Tuesday, May 29, 2012

:: keputusan ::


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

    Alhamdulillah.. result dah dapat hari ahad kelmarin. Terima kasih kat encik posmen yang tolong hantarkannya.  Rata2 sahabat2 yang saya Tanya keputusan mereka, semuanya tak kan berikan the exact number of the cgpa. So, aku pon xnak bagitau jugak. Yang pasti, memuaskan untuk aku. Walaupun agak kecewa. Tapi suka jugak. pelikkan double feeling nih.. Sebabnya aku amat yakin untuk sesetengah subjek tu aku rasa macam nak fail ja. Dan tambahan lagi, ada jugak subjek yang aku tak minat. tapi, alhamdulillah. Walaupun cgpa tu tak cukup untuk aku apply scholarship, tapi harapnya aku dapat la kos yang aku mintak tu. Tapi insyaAllah apa2 pun berserah kat Allah. Itu yang terbaik untuk aku.

  
      Aku memang ada subjek yang aku xminat.. subjek fizik dan apa2 yg sewaktu dengannya.. Subjek yang tak minat tu memang la aku bajet dapat rendah ja.. dengan kuiz pun tunggang terbalik ja markah.. [kuiz hanya ada untuk subjek fizik] tapi, Alhamdulillah. Subjek fizik, aku dapat result yang agak bagus jugak. Dan subjek fizik 4 aku [fizik ni bkaitan pasai magnetism la apa2 yang paling susah bagi aku untuk subjek fizik] , aku dapat lagi bagus daripada bio 1 fisiologi organism yang aku rasa aku boleh jawab dengan baik.





Sungguh la, apa yang kita usahakan tu, Allah jua lah penentu yang terbaik. Allah tau stakat mana usaha kita.  Apa2 pun, aku kena gandakan lagi usaha aku. Aku tau tu bukan 100% aku bagi. Tapi aku xdapat lari dari study last minute. Aku suka study last minute. Aku xleh nak konsisten dalam study, xtau paseipa. Xtau la kot2 genetik ka pa..  dan aku boleh study last minute, tapi, bukanla betul2 last minute, Cuma, aku hanya akan study bila ada test or exam. [jangan tiru sikap dan aksi ini]


Dan tahniah la buat sahabat2 yang dapat 4 rata, 3.9 yang hampir rata, 3.8, 3.79 yang dekat2 nak rata, 3.5 yang landai, 3.3 ,  3.2,  3.1  yang dah nak condong.. [ haha dok mengarut pa tatau ]

Keep it up ye sahabat2.. yang nak tukaq kos dan fakulti tu, semoga Allah permudahkan urusan korang.  Ingat ye, usaha kita tu salah satu sumber kejayaan kita, tapi, semuanya terletak pada ketentuan Allah jugak. 

insyaAllah jumpak lagi kita di universiti malaya nanti yer sahabat2.. 

Allahua'alam~








Saturday, May 26, 2012

:: saudara baru bertujuh ::


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


baru sedaq.. lama tak update pasai buku. . . selain dari lama tak beli, aku memang tak sempat nak baca pun.  dan interest aku nak membaca novel pon dah berkurang. mungkin pressure tyme study kot,, study ke? haha
dan sampai hari ni pon aku masih tak selesai lagi membaca kesemua tujuh buah buku ni..

aku beli buku2 ni guna baucer buku yang free tu. asalnya aku nak guna untuk beli buku study, tapi buku2 untuk asasi suma aku dah ada, so, nak beli untuk degree, aku taktau lagi dapat kos apa, dan nak simpan tyme degree, dah tamat tempoh pulak. dan pandangan peribadi aku, aku rasa rugi la jugak sebab dia punya 'best use before' tu abeh cepat sangat. sebab purpose utama kerajaan bagi baucher tu untuk beli buku2 pelajaran. tapi, tengoklah apa aku dah buat. huhu

so, daripada baziaq tu, aku beli buku yang dah lama aku nak baca, tapi tak terbeli. so, bila berlangsungnya pesta buku kat putra world trade centre [tak ingat bulan berapa], aku ngan roomate aku pon g la menghabiskan baucher yang masih berbaki. [awal2 tu aku dah beli buku rujukan]

walaupun aku ni kira outdated, baru nakbaca buku2 ni, yang dah lama kuar, aku xkesah pon.. baucher aku, mata aku yang nak baca, haha so, pepaham je la.. kihkih.. maapterkasaqbahasa


enjoy~

ni la PWTC kalau sesapa tak penah mai g..
[aku pon peqak first tyme aku jejak kaki kat cni]

buku yang masih berbalut plastik




ni semua buku2 berlatar belakangkan meja study aku



ni 3 buah buku motivasi karya hilal asyraf =)



