Monday, June 20, 2011

Sunday, June 19, 2011

:: azie azya ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya dapat lagi kita semua menghirup udara milik-Nya, masih lagi dalam nikmat iman untuk meneruskan kehidupan sebagai 'abdullah.
hari aku menulis post ini, hari kedua setelah aku mendapat perkhabaran yang mendukacitakan bagi seorang sahabat, juga mungkin perkara yang gembira bagi seorang sahabat. kenapa ada double feeling? nanti aku akan jawab kemudian.

aku baru saja mendapat tau bahawa azie atau nama penuhnya noraziah binti jamingan, sahabat satu saf dalam apids, bakal mengundurkan diri dari meneruskan program ini. pada awalnya, aku menunjukkan satu perasaan yang sangat konpius. konpius sebab? sebab setakat ni program ni adalah yang terbaik yang dia dapat, dan dia adalah pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran dan jugak dalam sahsiah. tapi, aku yang jugak agak rapat, walaupun xserapat bestfren dia, dia memang memegang satu amanah yang besar dan berat. aku tau. dan dengan itu jugak, segala kekonpiusan aku terjawab. dan dikukuhkan lagi dengan post dari mazni dan aku yakin, dia buat pilihan yang tepat.

apa masalah dan apa tanggungjawab yang terpikul di atas bahu seorang insan bernama azie itu, tanyalah empunya diri. apa2 pun, aku masih menahan air mata yang xjatuh lagi. mungkin aku simpan ntuk hari terakhir dia bersama kami di sini nanti.

kembali kepada persoalan yang awal tadi, aku ada kata aku sedih dan aku gembira. aku sedih sebab aku akan kehilangan rakan seperjuangan walaupun kami masih lagi boleh berhubung, tapi, nak berjumpa tu, bukan senang. dan perasaan tu dah lain. dan kenapa aku gembira? kerana aku tau, dia ikut cakap mak dia, untuk bantu famili dia. untuk jadi anak yang solehah untuk parents dia. dia memang tabah. [nak mengalir pulak ayaq mata ni]. Allah telah berfirman: ‎"Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (2 : 216)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. ujian bagi kami, ialah perpisahan ini, tapi, ujian ini yang mungkin akan memberi sesuatu kebaikan buat dia. so, benarlah yang slalu kita katakan, disebalik satu ujian itu, ada hikmah yang tersembunyi.

[ucapan persenel kat azie azya]>>>>>

semoga anda tabah hadapi segala ujian disamping teman2 baru.
azie, aku sayang ko. aku rindu masa2 aku menghabiskan beras kat bilik ko di nilampuri dulu. aku harap ko xlupa. insyaAllah persahabatan kita kekal hingga ke syurga.

ni dia binatang berbulu yang aku, DK, ILI, n ATIKHAH nak kasi ko.


[ko punya yang seblah kanan, aku punya seblah kiri]

dah abih sesi sedih2 yer.. so, have a very nice day in UM, and please don't forget ur heartsouls here. aku doakan ko bahagia dunia dan akhirat. jaga diri, iman, amal dan ilmu. <<<<<<


ko jaga diri bebaik..


wallahua'alam


Wednesday, June 15, 2011

:: goresan :;

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

ingin sekali memulakan post kali ni dengan something yang kool, tapi, peristiwa yang berlaku kat kawan aku hari ni, agak memberi kesan kepada aku. act, perkara ni amatlah kecil, dan kalau nak di bawa ke peringkat auku pon aku rasa tak lepas. tapi, sedikit sebanyak ia memberi tamparan kat aku dan para sahabat seperjuangan dalam program asasi pengajian islam dengan sains [apids]. kalau student2 apids baca, boleh agak dah kot sebab pa aku tulis, tapi bagi yang belum tahu, aku bagitau siap2, aku bukan saja2 nak promote kisah 'duka' kami ni, walaupun aku bagitau tadi, ianya perkara 'kecil' saja, tapi, bagi kami yang tambah tolak 70 orang ni [ada yang xtau, dan ada yang xkesah], terasa juga sikit sebanyak. bahagian atas2 ni mungkin penuh emosi sedikit, so, sila bersabar untuk membacanya dan diharap tidak menghakimi aku sebelum tamatkan pembacaan.



