Monday, June 4, 2012

:: kerinduan ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

     baru saja balik dari percutian 3 hari 2 malam kat perak.. hakikat cuti yang bukan cuti sebenar. cuti yang hanya pada nama. haha.. biasalah, waktu2 cuti sekolah ni, sebok ngan apa lagi kalau bukan kenduri kawen. aku baru balik dari kenduri kawen sepupu aku yang berlangsung kat kampung kroh hilir, padang rengas, perak. sapa yang xtau, boleh search kat google map.

     berkenaan tajuk ni, sebenaqnya, dalam dua tiga hari ni, aku asyik dok men ngan seseorang ni ja. dok makan ngan dia, suap dia, gelak2 ngan dia..  sedangkan suatu masa dulu, aku memang susah lah nak bergaul dengan sesiapa yang sepesyen dengan dia ni. aku takut ngan golongan2 ni. bagi aku, mereka ini golongan yang sukar didekati.

     lepas pada kejadian masa kat umah sepupu aku ni, boleh dikata kan hampir keseluruhan perasaan aku berubah laa.. tapi dekat orang yang len mungkin aku masih kurang bergaul, walaupun sama golongan. dekat dia ni sorang ja. aku boleh terima. sebabnya, sifat keterbukaan dia, buatkan aku sangat tertarik. dia terima saja sesiapa yang datang kat dia..

     ada sampai satu masa kat kampung tu, aku macam nak dukung ja dia p mana pun. sungguh. dia sangat baik. xbanyak ragam macam orang2 yang segolongan dengan dia.

     last moment yang paling aku tersentuh skali, dia tidoq atas riba aku.. nyenyak sangat. comei gilaaa! umi dia tengah sebok wat keja, maklum la, kenduri kan. aku ada keja gak, tapi aku kena jaga dia sat, aku tak kesah...lagipun, aku suka men ngan dia.

     dan, biasalah, golongan2 ni kan banyak tidoq, so, tibalah waktu yang dia membebalkan diri nak tido. dia tak nangis weh, dia just gosok2 mata, n menguap. kita tau dia ngantuk. pastu, umi dia buatkan susu dalam botol. bagi kat aku soh bagi dia minum. so, aku buat la.. baringkan kat riba n bagi minum susu.

     seronok sangat tengok lahapnya dia minum susu tu. dah tu kan, habis je yang titisan terakhir susu botol tu, terus terpejam mata dia. terus tido! [sori kerana bersikap terlalu over]

     comel sangat masa tu. pastu, tepuk2 dia. bagi dia lena betul2, pastu aku suruh sepupu aku tolong angkatkan dia, letak atas katil. pastu aku pon smbung buat keja ntuk kenduri. smpai aku nak  balik petang tadi pun aku xdapat dah main ngan dia. tu la moment last. pasni xtau la bila pulak nak jumpak..  huhuhu sedih. sebab tu yang dok kerinduan2 ni,,

     harapnya, dia nak main ngan aku lagi pasni. huhu sungguh. aku suka men ngan dia.
madieha nasywa binti abdul shukor. mish u!





p/s : penulis merupakan anak bongsu dan tidak pernah[jarang gilaaaaaa nak men ngan budak2, apatah lagi baby] dan si dia yang di maksudkan ialah, madieha nasywa, baby berusia 8 bulan yang sangat best! haha
maapkan penulis kerana bersikap over sebab dia tak pernah men ngan baby macam tu. [pssst, dia takut kat baby!]


wallahua'alam~


si kecik ni la madieha.. she is so cuuutee!