikap terlalu over]

     comel sangat masa tu. pastu, tepuk2 dia. bagi dia lena betul2, pastu aku suruh sepupu aku tolong angkatkan dia, letak atas katil. pastu aku pon smbung buat keja ntuk kenduri. smpai aku nak  balik petang tadi pun aku xdapat dah main ngan dia. tu la moment last. pasni xtau la bila pulak nak jumpak..  huhuhu sedih. sebab tu yang dok kerinduan2 ni,,

     harapnya, dia nak main ngan aku lagi pasni. huhu sungguh. aku suka men ngan dia.
madieha nasywa binti abdul shukor. mish u!





p/s : penulis merupakan anak bongsu dan tidak pernah[jarang gilaaaaaa nak men ngan budak2, apatah lagi baby] dan si dia yang di maksudkan ialah, madieha nasywa, baby berusia 8 bulan yang sangat best! haha
maapkan penulis kerana bersikap over sebab dia tak pernah men ngan baby macam tu. [pssst, dia takut kat baby!]


wallahua'alam~


si kecik ni la madieha.. she is so cuuutee!

Saturday, May 26, 2012

:: saudara baru bertujuh ::


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


baru sedaq.. lama tak update pasai buku. . . selain dari lama tak beli, aku memang tak sempat nak baca pun.  dan interest aku nak membaca novel pon dah berkurang. mungkin pressure tyme study kot,, study ke? haha
dan sampai hari ni pon aku masih tak selesai lagi membaca kesemua tujuh buah buku ni..

aku beli buku2 ni guna baucer buku yang free tu. asalnya aku nak guna untuk beli buku study, tapi buku2 untuk asasi suma aku dah ada, so, nak beli untuk degree, aku taktau lagi dapat kos apa, dan nak simpan tyme degree, dah tamat tempoh pulak. dan pandangan peribadi aku, aku rasa rugi la jugak sebab dia punya 'best use before' tu abeh cepat sangat. sebab purpose utama kerajaan bagi baucher tu untuk beli buku2 pelajaran. tapi, tengoklah apa aku dah buat. huhu

so, daripada baziaq tu, aku beli buku yang dah lama aku nak baca, tapi tak terbeli. so, bila berlangsungnya pesta buku kat putra world trade centre [tak ingat bulan berapa], aku ngan roomate aku pon g la menghabiskan baucher yang masih berbaki. [awal2 tu aku dah beli buku rujukan]

walaupun aku ni kira outdated, baru nakbaca buku2 ni, yang dah lama kuar, aku xkesah pon.. baucher aku, mata aku yang nak baca, haha so, pepaham je la.. kihkih.. maapterkasaqbahasa


enjoy~

ni la PWTC kalau sesapa tak penah mai g..
[aku pon peqak first tyme aku jejak kaki kat cni]

buku yang masih berbalut plastik




ni semua buku2 berlatar belakangkan meja study aku



ni 3 buah buku motivasi karya hilal asyraf =)



4 buah novel karya ramlee awang murshid.. yang last xbeli lagi,, =)

 oleh sebab masa beli buku2 ni, final exam dah nak dekat, so aku decide nak baca kat umah. dan sekarang masih dalam proses menghabiskan.. huhu.. chaiyok..



 jom latih balik minat membaca kita. bukan setakat buku2 fiksyen saja, buku2 fakta pun [aku pon kena banyak 'exercise' baca buku fakta].

p/s: murabbi2 saya pesan, jangan dok baca buku2 ceni sangat. benda ni muhong ja.. kita sepatutnya kena baca buku2 yang realiti, buku2 yang buat kita banyak berfikir. maaf ustaz, saya cuba kurangkan dose buku2 fiksyen saya.






Thursday, May 17, 2012

:: suka suki si boling ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..



it's been so long after my last post. xdak benda yang best pon nak dikongsi. tapi, just nak share memori2 semasa masih berada di alam asasi. cewah.. ntahla.. aku dapat rasakan yang suasana degree nanti akan jauh berbeza dengan alam asasi yang telah dilalui.. walaupon aku bleh je tengok sorang2 gambar tu, tapi, aku nak post gak, bagi sesapa yang baca share perasaan aku n bleh jadi jeles ngan aku n frens.. haha joking. so.... xdak even besar sangat pon lepas dari camping dulu tu,, sebabnya terus ngan final exam, jadi, kami semua berpakat nak buat sebarang jamuan or gathering, lepas final. kat sini ada la sikit gambar yang menceritakan kisah kami semua. enjoy!


