Thursday, June 27, 2013

=3

basmalah.

nak kemas barang pun sakit kepala. 

rasa macam makin bertambah pulak barang. 

macam keluar dari poket doremon.


pening, sakit kepala.

harapnya dapatla balik rumah dengan tenang untuk seminggu ni.

pastu nak datang semula ke kl.

untuk program ihya' ramadhan. =3

semoga di permudahkan urusan. sahabat2 len pun sama.

sekian.

tamat exam 2013

basmalah.

alhamdulillah, hari ni dah tamat final exam  bagi tahun pertama.

biasa la kan. 

aku taktau kali ni tahap apa usaha aku, tawakal aku. 

semoga dapat yang terbaik.

itu jugak yang aku harapkan walaupun mungkin usaha aku tak sekuat mana.

mana ada orang doa nak gagal. 

semoga Allah permudahkan. 

sekian.

Wednesday, June 26, 2013

berkorban hadiah. . .

basmalah.

aku bukan la nak berbangga. tapi aku memang seorang yang agak suka membaca.
tapi ikut jenis buku la jugak kan.

untuk pengetahuan, aku ada menjadi ajk untuk beberapa projek kolej kediaman. purpose nya untuk aku dapat stay kolej. haha nak bagi aktif la kononnya. ok bukan itu fokus hari ni. fokus hari ni, kedua2 projek ni di bawah satu jkp [ala, nama panjang dia aku xingat, ala2 organisasi mpp jugak, tp untuk kolej je] projek2 yang aku join ni bawah JKP Kerohanian dan Perpaduan.

masa awal2 dulu, projek pertama aku, iaitu projek Minggu Manifestasi Islam 2013, ada anjurkan jamuan la untuk ajk2. so, aku pun join la. dan adat orang2 kat sini, memang suka bertukar2 hadiah. tapi, aku pun suka, so, tak kisah lah. malangnya, aku tak ready, dan taktau nak beli apa. sebab selalunya, hadiah yang aku slalu bagi kat orang, aku akan bagi buku, sebab aku suka buku. dan aku xkeluar memana, dan kebetulan aku memang ada banyak buku, jadi, aku korban kan la satu buku kesayangan aku. orang kata, kalau nak hadiahkan sesuatu kat orang, hadiahkan barang yang kita sayang. dengan berat hatinya aku hadiahkan la buku tersebut. buku yang baru beli dengan buku yang kita dan lama beli + dah baca, memang berat hati. taktau la orang lain kan.

dan orang yang bertuah tu, pengerusi JKP yang dapat, haha bertuah betul beliau dapat buku tu. aku dah la siap tulis g, 'semoga bermanfaat kepada pemilik baru buku ni'. ayat baik punya sebab nak tutup nama ngan tandatangan aku atas buku tu. haha takut kantoi! dan sehingga sekarang aku harap xkantoi. tajuk buku tersebut ialah 'FANZURU' karya Hilal Asyraf. dan balasannya aku dapat sekotak gula2 kunyah~untuk pengetahuan, sesi bertukar hadiah semua dijalankan secara undian nombor. jadi, memang random habis la.

cerita kedua,

jamuan anjuran JKP yang sama, tapi kali ni, kumpulkan semua projek bawah JKP. ada dalam 3 atau 4 projek kalau tak salah. dan kali ni berlainan bangsa dan agama. dan seperti biasa, orang2 kat sini memang suka bertukar2 hadiah. dan aku memang sangat tak ready, sebab minggu exam, lalu aku mengorbankan lagi satu buku aku. oleh sebab aku fikir ada campuran agama, jadi macam tak proper la aku bagi yang berciri keagamaan. so, aku bagi la buku cerita english yang aku ada. haha. dan selamat la dapat kat seorang budak tu. aku tak hadir pada hari kejadian, so, aku malas nak amik tahu sapa. dan balasannya aku dapat juga hadiah buku, tapi buku nota, bukan buku cerita. tp kelainan sikit, hadiah yang aku bagi tu, memang tak bermanfaat sikit. dah nama pun buku cerita. ala2 novel gitu.

