Tuesday, May 29, 2012

:: keputusan ::


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

    Alhamdulillah.. result dah dapat hari ahad kelmarin. Terima kasih kat encik posmen yang tolong hantarkannya.  Rata2 sahabat2 yang saya Tanya keputusan mereka, semuanya tak kan berikan the exact number of the cgpa. So, aku pon xnak bagitau jugak. Yang pasti, memuaskan untuk aku. Walaupun agak kecewa. Tapi suka jugak. pelikkan double feeling nih.. Sebabnya aku amat yakin untuk sesetengah subjek tu aku rasa macam nak fail ja. Dan tambahan lagi, ada jugak subjek yang aku tak minat. tapi, alhamdulillah. Walaupun cgpa tu tak cukup untuk aku apply scholarship, tapi harapnya aku dapat la kos yang aku mintak tu. Tapi insyaAllah apa2 pun berserah kat Allah. Itu yang terbaik untuk aku.

  
      Aku memang ada subjek yang aku xminat.. subjek fizik dan apa2 yg sewaktu dengannya.. Subjek yang tak minat tu memang la aku bajet dapat rendah ja.. dengan kuiz pun tunggang terbalik ja markah.. [kuiz hanya ada untuk subjek fizik] tapi, Alhamdulillah. Subjek fizik, aku dapat result yang agak bagus jugak. Dan subjek fizik 4 aku [fizik ni bkaitan pasai magnetism la apa2 yang paling susah bagi aku untuk subjek fizik] , aku dapat lagi bagus daripada bio 1 fisiologi organism yang aku rasa aku boleh jawab dengan baik.





Sungguh la, apa yang kita usahakan tu, Allah jua lah penentu yang terbaik. Allah tau stakat mana usaha kita.  Apa2 pun, aku kena gandakan lagi usaha aku. Aku tau tu bukan 100% aku bagi. Tapi aku xdapat lari dari study last minute. Aku suka study last minute. Aku xleh nak konsisten dalam study, xtau paseipa. Xtau la kot2 genetik ka pa..  dan aku boleh study last minute, tapi, bukanla betul2 last minute, Cuma, aku hanya akan study bila ada test or exam. [jangan tiru sikap dan aksi ini]


Dan tahniah la buat sahabat2 yang dapat 4 rata, 3.9 yang hampir rata, 3.8, 3.79 yang dekat2 nak rata, 3.5 yang landai, 3.3 ,  3.2,  3.1  yang dah nak condong.. [ haha dok mengarut pa tatau ]

Keep it up ye sahabat2.. yang nak tukaq kos dan fakulti tu, semoga Allah permudahkan urusan korang.  Ingat ye, usaha kita tu salah satu sumber kejayaan kita, tapi, semuanya terletak pada ketentuan Allah jugak. 

insyaAllah jumpak lagi kita di universiti malaya nanti yer sahabat2.. 

Allahua'alam~