oleh sebab kos aku, asasi pengajian islam dengan sains, habis awal, if xsilap, ari isnin atau selasa kot. so, memang best sangat la pergi berjalan sakan.. ni pergerakan pertama kitorang sejurus abih exam. kuar je exam hall, terus naek bas gi mid valley mall.. =) hajat dihati hanya nak makan kfc, tapi, akhirnya terasa gatal tangan nak maen boling, so tanpa disengajakan, kitorang maen boling. haha dengan pakaian yang kitorang jawab exam pagi tu.. sangat2 unbelievable n desperate nak maen je nampaknye,,tapi, siriusly, im no good in bowling.. asyik masuk longkang ja,, haha

























seterusnya.. kisah pasai boling gak, tapi yang ni khas ntuk exmajmuah 9 masa kat nilam puri dulu,, saja nak rapatkan ukhuwah dan adala sikit2 nak asobiah tu kan.. hehe lawak ja,, saja nak eratkan silatulrahim, sebabnya kitorang ramai yang dah tak sekelas, so nak kembalikan balik nostalgia dulu2. cewah.. so, walaupon xsemua yang join, tapi separuh lah daripada ahli majmuah 9 yang memeriahkan majlis. sebenarnya, lepas maen boling ni, kitorang ada jamuan ringan sikit kat kfc [kfc lagi], tapi aku xsempat amek gambar dari kawan2 aku.. tapi boling ni memang best lah.. sebabnya, grup aku menang.. hahaha~



KUMPULAN 1 : [ mazni, syuhadiah, deena, muslim ]







KUMPULAN 2 : [ poji, shahida, aimi, wan, furqan ]
[ida ialah wakil dari pasukan sorak.. haha]








KUMPULAN 3 : [farah, fadzlina, nasuha, zarin]







KUMPULAN 4 : [farid, asma, DK, palie]
[ni la kumpulan yang menang hebat tu.. kuikuikui]








ni gambar kenangan... pasni kita wat gathering kat sunway plak, men ice skating.. hahah cuahe! semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke akhir hayat dan sampai ke syurga insyaAllah..












******************************************************************************************************************


just inner piece of my mind that look us in different way. enjoy!
[GROUP 4 DAEBAK!]

so,,





stakat ni dulu sharing2 ngan korang.. doakan kami semua sentiasa dapat bekerjasama dan frens forever walaupon akan ada yang nak tukaq kos atau berlainan pengkhususan lepas ni. insyaAllah,, frens forever till jannah. amin.

[^_^]


Friday, January 20, 2012

:: mukhayyam apids ;TEAM'12 ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

alhamdulillah,, bersyukur kerana masih lagi dikurniakan nyawa. bersyukur sebab diberi peluang untuk merasai nikmat kehidupan di muka bumi ni.

kali ni xmau nak cerita2 dengan kata2, tapi nak cerita guna gambar2 ja.. gambar kenangan projek mega apids yang terakhir sebelum kitorang letak jawatan sebagai ahli apids. [masuk ijazah nanti nama lain dah]

projek mega yang merupakan mukhayyam [perkhemahan] antara semua ahli apids, untuk mengeratkan ukhuwah sambil mengharungi cabaran fizikal dan aktiviti2 lasak.alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sangat. aktiviti kitorang, berkhemah dan ada permainan pengisian dan aktiviti kemuncaknya ialah mendaki gunung nuang. =)
semoga anda terhibur.. =)

##################################################

[pintu gerbang hutan lipur gunung nuang]





[kawasan sekitar luar kawasan perkhemahan]




[dengar penerangan dari ketua =) ]






[mula pasang khemah.. ]






[letak barang2 memasak kat tempatnye]


[masak time! - ajk makanan + sahabat2 yang bermurah hati membantu]




















[tuan syed penat 'mengarah' orang masak.. ]


[lunch pertama, sayang grup makanan aku.. =p ]


[scene ombak rindu,, haha watak utama, poje dan fahmi ]


[mula game pertama ; TAUTAN HATI]


[dengar penerangan tentang game oleh farid]


[poji terangkan peraturan game]


[ready for second game!]


[macam2 ragam ahli2 apids ni.. sweet memories..=) ]












[ngendap apa tu poje? haha -kumpulan last selesaikan tugasan]





[game ketiga : TEKA TEKI TEKA TEKUK.. haha ]


[farid kena prank sempena bezday beliau,, haha padan!]


[lakonan palie yg amat berkesan :betul2 sbelum farid kena prank]




[game chess : farid vs azam -ni kumpulan azam-]
(frust sebab xleh lead men chess)


[ni kumpulan farid]



[game dam aji.. haha Taqi vs Redha - ni kumpulan redha-]


[ni grup taqi, aka aku pon termasuk sekali, sempat la jadi hajjah sebelum menang.. haha =p]



[malam perkhemahan]


[selepas solat maghrib -pengisian oleh pengarah program, furqan nanang]






[aktiviti malam ;BBQ n game bola beracun]
[gambar masa sentry xde ye.. dilarang mengambil gambar walaupun tu waktu paling best =P ]



[aktiviti kemuncak, pendakian gunung nuang -hari kedua-]
































[dah ready nak balik,,, =)]






[tamatla sudah... ]

alhamdulillah,,, banyak pengajaran yg kami semua dapat.. pasni boleh buat mukhayyam kat tepi laut plak ye,, =p

k, wallahua'alam~