dan tambahan,

 kalau aku bagi hadiah, kebiasaan aku, aku suka balut hadiah tu dengan sekurang2nya 10 helai surat khabar dulu baru aku balut dengan pembalut hadiah. sweet kan? tahniah la kat pengerusi JKP kerohanian dan perpaduan sebab dapat rasa perasaan 'sabar' bila dapat hadiah aku. haha kenapa xsebut budak sorang lagi ni? sebab hadiah budak sorang ni [yang dapat buku cerita english ni] bukan aku yang balut, so, xdak la cabarannya.

cerita panjang yang takda faedah sangat.

setiap orang ada pandangan dari kaca mata masing2. macam aku, aku suka bagi atau share dengan orang benda yang aku suka, macam buku. kalau orang lain suka makanan, maybe dia express kan kesukaan dia melalui makanan. so, kita kena hormati lah. aku suka dan puas hati orang dapat share macam yang aku dapat macam aku baca buku tu la kan. apa yang aku dapat, dia pun boleh dapat.

jadi, kalau kita nak bagi hadiah kat orang, bagi la hadiah yang kita sendiri sayang, walaupun, kadang2 cita rasa kita ni berbeza, tapi tak salah kalau nak share kan kesukaan kita dengan orang lain.

sekian.

Tuesday, June 25, 2013

:: clarify ::

basmalah.


blog ni memang untuk buat jurnal seharian je. 

kalau nak perkara yang bermanfaat, sini tak sesuai sangatlah.

ni pun sekadar suka2.

dan dah disabled kan komen supaya boleh menconteng kat sini dengan lebih tenang.

hahahahahaha [nada sopan]

insyaAllah kalau ada yang 18cc [18cintancintun geligeleman]

aku akan warning dulu.

supaya takda yang muntah hijau, muntah darah dan sebagainya.

ni jurnal ye. 

it more or less like a diary. 

the end.


hari ini. . . .

basmalah.

hari ni hari kedua last exam.
hari ni hari ketiga rasa jerebu.
hari ni frust sikit dengan paper biostatistik.
hari ni roomate aku dah habis exam.
hari ni makan nasi kukus ayam berempah.
hari ni pakai baju kurung putih hitam bunga merah.
hari ni pakai kasut coklat.
hari ni minum neslo ais.
hari ni study 'aqaid islamiyah untuk esok.
hari ni insyaAllah hujan.
hari ni nyaris nak kena langgar ngan keta kelisa putih.
hari ni pakai topeng g exam hall.
hari ni jumpa kawan2 sama kos.
hari ni rasa malas nak study.

kalau lah segala nikmat yang Allah kurniakan, kita mampu hitung dan list kan macam ni. betapa banyaknya. setiap hari, jam, minit, dan saat tidak putus2 nikmat yang Allah kurniakan. sudah beryukur kah kita?
Alhamdulillah. insyaAllah hari ni hujan, doakan. semoga hujan turun, supaya sejuk sikit bumi ni, dan kurang sikit jerebu. Allah baru uji kita yang di sekitar selangor dan kuala lumpur dengan jerebu selama 3 hari, Allah dah turunkan hujan. tanda apa lagi jika bukan Allah sayangkan kita? Alhamdulillah.

hari ni nak study habisan, walaupun rasa kemalasan. esok dah boleh start berkemas barang yang berlambak2. semoga Allah permudahkan paper 'aqaid islamiyah esok, jam 1130, dewan 1.
insyaAllah.

sekian.

Friday, June 21, 2013

kisah cinta misteri.

basmalah.

AMARAN!
entry kali ni sumpah sentimental, geli, cintan-cintun. dan yang sewaktu dengannya.jangan baca. 


aku tau banyak kisah cinta. 

maksud aku kisah cinta manusiawi.

ada satu kisah ni betul2 mencuit hati. 

bukan sebab terlalu agungnya kasih si fulan kepada si fulan.

tapi sebab kesungguhan membuang perasaan demi menjaga hati. 

ditinggalkan kerana hati di sana tersangkut pada yang lain.

dan dia redha. 

gaya aku cerita ni memang nampak biasa. 

tapi bila aku dengar sendiri yang dia sampaikan. 

