Saturday, March 26, 2011

pErGi.................

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani




"KULLU NAFS ZAAIQATUL MAUT"
"SETIAP YANG HIDUP PASTI MERASAI MATI"


ku merintih ku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
dihitung amalan penentu syurga atau sebaliknya
tanah yang basah berwarna merah
semerah darah dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernada syahdu
tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu resah penantianku
terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan kudengari tangis mereka yang ku tinggalkan
kehidupan di sini bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian
kembali oh kembali
kembali lah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu
ajal yang datang di muka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siap pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafasa terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi
jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan
selama ini diceritakan kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan



AL-FATIHAH untuk arwah nenek ku yang baru kembali ke pangkuan Ilahi dua hari sebelum post ini ditulis.........................................


Rasulullah pernah bersabda, orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati..
pada pandangan aku lah, mengingati mati tu, adalah penawar yang bagus untu penyakit wahn iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.. tapi jangan pulak takut nak mati, sebab tujuan kita hidup ialah untuk mati. sebab kalau kita tak mati, macam mana segala amalan dan perbuatan kita nak dihitung kan? dan Allah dah berjanji dengan ayat di atas.. setiap yg bernyawa pasti akan mati..


sebelum pulang tadi, aku lihat wajah itu.. wajah yang amat terkesan dengan pemergian ini.. sebelum ni, aku xpernah tengok dia menangis walau sekali.. ternyata dia memang tabah.. pengorbanannya amat besar. amat besar. mungkin orang seperti aku pon xmampu nak berkorban macam dia.. dia tak berkahwin selepas kematian tunangnya dulu dan terus mengambil keputusan untuk menjaga nenekku sepanjang hidupnya.. ternyata dia memang kotakan kata2nya.. dia betul2 menjaga nenekku hingga akhir hayat nenekku..
skarang, neneku dah tiada, dia tinggal berseorangan.. buat sementara ni masih ada lagi yang menemani, tapi, yg lain2 juga ada kehidupan.. pernah jugak aku bertnya sepupu ku yang sma2 risau..

"angah nak dok ngan sapa kak Ar? xkan nak dok sorang? bahaya..."
" kak Ar dah tanya, tapi dia kata selama ni dia mcm dok sorang jugak.. lagipun dia sayang ayam itik dia, sapa nak bela.."

begitulah jawapan sepupuku.. ya, selama ni dia dan nenekku hanya tinggal berdua. nenekku yang memang sudah uzur, memang tidak banyak bergerak, memang seperti tinggal seorang..
saat aku mahu berangkat pulang tadi, betapa beratnya hati.... mungkin nanti sepupu ku berjaya memujuknya... sebelum ni, dia tidak pernah menangis [pada pandangan mata aku] tapi tadi, dia mendahului kami.. sedih... seolah2 kami xkan pulang lagi..
'angah, xmungkin kami xbalik.. kami mesti balik,, macam biasa...' hati aku berkata..
terimbas semua kenangan aku ngan dia.. dia macam mak aku sendiri.. yang ajarkan aku cara hidup di kampung.. semoga dia sentiasa sihat dan bertenaga untuk teruskan kehidupan.. aku akan rajin pulang nanti.. InsyaAllah...
jasamu dikenang~



FROm hEaRT tO HeaRt..