Wednesday, August 8, 2012

::SMPIS @ ASIS::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

  alhamdulillah,,, 

     baru saja mendapat perkhabaran tentang course yang bakal di ambil untuk ijazah nanti.
lega hati dah tak tertanya2 lagi.

alhamdulillah, dapat pilihan pertama. 
SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DENGAN BIOTEKNOLOGI

di bawah nama 
SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DENGAN SAINS [SMPIS]
ATAU
APPLIED SCIENCE WITH ISLAMIC STUDIES [ASIS]

di bawah seliaan
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

moga Allah kurniakan kekuatan.
nak belajar ni bukan sesuatu yang mudah,






    tambahan bila kita jauh dengan keluarga, yang ada hanya lah sahabat2. kita mudah terleka, kita mudah di bawa arus. aku tulis ni berdasarkan pengalaman. aku sedari tingkatan 1 lagi memang tinggal di asrama. sekarang, dari umur 13 tahun hingga ke 20 tahun. setiap tempat berbeza cara kita nak bawa diri. dulu dekat dengan rumah, kemudian makin jauh, sekarang bertambah jauh. bak kata orang tua2, pengalaman mematangkan usia. memang betul.

    dan untuk terus kuat, tiada cara lain, memohon kepada Allah, saling membantu antara rakan2. bukan mudah nak berjaya. ni baru belajar. kerja2 islam jangan lupa. bila dah belajar, bukan bermakna kita perlu stop ntuk kerja2 islam. ianya complementary. seiring sejalan. kalau salah satu tertinggal,rosaklah kita.

   point utamanya kat sini,, memang kita nak belajar sesuatu tu payah, jadi, mohon lah kat Allah, supaya diberi kekuatan. dan, janganlah tinggalkan kerja2 dakwah hanya kerana belajar. dua2 perkara ni perlu seiring. bagaimana perlukan coffee mate untuk hilangkan pahit nescafe, begitu juga perlukan gula untuk tambah kemanisan nescafe.







Tuesday, July 24, 2012

Ramadan Kareem

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,,

ahlan wasahlan ya Ramadan Kareem

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: 
"Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) 
dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

panjatkanlah kesyukuran kepada Allah kerana kita dipertemukan lagi dengan Ramadan. bulan yang penuh rahmah, yang penuh barakah. subhanallah. tidak tergambarnya keindahan dan ke'special'an nya bulan ramadan ini hinggakan kita sering menyebutnya sebagai  RAMADAN AL-MUBARAK.

ok. sekarang jadi informal balik. 

aku memang suka murtabak. sebab tu aku slalu ingat murtabak bila sebut ramadan almubarak. ni dulu2 la, masa kecik2. la ni da tau daaah.

Allahu akbar. 

aku taktau nak habaq cemana. tapi aku rindukan suasana ramadan di sekolah. bukan apa, di sekolah, segala2nya perlu mengikut peraturan, sampaikan, soal ibadah kita juga termaktub dalam peraturan sekolah. walaupun pada awalnya ianya bagaikan paksaan, tapi, ia berjaya melatih diri dengan jayanya. 

sungguh, aku rindu.

sekarang,,, semuanya sendiri2. ya, cabaran sekarang lagi dahsyat. dah xda kawalan ketat guru2, ustaz2.. semula bergantung pada kita sendiri. kalau kita berjaya mengawal nafsu,berjaya lah.. kalau tak, jatuh kecundang lah kita. 

tanpa kita sedaq,sebenarnya, paksaan2 dan disiplin2 di sekolah tu adalah latihan asas. [kalau xsedaq lagi xtau nak kata apa laaa] sebab tu aku rasa nak kembali ke belakang. kalau kembali ke sekolah ja, sama jugak,, kita dah rasa besaq, dah rasa bebas..  xmau masuk ke dalam kepompong disiplin tu semula. 

walaupun zaman universiti seronok, aku akui, zaman persekolahan lebih lagi. rindu kan? 

berpuasa di bulan ramadan. bukan berpuasa di bulan posa.

jom kita sama2 raikan ramadan. tapi beware!

buka raikan dengan makanan, bazaar ramadan, mercun dan lain2, 
tapi, raikan ramadan dengan solat2 sunat, bacaan dan tadabbur alquran, majlis2 ilmu dan yang sewaktu dengannya. 

mari kita raikan ramadan sebagai mana hadis nabi muhammad saw,

من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من ذنبه
"barangsiapa yang mendirikan malam2 pada bulan ramadan,kerana iman dan mengharap pahala [daripada Allah], nescaya diampuni dosa2nya yang telah lalu." 

hadis riwayat muttafaq alaih

marilah kita capai ketaqwaan dan bukannya kerugian.. insyaAllah,,

wallahua'alam~


Saturday, June 30, 2012

:: insan baru ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

syukur lillah,,

hari ni
lahir lagi seorang hamba dan bakal khalifah
insyaAllah
seorang 'Athif Muizzudin Mohd Rizal
عاطف معزالدين
umur beliau tak sampai 1 hari lagi saat aku tulis ni

maksu/acu/makcu/maklang/makcik
suma gelaran yang aku boleh sandang
hehe berjenaka sebentar

harapnya 'Athif [bak kata maknya]
atau Muiz [bak kata aku]

jadilah seorang yang soleh 
yang membahagiakan ibu bapa
yang berilmu tinggi [dunia dan akhirat]
yang sihat tubuh badan dan rohani
*dan lain2 lagi lah
jangan nakal2 tau..
walaupun tadi dia telah membuktikan
bakal jadi seorang yang sangat aktif
antara baby2 yang ada kat situ
dia satu2nya yang bjaya keluarkan tangan dia dari bedung
isn't he awesome?
haha

persepsi aku masa aku melawat along tadi
anak sulung + cucu sulung
memang selalu dapat layanan extra special
mungkin aku sedikit cemburu
ya, mungkin
sebab aku anak terakhir
dan 
masa aku kecik2 dulu,
gambar aku sangat sikit
berbanding along
ya,
along menang sebab dia along
gambar dia paling banyak
tapi gambar abang paling sikit sekali aku rasa
aku cemburu sikit je
takde pape pon
pasai gambaq ja,, 
kasih sayang sama rata jak,, 

no hard feelings no heart feelings eah.. 
haha

just to share
gambaq xdak lagi..

