dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
minggu ni aku di suruh memasak atleast 1 masakan 1 hari. tak kisah masakan apa. yang paling simple pon xpa.. dan memang aku masak yang simple2 ja. haha bagi tere yang mudah2 dulu la kiranya. tapi aku tak nafikan la, memang skill memasak aku memang.... memang low ah. haha ok. habis bab memasak.
aku ada terbaca satu blog yang kawan aku ada post kat wall group aku. tajuk dia 'RunningManBanned'. hmmm agak menarik. aku nak kongsi sikit la daripada perspektif aku. bagi aku. RM ni memang best cita dia. ia kan variety show, so memang banyak dihasilkan untuk membuatkan orang ketawa.
bagi aku, aku setuju gak ianya di banned. [abeh aku kena banned plak ngan kipassusahmati RM]. aku pun peminat RM gak ekceli. tapi, apa2 kita buat, memang bergantung kat kita sebenaqnya. kalau kita tengok sampai lewat solat, sampai lupa buat benda lain, dok tengok cita tu ja, sedang kan ada orang lain yang turut tengok cerita yang sama, tapi masih boleh mengawal masa dia, yang mana patut kita salah kan? tapi, aku sangat2 tak galakkan orang yang sebok, dan orang yang pemalas, tengok cerita2 ceni. sebab nanti sangkut. bila dah sangkut, susah gila nak berenti tengok. aku penah rasa, so aku tau la perasaan tu,, huhu sangat menakutkan. sampai nak study untuk final exam pun macam rasa 'aa..... malas la,, tengok RM lagi best'..
untuk pengetahuan korang la kan, sebelum kami habes asasi dulu, aku antara pembekal RM yang berjaya untuk kawan2 aku. serius bukan untuk dibangga. aku pon takut. aku takut kalau ada orang yang lalai sebab tengok RM yang aku bagi tu, aku pun ada saham tau. astaghfirullah. sahabat2. tolong lah saya. jangan tengok RM ikut nafsu!!
ok, aku tak tumpukan dekat RM je la ea.. sila luaskan pemikiran anda. suma drama2 sama ada melayu ka korea ka cina ka hindustan ka english ka jawa ka dan lelain. sama ja k,, RM tu di highlightkan sebab tu antara variety show terbest bagi aku la,, dan ianya memang sangat melalaikan kalau tengok directly 10 episode berturut2... tengok sehari 1 episode jadi la,, gerenti xdak yang lambat p solat aih,, dan janganla dok ternanti2 kan cerita tu sangat. nanti solat pun tak khusyuk. tak ikhlas. so, nak tengok cita ka, nak tengok hiburan ka, berpada2 la jugak.
kita buat sesuatu tu secara sedehana. nak tengok hiburan pun bersederhanalah. kadang2 jadi seorang yang sederhana lagi baik.
ni serius punya nasihat untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi terima.
so, renung2kan dan selamat beramal. maaflah kalau post ni sangat tak memberi manfaat dan berat sebelah. aku suka tengok RM.
allahua'alam~