aku dapat rasa ketenangan dan kebahagiaan dia. 

mungkin kebahagiaan dalam perpisahan. 

aku doakan dia dapat yang terbaik dalam hidupnya. 

dia seorang sahabat yang aku cinta, sayang kerana Allah, InsyaAllah. 

inginku mengimbas kembali saat2 yang menjadi titik tolak persahabatan aku dan dia. 

pada satu malam semasa di sekolah, aku dan dia bergaduh. puncanya, aku tak suka dia, dan dia tak suka aku. 

namun, pada malam itu, juga jadi titik permulaan persahabatan kami hingga kini dan insyaAllah hingga ke akhirat. 

benar, tak kenal maka tak cinta. 

kisah cinta dia, aku sifatkan sebagai kisah cinta yang tragis.

apa yang kita sangka kan yang terbaik, mungkin belum cukup baik untuk kita, 

Allah jualah yang maha mengetahui. 


sekian.

kisah cinta yang kekal misteri.

cats. a tribute to my late cats.

basmalah.

kucing.
hamster.
ikan.

dulu pernah bela haiwan2 ni. kucing la paling lama dan banyak. dari kecik2 lagi. seingat aku, sejak tadika. sampai sekarang. tapi sekarang aku dah tak boleh main dengan kucing. tak tahu kenapa. bila dekat je, tak pun pegang sikit je dah bersin, mata merah2, gatal. dulu2 pun pernah jadi, tapi dah lama main, baru terasa. ni xdan pun nak bermesra ngan kucing, dah bersin2.

memang banyak sangat kucing. memang ada yang xsempat bagi nama pon. yang inagat2 lupa, yang memang dah terlupa, suma ada. banyak mati kena lenyek ngan tayar keta mak. kubur kucing banyak je blakang umah. nak buat tribute sikit la untuk arwah2 kucing yang aku masih ingat nama.

kelabu.
kucing pelarian yang datang. daripada dia ni la lahir keturunan kucing yang ada kat rumah aku. banyak anak dia ni. cucu, cicit apatah lagi la. kalau buat family tree tu, dah macam apa lagi dah. banyak sangat. haha

Oren.
warna oren, dan perut dia warna putih. kucing jantan yang ekornya bergulung. jadi macam ekor arnab tu. ekor dia panjang, tp tulang ekor dia tu membulat/melengkung. so, bila tumbuh bulu, jadi macam ekor arnab yang kontot tu. dia kucing abang aku.

Hitam.
warna hitam dan putih sikit2. kucing jantan yang se-kelahiran dengan oren ni, depa ni ada  4 beradik. tp Oren ngan Hitam ja yang survive lama. Hitam ni kucing aku. dia ni manja. sama ngan Oren. manja sangat! depa ni antara kucing yang xjakun bila masuk rumah. depa masuk, depa bukan cari lauk, cari orang, nak ajak main. =3

Teliang [e tu bacaannya ekor]
dia ni special. kepala dia senget sikit. mungkin masa lahir, atau masa dalam kandungan tu terpulas kot mana2 kot. tp dia ni seekor kucing yang sangat berani. sangat manja.warna dia hitam. takda warna len. pernah ada kenangan ngan dia. masa tu tengah termenung depan pintu rumah, teliang mai lalu tepi kaki, gesel2. aku pun main2 ngan dia. tiba2, aku nampak ular kapak lalu, betul2 depan aku, serius besaq. saiz ular dewasa. selalunya kucing kalau binatang2 len mai, dia nak halau kan. sama ngan teliang, dia bunyi meneran tu. aku pun xtau nama betul bg 'meneran' tu. tapi dia setia dok dekat aku. aku yang time tu kaku, tak terkata. takut. last2 ular tu lalu wat dono je. aku takut gak. takut kucing2 aku plak kena patuk ular tu nanti. tp alhamdulillah xjadi apa2.

Nyiau Nyiau
ni kucing berbelang. kucing betina yang sangat kakak aku manjakan. nyiau-nyiau ni manja dia lagi dahsyat pada Oren. adik beradik dengan o-ok kat bawah ni.