allahua'alam~



Thursday, June 28, 2012

:: tiba2 ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


semalam
tengah duduk sambil maen game kat henset along
mak datang
mak tido atas sofa
aku ngan along beralih duduk bawah
along suruh urut kaki dia
'tarik mengkarung' katanya
*[sapa xtau tarik mengkarung tu apa.. ala2 kejang kaki la]
aku pun berenti main game
urut kaki along
sambil2 urut
kaki ang gemuk
kaki ang pon sama
kaki ang banyak lemak
kaki ang apa kurangnya
dan bla bla bla

tiba-tiba!

mak bersuara
mak nak mintak buat stor kat rumah ni
mintak kat jabatan la
sebab ni rumah quarters
tapi tak dapat
pastu mak kata
tak apalah
lagi 5 tahun ja nak duduk sini
nanti nak pindah dah

tiba-tiba lagi!

masih mak yang berkata2
nanti kenduri ampa dua [abang dan aku]
buat kat bagan serai lah [rumah sebenar kami]

tiba-tiba aku tercakap..
kalau macam tu kena kawen cepat2 lah
semua gelak
along kata
ang nak kawen dah ka? hahaha
dia gelak
aku balas
dak la.. susah kalau nak kawen kat bagan serai
kawan2 xdak
xbesa dok situ
tak familiar
tetiba mak kata lagi
kalau dah jodoh, kawen ja la

erk..
green light dah dapat
tapi calon tak dak lagi.. 


 if anyone happened to read this post,
please...
don't hard feelings and don't heart feelings

i'm just want to share it









Sunday, June 24, 2012

:: RM ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang


      minggu ni aku di suruh memasak atleast 1 masakan 1 hari. tak kisah masakan apa. yang paling simple pon xpa.. dan memang aku masak yang simple2 ja. haha bagi tere yang mudah2 dulu la kiranya. tapi aku tak nafikan la, memang skill memasak aku memang.... memang low ah. haha ok. habis bab memasak.

     aku ada terbaca satu blog yang kawan aku ada post kat wall group aku. tajuk dia 'RunningManBanned'. hmmm agak menarik. aku nak kongsi sikit la daripada perspektif aku. bagi aku. RM ni memang best cita dia.     ia kan variety show, so memang banyak dihasilkan untuk membuatkan orang ketawa. thats the point of the variety show. pndapat aku la kan...


     bagi aku, aku setuju gak ianya di banned. [abeh aku kena banned plak ngan kipassusahmati RM]. aku pun peminat RM gak ekceli. tapi, apa2 kita buat, memang bergantung kat kita sebenaqnya. kalau kita tengok sampai lewat solat, sampai lupa buat benda lain, dok tengok cita tu ja, sedang kan ada orang lain yang turut tengok cerita yang sama, tapi masih boleh mengawal masa dia, yang mana patut kita salah kan?  tapi, aku sangat2 tak galakkan orang yang sebok, dan orang yang pemalas, tengok cerita2 ceni. sebab nanti sangkut. bila dah sangkut, susah gila nak berenti tengok. aku penah rasa, so aku tau la perasaan tu,, huhu sangat menakutkan. sampai nak study untuk final exam pun macam rasa 'aa..... malas la,, tengok RM lagi best'.. 


     untuk pengetahuan korang la kan, sebelum kami habes asasi dulu, aku antara pembekal RM yang berjaya untuk kawan2 aku. serius bukan untuk dibangga. aku pon takut. aku takut kalau ada orang yang lalai sebab tengok RM yang aku bagi tu, aku pun ada saham tau. astaghfirullah. sahabat2. tolong lah saya. jangan tengok RM ikut nafsu!!

    ok, aku tak tumpukan dekat RM je la ea.. sila luaskan pemikiran anda. suma drama2 sama ada melayu ka korea ka cina ka hindustan ka english ka jawa ka dan lelain. sama ja k,, RM tu di highlightkan sebab tu antara variety show terbest bagi aku la,, dan ianya memang sangat melalaikan kalau tengok directly 10 episode berturut2... tengok sehari 1 episode jadi la,, gerenti xdak yang lambat p solat aih,, dan janganla dok ternanti2 kan cerita tu sangat. nanti solat pun tak khusyuk. tak ikhlas. so, nak tengok cita ka, nak tengok hiburan ka, berpada2 la jugak.

      kita buat sesuatu tu secara sedehana. nak tengok hiburan pun bersederhanalah. kadang2 jadi seorang yang sederhana lagi baik.

      ni serius punya nasihat untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi terima. 

so, renung2kan dan selamat beramal. maaflah kalau post ni sangat tak memberi manfaat dan berat sebelah. aku suka tengok RM. 

allahua'alam~