4 buah novel karya ramlee awang murshid.. yang last xbeli lagi,, =)

 oleh sebab masa beli buku2 ni, final exam dah nak dekat, so aku decide nak baca kat umah. dan sekarang masih dalam proses menghabiskan.. huhu.. chaiyok..



 jom latih balik minat membaca kita. bukan setakat buku2 fiksyen saja, buku2 fakta pun [aku pon kena banyak 'exercise' baca buku fakta].

p/s: murabbi2 saya pesan, jangan dok baca buku2 ceni sangat. benda ni muhong ja.. kita sepatutnya kena baca buku2 yang realiti, buku2 yang buat kita banyak berfikir. maaf ustaz, saya cuba kurangkan dose buku2 fiksyen saya.






:: sandaran cinta ::


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

lagu ni seorang sahabat hadiahkan buat saya. dalam erti kata sebuah persahabatan kerana Allah... insyaAllah..
***


Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi

Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian

Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa

Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa

Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya

Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya...ooo...

Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa

Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia



:: shared ::

this what i got when i recite the holy Quran this early night. i want to share with all of you that directly or indirectly read this entry. hope all of us will get blessed by Him. sharing is caring rite~ =)


قُل يٰعِبادِىَ الَّذينَ أَسرَفوا عَلىٰ أَنفُسِهِم لا تَقنَطوا مِن رَحمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغفِرُ الذُّنوبَ جَميعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الغَفورُ الرَّحيمُ ﴿٥٣﴾ وَأَنيبوا إِلىٰ رَبِّكُم وَأَسلِموا لَهُ مِن قَبلِ أَن يَأتِيَكُمُ العَذابُ ثُمَّ لا تُنصَرونَ﴿٥٤﴾ وَاتَّبِعوا أَحسَنَ ما أُنزِلَ إِلَيكُم مِن رَبِّكُم مِن قَبلِ أَن يَأتِيَكُمُ العَذابُ بَغتَةً وَأَنتُم لا تَشعُرونَ ﴿٥٥﴾ أَن تَقولَ نَفسٌ يٰحَسرَتىٰ عَلىٰ ما فَرَّطتُ فى جَنبِ اللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ السّٰخِرينَ ﴿٥٦﴾


surah az-zumar : ayat 53-56
(39 : 53-56)

translation in malay :

ayat 53 :

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya (kecuali syirik). Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

ayat 54 :

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).

ayat 55:

Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya,

ayat 56 :

supaya jangan ada orang yang mengatakan: "Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah).


i will not explain it further because i'm not the right person to do that.since i've no experience in giving explaination from the verses of Quran. so, i'm only share it with you, and hope it will give us direction.
and may Allah bless us. 

Friday, May 25, 2012

:: b.e.R.d.E.b.a.Q ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

debaran terasa
ada antara sahabat2 dah dapat keputusan masing2
keputusan peperiksaan akhir semester 4 yang lalu
yang bakal menunjukkan 
yang bakal menjadi penutup
bakal menjadi
konklusi
untuk kesemua 4 semester untuk asasi
penentu pilihanku untuk ijazah sarjana muda nanti

*ayat xbleh blah.. huu


aku tak pasti sejauh mana usaha aku
aku tak pasti sebanyak mana penat lelah aku
aku tak pasti cukup atau tidak doa aku
Allah
permudahkan lah urusan kami.. rabbi yassir wa la tu'assir
perkenankan doa kami
amin~










Wednesday, May 23, 2012

:: tuKaR ::




dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


entry kali ini diharapnya sesiapa yang baca sila buka minda dan ini adalah pendapat saya sendiri. dan bukanlah berniat nak menghentam sesiapa. mintak maap kalau ada yang terasa.

baiklah,, saya ada terbaca entry seorang sahabat yang sama kos dengan saya. dia nyatakan yang dia dah dapat result untuk sem 4 dan keseluruhan cgpa dia ialah 4 flat. memang dijangkakan. alhamdulillah. tapi, saya amat sedih dengan kenyataan dia tentang kos kami ni. maaf, ini dari segi pemahaman saya dan yang saya perhatikan dari kami di asasi lagi.


