
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
entry kali ini diharapnya sesiapa yang baca sila buka minda dan ini adalah pendapat saya sendiri. dan bukanlah berniat nak menghentam sesiapa. mintak maap kalau ada yang terasa.
baiklah,, saya ada terbaca entry seorang sahabat yang sama kos dengan saya. dia nyatakan yang dia dah dapat result untuk sem 4 dan keseluruhan cgpa dia ialah 4 flat. memang dijangkakan. alhamdulillah. tapi, saya amat sedih dengan kenyataan dia tentang kos kami ni. maaf, ini dari segi pemahaman saya dan yang saya perhatikan dari kami di asasi lagi.
tidak salah bagi seseorang itu nak tentukan hala tuju hidup dia, dan pilih jalan yang terbaik. ya, itu sangat bagus, tapi, dalam kita membuat pilihan, adakah kita tahu itu yang terbaik? kita perlu letakkan kebergantungan pada Allah. alasan yang dia berikan mudah, subjek agama susah. semuanya kena belajar dalam bahasa arab. jawab exam dalam bahasa arab. kena hafal. xpaham bahasa arab. bidang yang diberi pilihan sikit.
bagi saya, itu satu alasan yang sangat lemah.
secara jujurnya, saya bukanlah seorang yang cemerlang dalam peperiksaan. dan saya bukan lah top student untuk kos tersebut. dan cgpa saya dalam exam2 sebelum ini [saya belum dapat lagi result sem 4 buat masa ni] bukan lah yang baik dan bukanlah 4 flat. hanya cukup untuk saya apply kos sains yang sana nak, iaitu 3 pointer ke atas. bagi saya subjek bahasa arab, dan subjek2 yang perlu dipelajari dalam bahasa arab, memang susah.. sangat susah. tapi jangan lupa, sibjek sains, kimia, biologi, fizik pun susah. maksud saya, kalau xbelajar, dan xdak keinginan nak belajar, memang jadi susah.
saya memang dari form 4 saya xfaham fizik. sampai ke sudah saya hanya cukup2 makan ntuk subjek ni sampai akhir asasi. oleh kerana tiada minat.
hanya itu.
bila dia buat komen macam tu, dia yang 'takutkan' subjek bahasa arab tu, tak usahlah menakutkan lebih ramai orang lain. kenapa jawab fizik dalam bahasa nombor boleh? sebab belajar. sebab minat. dan yang penting keinginan nak dalami. sama dengan situasi saya, saya give up fizik. dan dia, give up kesemua subjek yang perlu belajar dalam bahasa arab. kami serupa saja.
dan kenapa pilihan untuk further dalam degree nanti hanya sedikit? program pengajian yang kami pilih ini, program yang berlangsung atas kerjasama dua fakulti. fakulti sains dan fakulti akademi pengajian islam. kalau dah kata kerjasama, xkan kita nak bolot semua? mesti la bagi yang tertentu saja. you must think that.
nak lulus dengan cemerlang, bukan kita yang tentukan. kalau kita usaha sekuat mana pun, kalau Allah taknak bagi, xdapat. nauzubillah.
tolong la sahabat2.. selemah mana pun anda dalam subjek agama [subjek2 lain juga], tolong la jangan kata ianya penghalang untuk anda berjaya. saya terkilan sangat. subjek agama jadi penghalang [atau mungkin jadi pengahalang] untuk lulus dengan cemerlang untuk degree nanti. astaghfirullah. semua tu ilmu Allah bagi. bersyukur lah,,,
saya bukanlah nak menghentam dia, dan mungkin bila saya berada di tempatnya, saya juga akan terfikirkan yang sama. tapi, harapnya xda lagi lah selepas ini yang membuat penyataan yang direct atau indirectly tentang susahnya belajar agama. takdak benda yang senang dalam dunia ni. sebab tu kita kena belajar. ilmu yang 4 rata tu belum pun nak samai setitis air dilaut, apatah lagi kalau kita buang ilmu jauh2. nauzubillah.
akhir sekali, saya doakan sahabat2 saya yang nak keluar sangat dari apids ni, semoga korang bertemu dengan pilihan korang yang tepat dan semoga berjaya dunia akhirat.
mohon maaf atas keterlanjuran bahasa.
Allahua'alam~