ahlan wasahlan ya Ramadan Kareem
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah)
dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
panjatkanlah kesyukuran kepada Allah kerana kita dipertemukan lagi dengan Ramadan. bulan yang penuh rahmah, yang penuh barakah. subhanallah. tidak tergambarnya keindahan dan ke'special'an nya bulan ramadan ini hinggakan kita sering menyebutnya sebagai RAMADAN AL-MUBARAK.
ok. sekarang jadi informal balik.
aku memang suka murtabak. sebab tu aku slalu ingat murtabak bila sebut ramadan almubarak. ni dulu2 la, masa kecik2. la ni da tau daaah.
Allahu akbar.
aku taktau nak habaq cemana. tapi aku rindukan suasana ramadan di sekolah. bukan apa, di sekolah, segala2nya perlu mengikut peraturan, sampaikan, soal ibadah kita juga termaktub dalam peraturan sekolah. walaupun pada awalnya ianya bagaikan paksaan, tapi, ia berjaya melatih diri dengan jayanya.
sungguh, aku rindu.
sekarang,,, semuanya sendiri2. ya, cabaran sekarang lagi dahsyat. dah xda kawalan ketat guru2, ustaz2.. semula bergantung pada kita sendiri. kalau kita berjaya mengawal nafsu,berjaya lah.. kalau tak, jatuh kecundang lah kita.
tanpa kita sedaq,sebenarnya, paksaan2 dan disiplin2 di sekolah tu adalah latihan asas. [kalau xsedaq lagi xtau nak kata apa laaa] sebab tu aku rasa nak kembali ke belakang. kalau kembali ke sekolah ja, sama jugak,, kita dah rasa besaq, dah rasa bebas.. xmau masuk ke dalam kepompong disiplin tu semula.
walaupun zaman universiti seronok, aku akui, zaman persekolahan lebih lagi. rindu kan?
berpuasa di bulan ramadan. bukan berpuasa di bulan posa.
jom kita sama2 raikan ramadan. tapi beware!
buka raikan dengan makanan, bazaar ramadan, mercun dan lain2,
tapi, raikan ramadan dengan solat2 sunat, bacaan dan tadabbur alquran, majlis2 ilmu dan yang sewaktu dengannya.
mari kita raikan ramadan sebagai mana hadis nabi muhammad saw,
من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من ذنبه
"barangsiapa yang mendirikan malam2 pada bulan ramadan,kerana iman dan mengharap pahala [daripada Allah], nescaya diampuni dosa2nya yang telah lalu."
hadis riwayat muttafaq alaih
marilah kita capai ketaqwaan dan bukannya kerugian.. insyaAllah,,
wallahua'alam~