tidak salah bagi seseorang itu nak tentukan hala tuju hidup dia, dan pilih jalan yang terbaik. ya, itu sangat bagus, tapi, dalam kita membuat pilihan, adakah kita tahu itu yang terbaik? kita perlu letakkan kebergantungan pada Allah. alasan yang dia berikan mudah, subjek agama susah. semuanya kena belajar dalam bahasa arab. jawab exam dalam bahasa arab. kena hafal. xpaham bahasa arab. bidang yang diberi pilihan sikit.
bagi saya, itu satu alasan yang sangat lemah.


secara jujurnya, saya bukanlah seorang yang cemerlang dalam peperiksaan. dan saya bukan lah top student untuk kos tersebut. dan cgpa saya dalam exam2 sebelum ini [saya belum dapat lagi result sem 4 buat masa ni] bukan lah yang baik dan bukanlah 4 flat. hanya cukup untuk saya apply kos sains yang sana nak, iaitu 3 pointer ke atas. bagi saya subjek bahasa arab, dan subjek2 yang perlu dipelajari dalam bahasa arab, memang susah.. sangat susah. tapi jangan lupa, sibjek sains, kimia, biologi, fizik pun susah. maksud saya, kalau xbelajar, dan xdak keinginan nak belajar, memang jadi susah.



saya memang dari form 4 saya xfaham fizik. sampai ke sudah saya hanya cukup2 makan ntuk subjek ni sampai akhir asasi. oleh kerana tiada minat.
hanya itu.


bila dia buat komen macam tu, dia yang 'takutkan' subjek bahasa arab tu, tak usahlah menakutkan lebih ramai orang lain. kenapa jawab fizik dalam bahasa nombor boleh? sebab belajar. sebab minat. dan yang penting keinginan nak dalami. sama dengan situasi saya, saya give up fizik. dan dia, give up kesemua subjek yang perlu belajar dalam bahasa arab. kami serupa saja.

dan kenapa pilihan untuk further dalam degree nanti hanya sedikit? program pengajian yang kami pilih ini, program yang berlangsung atas kerjasama dua fakulti. fakulti sains dan fakulti akademi pengajian islam. kalau dah kata kerjasama, xkan kita nak bolot semua? mesti la bagi yang tertentu saja. you must think that.


nak lulus dengan cemerlang, bukan kita yang tentukan. kalau kita usaha sekuat mana pun, kalau Allah taknak bagi, xdapat. nauzubillah.

tolong la sahabat2.. selemah mana pun anda dalam subjek agama [subjek2 lain juga], tolong la jangan kata ianya penghalang untuk anda berjaya. saya terkilan sangat. subjek agama jadi penghalang [atau mungkin jadi pengahalang] untuk lulus dengan cemerlang untuk degree nanti. astaghfirullah. semua tu ilmu Allah bagi. bersyukur lah,,,


saya bukanlah nak menghentam dia, dan mungkin bila saya berada di tempatnya, saya juga akan terfikirkan yang sama. tapi, harapnya xda lagi lah selepas ini yang membuat penyataan yang direct atau indirectly tentang susahnya belajar agama. takdak benda yang senang dalam dunia ni. sebab tu kita kena belajar. ilmu yang 4 rata tu belum pun nak samai setitis air dilaut, apatah lagi kalau kita buang ilmu jauh2. nauzubillah.


akhir sekali, saya doakan sahabat2 saya yang nak keluar sangat dari apids ni, semoga korang bertemu dengan pilihan korang yang tepat dan semoga berjaya dunia akhirat.

mohon maaf atas keterlanjuran bahasa.
Allahua'alam~



Tuesday, May 22, 2012

:: eid milad ya sahabati ::




dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,,

kelmarin besday kawan aku,, bagi aku dia antara kawan terbaik aku. insyaAllah. sebenarnya, aku terlupa besday dia berapa haribulan, so dengan rasa bersalahnya, oleh sebab dia dok kat luar negara dan aku tak tahu nombor phone dia, so aku putuskan nak pm dia ja..

dan, dia reply kat aku.

