ingin sekali memulakan post kali ni dengan something yang kool, tapi, peristiwa yang berlaku kat kawan aku hari ni, agak memberi kesan kepada aku. act, perkara ni amatlah kecil, dan kalau nak di bawa ke peringkat auku pon aku rasa tak lepas. tapi, sedikit sebanyak ia memberi tamparan kat aku dan para sahabat seperjuangan dalam program asasi pengajian islam dengan sains [apids]. kalau student2 apids baca, boleh agak dah kot sebab pa aku tulis, tapi bagi yang belum tahu, aku bagitau siap2, aku bukan saja2 nak promote kisah 'duka' kami ni, walaupun aku bagitau tadi, ianya perkara 'kecil' saja, tapi, bagi kami yang tambah tolak 70 orang ni [ada yang xtau, dan ada yang xkesah], terasa juga sikit sebanyak. bahagian atas2 ni mungkin penuh emosi sedikit, so, sila bersabar untuk membacanya dan diharap tidak menghakimi aku sebelum tamatkan pembacaan.

[[Td wakTu Lecture,tym studeNt APIDS masuk DKU,adE soraNg hamBa Allah ny ckp dengaN kwN die,,.."diorang ny(APIDS) budAk repeAt paper,,."]] statement yang kawan aku postkan kat group apids kitoang di facebook. aku tak sure apa perasaan aku bila fes tyme aku baca ni. tapi, bila baca kali kedua, tetiba ada satu perasaan datang. rasa sedih. aku pon xmau judge depa. aku xbaca komen kawan2 aku tulis.aku xmau baca. sebab nanti aku skali emo. tapi, terlintas gak kat pemikiran aku, kenapa diorang [adik2 pasum ni] xtanya dulu? maen assume saja. ka ada orang tersalah bagi maklumat kat dia? banyak gakla yang bertandang kat otak ni. aku rasa sapa yang asasi 2 tahun n matrik 2 tahun ja 'mungkin' boleh faham sikit perasaan kami yang jadi 'tua' kat sini.
hmm.. sungguh aku akan emo kalau aku nak komen pasai ni. so, aku nak terangkan la serba sedikit pasai apids ni kat para pembaca. kot2 ada adik2 ka, sepupu2 ka, makcik2, pakcik2 yang nak amik kos ni. boleh la suggestkan.walaupon dah terlambat ntuk tahun ni.
[kalau ada salah fakta, tolong maklumkan]
aku nak mulakan dengan nama dulu. nama program ni, program ASASI PENGAJIAN ISLAM DENGAN SAINS. keunikan program ni ialah : belum lagi mana2 universiti menawarkan program pengajian yang ada 2 major. semua yang lain 1 major saja. dan kos ni ada 2 major iaitu major dalam sains dan major dalam agama. sebab tu nama pon pengajian ISLAM DENGAN SAINS.dan hanya di tawarkan oleh universiti malaya sahaja. baca molek2 yer. program ni, berlangsung selama dua tahun, setahun pertama di akademi pengajian islam universiti malaya nilam puri, kota bharu kelantan. di sini pelajar2 akan belajar subjek agama yang banyak dan 2 subjek math [dikira sebagai subjek sains]. setahun yang kedua di pusat asasi sains universiti malaya kuala lumpur [main campus]. ka sini pelajar2 akan belajar subjek sains yang banyak dan b. arab dan syariah [dikira sebagai subjek agama]. program ni bukan lah untuk sesiapa yang ingin membuat pilihan terakhir setelah semua bidang sains lain dirasakan tidak layak. program ni, bertujuan untuk melahirkan graduan2 bakal saintis islam yang berjaya sama ada dalam bidang agama, mahupun bidang sains. ini kembali kepada konsep asal, iaitu, program ni dibuat untuk menguasai dua bidang tersebut. tambahan pula, para pelajar program ni merupakan feeder kepada akademi pengajian islam universiti malaya maksud feeder di sini, insyaAllah kompem masuk um jika melepasi syarat2 yang ditetapkan. dan ia juga terdapat program ijazahnya yang tersendiri. iaitu, ijazah sarjana muda pengajian islam dengan sains yang hanya terdapat di universiti malaya. oleh kerana sebab utama ialah bagi melahirkan saintis islam yang menguasai kedua2 bidang tersebut [insyaAllah], masa yang diambil agak lama brbanding program sarjana muda yang lain. program ini mengambil masa selama 4 tahun.
insyaAllah, kalau ikhlas belajar, insyaAllah boleh.
act, kalau nak blajar kat mana2 pon, bukan kira orang tu pandai atau tak, tambah2 lagi dengan persekitaran baru. kalau xleh adapt, silap2 orang yang kata tu yang mungkin repeat [nauzubillah]. apa2 pon, kita kembali kepada asalnya. kita blajar untuk apa? untuk siapa? kenapa? nasihat untuk diri sendiri dan sahabat2. kalau kita paling pandai dalam dunia ni skali pon, kalau kita tak kembali ke asal, [siapa yang memberi kepandaian tu] sedar atau x, kita dah jadi hamba yang tak bersyukur. sedar atau x? kalau nak bletiaq lagi, sampai esok pagi xsudah kan. so, marilah kita sama2 kembali ke asalnya kita. sedar diri kita siapa. kalau xtau, tanya dulu. hablu minallah wa hablu minannas. kejayaan kita bukan datang dari kita saja, tapi, rahmat Allah yang maha pengasih lagi penyayang kepada hamba yang hina seperti kita ini.
wallahua'alam