Tuesday, May 22, 2012

:: eid milad ya sahabati ::




dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,,

kelmarin besday kawan aku,, bagi aku dia antara kawan terbaik aku. insyaAllah. sebenarnya, aku terlupa besday dia berapa haribulan, so dengan rasa bersalahnya, oleh sebab dia dok kat luar negara dan aku tak tahu nombor phone dia, so aku putuskan nak pm dia ja..

dan, dia reply kat aku.

"Uihh.. takpa ja la asma.... Hehehe... aku pon tanak sambut bufdae.. ni dh jd angka 2 kat dpn... dh dewasa.. tp kkwn kat sini sambut jgk.. tapa2.. hargai apa yg ada... (= Syukran naaaa.... Moga2, makin dewasa makin dekat dgn Allah...
balik mlysia tak leyh pcepat.. hehe.. tiket 12 Julai... inshaALlah,.."


aku memang sangat xjangka kan jawapan camni. sebabnya kami pun memang dah lama xberhubung. aku pun bakal berumur yang berangka 2 kat depan. aku ada terfikir, kawan2 ingat tak besday aku. tapi bila aku dapat jawapan macam ni dari kawan aku ni, aku rasa, aku ni seorang yang jenis nak dihargai ceni rupanya. ingatan seorang sahabat tu bukan hanya dalam ucapan 'hepi besday' yang setahun sekali tu, tapi dalam doa mereka saban hari.

cuba bezanya, mungkin 'hepi besday' tu stret forward kat kita berbanding doa.. tapi tak salah untuk kita nak mengucapkan kata2 tu untuk menggembirakan sahabat2 kita. mungkin dia lebih rasa dihargai. orang lain taktau la, tapi, kalau aku, aku suka,, [astaghfirullah]


dia juga ada kisahkan kat aku. dia, seperti remaja2 lain, bila umur dah meningkat ni, terpikirkan soal berpasangan. aku bukanlah orang yang berhak untuk nasihatkan dia tentang hal besar sebegini. tapi, bagi aku, aku hanya dapat katakan..

"sahabatku sayang,,,
insyaAllah,, ada laki yang baek ntuk ang,,, aku nak ckap pon aku ni xla baek mana... Allah kan ada ... Allah xkan sia2kan permintaan ang,, insyaAllah,, yakin,, aku pon bila tengok kengkawan dok crita dia ni kawen,, dia tu kawen.. umoq sama ngan kita,, rasa lagu mana xtau..
tapi aku yakin Allah akan temukan kita dengan seorang yang kita perlu,, bukan seorang yang kita nak,, semoga jodoh kita dalam kalangan orang yg soleh,, amin,,
kalau ang yg baguih ni risau, aku yg prangai xbrapa nak molek ni lagi la takut weh,,, apa2 pon kita sama perbaiki diri kita dulu,,
weh ni aku cakap mcm bukan aku ja,, haha,, ingatan ntuk aku gak,, huhuhu,,, weh, kadang2 kan, orang yg dekat ngan kita kita xnampak, tapi kita dok bharap org jauh,, [abaikan aku ckap tu,, aku pon dah xbetoi,,,]

xkan kawn2 ang kat sana xdak yg ajak ang kwen haha direct sgt ka aku? blik mlysia ni p kawen la,, hehehe"

*ignore je ye yg last tu,, hehe

kita manusia ni, sentiasa melakukan kesilapan. tambah lagi kalau kesilapan tu dah jadi seperti satu kebiasaan. nauzubillah. tapi, kita bertaubatlah. taubat ni kena selalu, bukan sekali sekala ja. ada satu kata2 yang bagi aku sedap ntuk dijadikan ingatan, 'Allah bagi sesuatu kat kita tu ikut apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak' bagi aku, benda ni termasuklah dalam soal jodoh dan pertemuan ni.


lagipun, sekarang ni kalau boleh aku nak elak sangat cakap pasai soal jodoh2 ni.. haha ntahla,, sapa yang dah bertemu jodoh tu, aku doakan yang terbaik dan cepat2lah perhalalkan ikatan masing2. tapi bagi yang jodoh xsampai lagi tu, nak cari tu, carilah, tapi jangan sampai dok ganggu kehidupan seharian. jangan sampai ganggu pelajaran. jangan sampai ganggu iman [yang ni orang selalu lupa].





berjihadlah melawan nafsu. susah. tapi cuba dulu.



akhir kata dari aku, hamba yang lemah dan hina, sahabat yang mencintai sahabatnya insyaAllah selamanya kerana Allah,
dekatkan diri kita dengan Allah dulu, perbaiki diri kita dulu sesempurna mungkin, sambil2 cari jodoh anda a.k.a kita , jangan lupa berdoa, semoga Allah berikan apa yg kita perlukan, bukan apa yang kita nak. insyaAllah.

dan yang lebih penting, semakin hari bertambah, semakin bertambah angka umur. harapnya semakin bertambah amalan kita, semakin kuat kita beribadah kepadaNya, semakin lebat sedeqah kita, semakin hebat akhlak peribadi kita, dan semakin positif lah kita ni hendaknya.. semoga graf keimanan versus akhlak kita directly proportional la yer.. =)insyaAllah,, ingatan untuk diri sendiri dan sahabat2..

Allahua'alam~