O-OK [bacaan dia bukan 'okey' tapi o-ok]
ni kucing betina kaler hitam putih bertompok2..semua kesayangan kakak aku. kucing ni suara dia lembut sikit. haha aku pon xtau nak describe cemana kelembutan dia. dia ni kalau diibaratkan manusia, macam perempuan melayu teakhirla. ayu nya kucing ni. haha

Debab.
kucing betina yang pertama kalinya dalam sejarah kucing2 aku, ada kucing bulu dan ekor kembang. nama debab, sebab dia paling debab. debab anak pada o-ok. berwarna hitam putih. ni antara kucing yang paling cantik la. dan debab ni paling penyengap. susah sangat nak dengar dia mengiau. siyes! bunyi dia,, 'eu,, eu,,' cetu ja. dan banyak la anak2 dia yg comei2.. sebab dia pon comei~

Omei
kucing ni antara fevret kakak aku. tapi yang ni xlama pun hidup. dia ni sangat comei jugak dan manja. warna dia smua putih, tp bukan albino. tapi dia ada satu titik hitam kat tepi misai dia. macam tahi lalat. comei!

kucing2 yang latest ni aku xnak update, sebab sejak aku pindah ke sekolah yang lagi jauh, aku dah jarang main kucing sampai sekarang. dan kucing2 suma takut ngan aku. so, nama pun xbagi dah. haha..

memang korang xle bayangkan. seba xdak gmbar. tp takpa. xpenting pun. yang penting. i love cats. bagi aku, kucing ni sahabat baik manusia jugak. betul! ok.

sekian. =3

Wednesday, June 19, 2013

for guys. =3

basmalah.

lelaki yang unpredictable. perempuan yang xberapa suka perangai lelaki kata.
perempuan yang mengada-ngada. lelaki yang xberapa berkenan perangai perempuan kata.

seriously, aku pun xdapat paham perangai lelaki. tahu lelaki ni suka melawak [based on my experience, make friends with boys.] tapi kekadang, melawak tak kena masa. tempat. tajuk tak sesuai.

1) nak melawak perlukan masa, tempat, tajuk yang sesuai ke?

bagi aku, sangat! mesti. especially tajuk yang dibincangkan tu. yang lain tu bergantung pada nasib orang yang buat lawak tu la. sebagai contoh, baru ni si fulan ada buat lawak tentang harga hantaran wanita melayu yang mahal, dan dibandingkan dengan wanita syria yang baru2 ni umpama virus yang tersebar luas di laman sosial facebook. dan ada lah orang tu men'tag' nama beberapa wanita yang beliau kenali.

pertama, sangat xkena la bandingkan wanita melayu dengan wanita syria yang memang dah berbeza.
kedua, tajuk yang digunakan amatlah tak sesuai. sebabnya, dia xmasuk meminang lagi pun wanita2 yang di'tag' tu, dan bagaimana beliau boleh tahu harga hantaran yang dah ditetapkan?

 i'm so speechless,,

wahai lelaki2 sekalian, hal perkahwinan amatlah sensetif bagi seorang wanita. korang apa tau? kalau perkataan melayu aku xjumpa yg sedap. tp kalau perkataan inggerisnya, it's just like you're INSULTING her kalau kata macam tu. and i'm a woman.  macam nak jual diri, walaupun kadang2 mak ayah dia yang tentukan harga tu. i dont know, im not married yet.

2) pasai benda ni pun nak marah dan bergaduh ke?

marah tu tak, bergaduh pun tak. geram tu ada. mungkin, sepatutnya tak payah layan pun, tapi, bila makin banyak yang keluarkan fatwa dan pendapat sendiri, it really annoying. if you are boy, you can never understand.

3) so, akhirnya?

benda ni berakhir dengan tergantungnya komen2 tersebut. ekceli, budak laki ni kalau dah dapat buat perempuan marah, dia lagi seronok. seronok sebab main ngan emosi perempuan. tak gitu? dasar hati lelaki begitu.

