Sunday, June 19, 2011

:: azie azya ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya dapat lagi kita semua menghirup udara milik-Nya, masih lagi dalam nikmat iman untuk meneruskan kehidupan sebagai 'abdullah.
hari aku menulis post ini, hari kedua setelah aku mendapat perkhabaran yang mendukacitakan bagi seorang sahabat, juga mungkin perkara yang gembira bagi seorang sahabat. kenapa ada double feeling? nanti aku akan jawab kemudian.

aku baru saja mendapat tau bahawa azie atau nama penuhnya noraziah binti jamingan, sahabat satu saf dalam apids, bakal mengundurkan diri dari meneruskan program ini. pada awalnya, aku menunjukkan satu perasaan yang sangat konpius. konpius sebab? sebab setakat ni program ni adalah yang terbaik yang dia dapat, dan dia adalah pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran dan jugak dalam sahsiah. tapi, aku yang jugak agak rapat, walaupun xserapat bestfren dia, dia memang memegang satu amanah yang besar dan berat. aku tau. dan dengan itu jugak, segala kekonpiusan aku terjawab. dan dikukuhkan lagi dengan post dari mazni dan aku yakin, dia buat pilihan yang tepat.

apa masalah dan apa tanggungjawab yang terpikul di atas bahu seorang insan bernama azie itu, tanyalah empunya diri. apa2 pun, aku masih menahan air mata yang xjatuh lagi. mungkin aku simpan ntuk hari terakhir dia bersama kami di sini nanti.

kembali kepada persoalan yang awal tadi, aku ada kata aku sedih dan aku gembira. aku sedih sebab aku akan kehilangan rakan seperjuangan walaupun kami masih lagi boleh berhubung, tapi, nak berjumpa tu, bukan senang. dan perasaan tu dah lain. dan kenapa aku gembira? kerana aku tau, dia ikut cakap mak dia, untuk bantu famili dia. untuk jadi anak yang solehah untuk parents dia. dia memang tabah. [nak mengalir pulak ayaq mata ni]. Allah telah berfirman: ‎"Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (2 : 216)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. ujian bagi kami, ialah perpisahan ini, tapi, ujian ini yang mungkin akan memberi sesuatu kebaikan buat dia. so, benarlah yang slalu kita katakan, disebalik satu ujian itu, ada hikmah yang tersembunyi.

[ucapan persenel kat azie azya]>>>>>

semoga anda tabah hadapi segala ujian disamping teman2 baru.
azie, aku sayang ko. aku rindu masa2 aku menghabiskan beras kat bilik ko di nilampuri dulu. aku harap ko xlupa. insyaAllah persahabatan kita kekal hingga ke syurga.

ni dia binatang berbulu yang aku, DK, ILI, n ATIKHAH nak kasi ko.


[ko punya yang seblah kanan, aku punya seblah kiri]

dah abih sesi sedih2 yer.. so, have a very nice day in UM, and please don't forget ur heartsouls here. aku doakan ko bahagia dunia dan akhirat. jaga diri, iman, amal dan ilmu. <<<<<<


ko jaga diri bebaik..


wallahua'alam