"Uihh.. takpa ja la asma.... Hehehe... aku pon tanak sambut bufdae.. ni dh jd angka 2 kat dpn... dh dewasa.. tp kkwn kat sini sambut jgk.. tapa2.. hargai apa yg ada... (= Syukran naaaa.... Moga2, makin dewasa makin dekat dgn Allah...
balik mlysia tak leyh pcepat.. hehe.. tiket 12 Julai... inshaALlah,.."


aku memang sangat xjangka kan jawapan camni. sebabnya kami pun memang dah lama xberhubung. aku pun bakal berumur yang berangka 2 kat depan. aku ada terfikir, kawan2 ingat tak besday aku. tapi bila aku dapat jawapan macam ni dari kawan aku ni, aku rasa, aku ni seorang yang jenis nak dihargai ceni rupanya. ingatan seorang sahabat tu bukan hanya dalam ucapan 'hepi besday' yang setahun sekali tu, tapi dalam doa mereka saban hari.

cuba bezanya, mungkin 'hepi besday' tu stret forward kat kita berbanding doa.. tapi tak salah untuk kita nak mengucapkan kata2 tu untuk menggembirakan sahabat2 kita. mungkin dia lebih rasa dihargai. orang lain taktau la, tapi, kalau aku, aku suka,, [astaghfirullah]


dia juga ada kisahkan kat aku. dia, seperti remaja2 lain, bila umur dah meningkat ni, terpikirkan soal berpasangan. aku bukanlah orang yang berhak untuk nasihatkan dia tentang hal besar sebegini. tapi, bagi aku, aku hanya dapat katakan..

"sahabatku sayang,,,
insyaAllah,, ada laki yang baek ntuk ang,,, aku nak ckap pon aku ni xla baek mana... Allah kan ada ... Allah xkan sia2kan permintaan ang,, insyaAllah,, yakin,, aku pon bila tengok kengkawan dok crita dia ni kawen,, dia tu kawen.. umoq sama ngan kita,, rasa lagu mana xtau..
tapi aku yakin Allah akan temukan kita dengan seorang yang kita perlu,, bukan seorang yang kita nak,, semoga jodoh kita dalam kalangan orang yg soleh,, amin,,
kalau ang yg baguih ni risau, aku yg prangai xbrapa nak molek ni lagi la takut weh,,, apa2 pon kita sama perbaiki diri kita dulu,,
weh ni aku cakap mcm bukan aku ja,, haha,, ingatan ntuk aku gak,, huhuhu,,, weh, kadang2 kan, orang yg dekat ngan kita kita xnampak, tapi kita dok bharap org jauh,, [abaikan aku ckap tu,, aku pon dah xbetoi,,,]

xkan kawn2 ang kat sana xdak yg ajak ang kwen haha direct sgt ka aku? blik mlysia ni p kawen la,, hehehe"

*ignore je ye yg last tu,, hehe

kita manusia ni, sentiasa melakukan kesilapan. tambah lagi kalau kesilapan tu dah jadi seperti satu kebiasaan. nauzubillah. tapi, kita bertaubatlah. taubat ni kena selalu, bukan sekali sekala ja. ada satu kata2 yang bagi aku sedap ntuk dijadikan ingatan, 'Allah bagi sesuatu kat kita tu ikut apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak' bagi aku, benda ni termasuklah dalam soal jodoh dan pertemuan ni.


lagipun, sekarang ni kalau boleh aku nak elak sangat cakap pasai soal jodoh2 ni.. haha ntahla,, sapa yang dah bertemu jodoh tu, aku doakan yang terbaik dan cepat2lah perhalalkan ikatan masing2. tapi bagi yang jodoh xsampai lagi tu, nak cari tu, carilah, tapi jangan sampai dok ganggu kehidupan seharian. jangan sampai ganggu pelajaran. jangan sampai ganggu iman [yang ni orang selalu lupa].





berjihadlah melawan nafsu. susah. tapi cuba dulu.



akhir kata dari aku, hamba yang lemah dan hina, sahabat yang mencintai sahabatnya insyaAllah selamanya kerana Allah,
dekatkan diri kita dengan Allah dulu, perbaiki diri kita dulu sesempurna mungkin, sambil2 cari jodoh anda a.k.a kita , jangan lupa berdoa, semoga Allah berikan apa yg kita perlukan, bukan apa yang kita nak. insyaAllah.

dan yang lebih penting, semakin hari bertambah, semakin bertambah angka umur. harapnya semakin bertambah amalan kita, semakin kuat kita beribadah kepadaNya, semakin lebat sedeqah kita, semakin hebat akhlak peribadi kita, dan semakin positif lah kita ni hendaknya.. semoga graf keimanan versus akhlak kita directly proportional la yer.. =)insyaAllah,, ingatan untuk diri sendiri dan sahabat2..

