basmalah.
AMARAN!
entry kali ni sumpah sentimental, geli, cintan-cintun. dan yang sewaktu dengannya.jangan baca.
aku tau banyak kisah cinta.
maksud aku kisah cinta manusiawi.
ada satu kisah ni betul2 mencuit hati.
bukan sebab terlalu agungnya kasih si fulan kepada si fulan.
tapi sebab kesungguhan membuang perasaan demi menjaga hati.
ditinggalkan kerana hati di sana tersangkut pada yang lain.
dan dia redha.
gaya aku cerita ni memang nampak biasa.
tapi bila aku dengar sendiri yang dia sampaikan.
aku dapat rasa ketenangan dan kebahagiaan dia.
mungkin kebahagiaan dalam perpisahan.
aku doakan dia dapat yang terbaik dalam hidupnya.
dia seorang sahabat yang aku cinta, sayang kerana Allah, InsyaAllah.
inginku mengimbas kembali saat2 yang menjadi titik tolak persahabatan aku dan dia.
pada satu malam semasa di sekolah, aku dan dia bergaduh. puncanya, aku tak suka dia, dan dia tak suka aku.
namun, pada malam itu, juga jadi titik permulaan persahabatan kami hingga kini dan insyaAllah hingga ke akhirat.
benar, tak kenal maka tak cinta.
kisah cinta dia, aku sifatkan sebagai kisah cinta yang tragis.
apa yang kita sangka kan yang terbaik, mungkin belum cukup baik untuk kita,
Allah jualah yang maha mengetahui.
sekian.
kisah cinta yang kekal misteri.