4) memang hal ni hal kecik. sebabnya, as we all know, [if you dont know, please google] perempuan memang kesah hal remeh temeh. sebab tu perempuan benda kecik pun nak bising. guys, no offend, lelaki memang selalu pikir hal negara ja, sampai hal kecik2 seldom pikir.

konklusinya, aku bawak satu contoh je ni. contoh nye kisah kat atas ni la. tp banyak je benda lain lagi berlaku disekeliling. everybody need to know about the opposite gender, so that everybody can live in harmony, happily ever after. learn. if you want to get married, you must know about your spouse. not specifically, but try to know about them basically. how do men response, how do women react. 

memang xdak salahnya as long as we are saling melengkapi. 'we' tu bukan meaning dia orang hat yang dah kahwen , atau in relationship saja. semualah. sebabnya, kalau semua nak pikir hal negara, hal diri sendiri, hal remeh2 sapa nak pikir? kalau semua pikir hal remeh, hal negara sapa nak pikir?  what goes round, come around. well. true.



do try these books. to understand more about the opposite gender. 

sekian. please guys, no offend.

Saturday, June 15, 2013

inginku mengembara

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

bila dah berumur 21 tahun ni. [baru je lepas birthday beberapa hari lalu], terasa diri ini macam nak travel la. tapi xberani nak travel sorang2. kawan2 takdak pulak yang berminat. suami pun xdak lagi, kalau tak boleh p ngan suami ja. ok. aku melawak ja.

taktau nak cari mana kawan2 yang berminat nak travel. nak belajar. sebab aku slalu tengok yang slalu travel2 ni laki, xkan nak tag team ngan laki kot. xsedap la. tapi, memang la elok jugak ada laki, sebab terjaga sikit. tapi dulu kawan aku ada cita depa p travel ngan budak pompuan, cara dia cakap tu macam xberapa nak ikhlas ja. macam terbeban la nak p ngan perempuan, sebab nak kena jaga depa la apa la. huhuhu tu yang aku xsuka tu.

nak tambah dalam to-do-list, nak travel oversea. err nak travel dalam negeri dulu sebelum tu. langkawi pon pusing xabih lagi.. hahaha okeh.

sekian.

Friday, June 14, 2013

sahabat cerminan diri

basmalah.

sahabat ni umpama cerminan diri. kita sendirian umpama cerminan yang pecah. manakala jika dengan sahabat, kita lengkapkan cermin itu agar kita dapat lihat refleksi diri kita sepenuhnya. kalau cermin retak dan pecah, macam mana nak lihat pantulan diri? dan, bagaimana nak koreksi diri kalau tak nampak kesalahan yang dibuat? sahabat umpama pelangkap cermin dan juga sebagai cerminan diri kita. dan usai dapat melihat, disitulah akan ternampak kesalahan yang perlu diperbetulkan. analogi yang mudah. semua boleh paham.

sekian.

Thursday, June 13, 2013

kembali

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

assalamualaikum.

=3

berapa lama la xupdate blog ni. sampai satu tahap rasa macam memang tak mau nak menulis dah dalam ni. tapi bila pikir balik, sayang pulak. walaupun tak la banyak follower sangat pun. 
sekarang ni dah nak habis semester kedua tahun pertama. nak kata masa berlalu dengan cepat tu, tak jugak. masih bertungkus lumus dengan final exam. masih bergelut dengan kerja untuk program seterusnya yakni, program Ihya' Ramadhan yang bakal menjelang. kalau ikutkan, kerja memang takkan habis.
masa ja yang habis. berbuku2 dalam hati ni. nak menulis memacam. hidup sepanjang bergelar mahasiswa tahun pertama ni. cabaran hidup sebagai pelajar, sebagai anak, sebagai sahabat, sebagai ....... 

malas nak update isu2 semasa kat sini. nak update kesah hidup aku ja. hidup yang xseberapa ni. nak update kisah cinta, cinta tak mai lagi. ngehehe. nanti aku jadi jiwang, sapa pun xlalu nak baca. ok sudah. 
sekarang ni berhajat sangat nak perabih exam sebaik mungkin. nak tengok cerita KIL. fokus buat kerja untuk ihya. insyaAllah. semoga Allah permudahkan. semoga Allah sempat sampaikan aku untuk menjadi tetamu Ramadhan. sempat untuk aku merasai Ramadhan sekali lagi. rindu.