[[Td wakTu Lecture,tym studeNt APIDS masuk DKU,adE soraNg hamBa Allah ny ckp dengaN kwN die,,.."diorang ny(APIDS) budAk repeAt paper,,."]] statement yang kawan aku postkan kat group apids kitoang di facebook. aku tak sure apa perasaan aku bila fes tyme aku baca ni. tapi, bila baca kali kedua, tetiba ada satu perasaan datang. rasa sedih. aku pon xmau judge depa. aku xbaca komen kawan2 aku tulis.aku xmau baca. sebab nanti aku skali emo. tapi, terlintas gak kat pemikiran aku, kenapa diorang [adik2 pasum ni] xtanya dulu? maen assume saja. ka ada orang tersalah bagi maklumat kat dia? banyak gakla yang bertandang kat otak ni. aku rasa sapa yang asasi 2 tahun n matrik 2 tahun ja 'mungkin' boleh faham sikit perasaan kami yang jadi 'tua' kat sini.

hmm.. sungguh aku akan emo kalau aku nak komen pasai ni. so, aku nak terangkan la serba sedikit pasai apids ni kat para pembaca. kot2 ada adik2 ka, sepupu2 ka, makcik2, pakcik2 yang nak amik kos ni. boleh la suggestkan.walaupon dah terlambat ntuk tahun ni.

[kalau ada salah fakta, tolong maklumkan]
aku nak mulakan dengan nama dulu. nama program ni, program ASASI PENGAJIAN ISLAM DENGAN SAINS. keunikan program ni ialah : belum lagi mana2 universiti menawarkan program pengajian yang ada 2 major. semua yang lain 1 major saja. dan kos ni ada 2 major iaitu major dalam sains dan major dalam agama. sebab tu nama pon pengajian ISLAM DENGAN SAINS.dan hanya di tawarkan oleh universiti malaya sahaja. baca molek2 yer. program ni, berlangsung selama dua tahun, setahun pertama di akademi pengajian islam universiti malaya nilam puri, kota bharu kelantan. di sini pelajar2 akan belajar subjek agama yang banyak dan 2 subjek math [dikira sebagai subjek sains]. setahun yang kedua di pusat asasi sains universiti malaya kuala lumpur [main campus]. ka sini pelajar2 akan belajar subjek sains yang banyak dan b. arab dan syariah [dikira sebagai subjek agama]. program ni bukan lah untuk sesiapa yang ingin membuat pilihan terakhir setelah semua bidang sains lain dirasakan tidak layak. program ni, bertujuan untuk melahirkan graduan2 bakal saintis islam yang berjaya sama ada dalam bidang agama, mahupun bidang sains. ini kembali kepada konsep asal, iaitu, program ni dibuat untuk menguasai dua bidang tersebut. tambahan pula, para pelajar program ni merupakan feeder kepada akademi pengajian islam universiti malaya maksud feeder di sini, insyaAllah kompem masuk um jika melepasi syarat2 yang ditetapkan. dan ia juga terdapat program ijazahnya yang tersendiri. iaitu, ijazah sarjana muda pengajian islam dengan sains yang hanya terdapat di universiti malaya. oleh kerana sebab utama ialah bagi melahirkan saintis islam yang menguasai kedua2 bidang tersebut [insyaAllah], masa yang diambil agak lama brbanding program sarjana muda yang lain. program ini mengambil masa selama 4 tahun.
insyaAllah, kalau ikhlas belajar, insyaAllah boleh.

act, kalau nak blajar kat mana2 pon, bukan kira orang tu pandai atau tak, tambah2 lagi dengan persekitaran baru. kalau xleh adapt, silap2 orang yang kata tu yang mungkin repeat [nauzubillah]. apa2 pon, kita kembali kepada asalnya. kita blajar untuk apa? untuk siapa? kenapa? nasihat untuk diri sendiri dan sahabat2. kalau kita paling pandai dalam dunia ni skali pon, kalau kita tak kembali ke asal, [siapa yang memberi kepandaian tu] sedar atau x, kita dah jadi hamba yang tak bersyukur. sedar atau x? kalau nak bletiaq lagi, sampai esok pagi xsudah kan. so, marilah kita sama2 kembali ke asalnya kita. sedar diri kita siapa. kalau xtau, tanya dulu. hablu minallah wa hablu minannas. kejayaan kita bukan datang dari kita saja, tapi, rahmat Allah yang maha pengasih lagi penyayang kepada hamba yang hina seperti kita ini.