Allahua'alam~




Monday, May 21, 2012

5 ITQAN 2009 version 2.0




dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang....

ermm nothing to talk much... tapi nak share gambor2 je,, well gambar2 ni sungguh xbrapa lawa aku edit. edit pon guna photoscape ja,, haha sebab tyme ni nak rush nak cuci gambaq.. tapi last2 xsempat pon na bg album tu kat cikgu,, insyaAllah tahun ni sempat bagi kot. and lagi, gambar2 ni mostly amik kat facebuk ja,, sebab tu ada beberapa orang tu gambar dia cam pelik cket. but, pliz enjoy~ =)

p/s : xder benda nak diceritakan pon,, perangai2 diorang ke apa,, tapi yang pasti,, bila kitorang semua sekali.. memang terbaeeeuk laa,, insyaAllah..














































































































*********************************************************************************



haha aku pon xtau kenapa aku termasuk dalam konspirasi ni,,, =.="










Thursday, May 17, 2012

:: suka suki si boling ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..



it's been so long after my last post. xdak benda yang best pon nak dikongsi. tapi, just nak share memori2 semasa masih berada di alam asasi. cewah.. ntahla.. aku dapat rasakan yang suasana degree nanti akan jauh berbeza dengan alam asasi yang telah dilalui.. walaupon aku bleh je tengok sorang2 gambar tu, tapi, aku nak post gak, bagi sesapa yang baca share perasaan aku n bleh jadi jeles ngan aku n frens.. haha joking. so.... xdak even besar sangat pon lepas dari camping dulu tu,, sebabnya terus ngan final exam, jadi, kami semua berpakat nak buat sebarang jamuan or gathering, lepas final. kat sini ada la sikit gambar yang menceritakan kisah kami semua. enjoy!


oleh sebab kos aku, asasi pengajian islam dengan sains, habis awal, if xsilap, ari isnin atau selasa kot. so, memang best sangat la pergi berjalan sakan.. ni pergerakan pertama kitorang sejurus abih exam. kuar je exam hall, terus naek bas gi mid valley mall.. =) hajat dihati hanya nak makan kfc, tapi, akhirnya terasa gatal tangan nak maen boling, so tanpa disengajakan, kitorang maen boling. haha dengan pakaian yang kitorang jawab exam pagi tu.. sangat2 unbelievable n desperate nak maen je nampaknye,,tapi, siriusly, im no good in bowling.. asyik masuk longkang ja,, haha

























seterusnya.. kisah pasai boling gak, tapi yang ni khas ntuk exmajmuah 9 masa kat nilam puri dulu,, saja nak rapatkan ukhuwah dan adala sikit2 nak asobiah tu kan.. hehe lawak ja,, saja nak eratkan silatulrahim, sebabnya kitorang ramai yang dah tak sekelas, so nak kembalikan balik nostalgia dulu2. cewah.. so, walaupon xsemua yang join, tapi separuh lah daripada ahli majmuah 9 yang memeriahkan majlis. sebenarnya, lepas maen boling ni, kitorang ada jamuan ringan sikit kat kfc [kfc lagi], tapi aku xsempat amek gambar dari kawan2 aku.. tapi boling ni memang best lah.. sebabnya, grup aku menang.. hahaha~



KUMPULAN 1 : [ mazni, syuhadiah, deena, muslim ]







KUMPULAN 2 : [ poji, shahida, aimi, wan, furqan ]
[ida ialah wakil dari pasukan sorak.. haha]








KUMPULAN 3 : [farah, fadzlina, nasuha, zarin]







KUMPULAN 4 : [farid, asma, DK, palie]
[ni la kumpulan yang menang hebat tu.. kuikuikui]








ni gambar kenangan... pasni kita wat gathering kat sunway plak, men ice skating.. hahah cuahe! semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke akhir hayat dan sampai ke syurga insyaAllah..












******************************************************************************************************************


just inner piece of my mind that look us in different way. enjoy!
[GROUP 4 DAEBAK!]

so,,





stakat ni dulu sharing2 ngan korang.. doakan kami semua sentiasa dapat bekerjasama dan frens forever walaupon akan ada yang nak tukaq kos atau berlainan pengkhususan lepas ni. insyaAllah,, frens forever till jannah. amin.

[^_^]