wallahua'alam

Thursday, June 9, 2011

:: kENaNgaN MHS daN sEdikiT cELotEh ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

baru terbaca blog sahabat. cita tentang minggu haluan siswa [mhs] yang kami baru lalui minggu lepas buat kali kedua bagi pelajar apids [asasi pengajian islam dengan sains]. tapi aku xnak cita tentang perjalanan mhs, sebab ramai dah orang kongsi dekat blog masing2. tapi aku juz nak tunjuk gambor sel aku jer. sel 27 ngan pp diya. [^^] tagline kitorang ialah KAMI COOL! yeah, mungkin agak biasa, tapi, sebab kami yang kata, jadi luar biasa.


tengs yer adik2 dan pp diya! [aku tua setahun dari bebudak ni]

kehidupan yang berbeza dari nilampuri dan kehidupan aku kat rumah. so, kena pandai2 la bawak diri, harapnya aku ngan kawan2 xla terkejut sampai terubah peribadi yang slama ni cuba dibina di nilampuri. walaupun tidak sebaik mana, tapi, bila dah bawak nama Islam, kena lah jaga diri dan hiasi peribadi. kan2?

tapi, bukanlah dalam erti kata, dah sebut budak apids, apa yang budak apids buat semua betul, xdak salah. tak.. tu salah. semua orang buat silap. bagi aku lah. memang apids ni dilabel sebagai pelajar yang bawak islam, ketengahkan islam. dan kami cuba sehabis baik untuk buat yang terbaik untuk bawa islam dengan cara masing2. tapi, mestilah diingatkan. jangan ingat kita saja yang betul. kalau dalam perbincangan, bukan nak tentukan sapa menang, sapa kalah, tapi, kita nak tau hujah mana yang paling bernas. so, kita bukan saja memberi, tapi kita juga KENA menerima. xkan dinamakan perbincangan kalau one way saja. okeh.

bukan apa, aku ada terdengar orang cakap macam tu. nama apids xmenunjukkan ilmu agama kita dah cukup ye. tidak. tu bukan syaratnya. tapi kita boleh gunakan ilmu yang dibelajar dan yang di amalkan untuk tolong orang lain. tapi, tolong jangan kata kita saja yang sentiasa betul. kadang2 orang yang kita pandang senget tu lagi bernas pemikiran dia dari kita yang kononnya lurus dalam berfikir. who knows. hidayah milik Allah. sama2 pebetul niat. sama2 cuba saling membantu. insyaAllah, Allah tolong kita.



huhu maaplah, terlari tajuk plak dari cerita awal2.. hehe [^_^]

Monday, June 6, 2011

:: xdak tajuk ::



dengan nama Allah yang maha pemrah lagi maha mengasihani

alhamdulillah. syukur nikmat. minggu yang amat memenatkan minggu haluan siswa (MHS) kat universiti malaya untuk pelajar2 pasum dah pun berakhir. dan ari ni sebenarnya ialah hari pertama kuliah bagi minggu pertama ni. alhamdulillah, sumanya berjalan lancar. stakat ni xdakla culture shock lagi walaupon subjek sains lama dah xulangkaji.

tak ada apa pon yang nak di kongsikan sebenarnya, cuma, ternyata kehidupan kat sini memang lain la dari kedah dah kelantan. aku orang kampung, datang sini gaya aku masih lagi kampung. tapi, majoriti student kat pasum ni, top student n biasiswa bersepah2 dan kesemuanya boleh dikatakan anak orang kaya. memang aku agak gerun la jugak. tapi, bila ikutkan, hal dunia ni, tak bawa ke mana. bukan aku nak kata aku bagus hal2 akhirat, tapi, kalau stakat hal dunia ja kita sibukkan, hal akhirat kita buat tak peduli, memang xdak makna pun kejayaan sementara tu sebenarnya. insyaAllah. ini untuk diri sendiri dan kawan2. ingatan selalu.