Tuesday, January 3, 2012

:: ikan ::

salamullah 'alaikum

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

hari pertama setelah pulang bercuti hujung minggu di rumah. actually, baru sampai subuh tadi.. terasa dah lama plak kat sini. petang tadi temankan roomate aku g beli barangan dia kat mid valley.
alkisahnya, sebelum aku balik kedah aritu, aku g bilik kawan aku, aku baru tau yang mereka2 itu, membela seekor ikan serba sorang.. tak semena2 timbul rasa minat aku nak membela haiwan2 ni.. tambahan plak, ikan tu murah ja,, sebelum ni nak bela sg, [sugar glider] aku rasa tunggu murah dulu kot baru aku bela. haha..

so, alang2 aku pegi mid tadi, aku singgah la kat pet shop tu. huhu tu kira kali keempat la aku p situ, dan first tyme la aku membeli. sebelum ni cuci mata ja. dengan semangatnya pegi pilih ikan2 yang ada. haha tobat semangat gila.. aku beli ikan yang paling murah kat situ.. rm1.50 je sekoq. tai makanan dia ngan antiklorin [untuk rawat air] tu yg mahal pada ikan. tapi xpa, untuk ikan aku sihat. =)

ikan aku tu jenis apa ntah, tapi sebab ekoq dia yang unik, yg aku ingat adala swordtail kat blakang nama femili dia tu. nama betulnya xdak lagi, tapi cadangnya nak boh nama Gapi [mungkin ejaannya guppy kot, walopon bukan spesies ikan guppy]. sebabnya katak yang kitorang bedah aritu namanya tobby, so nak ada 'e-e' gak kat blakang tu. haha

k la, aku pon baru je nak blajaq bela2 haiwan ni sendiri, kalu kat rumah, ada kucing, tapi ayah ngan mak aku ja tolong bagi makan. aku xbuat apa pon. hehe masa aku upper form, aku bela pokok aloevera. bawak p skolah. ni dah kat uni, aku up sikit la, bela pet plak. harap2 xdak la spotcheck ka pebenda. aku xmendoakan gapi mati, tapi andai kata la dia pergi, aku dah target ikan kat tasik kk12 tu la.. mungkin jugak berudu2 yang ada kat situ.. haha just kidding. buat pa nak bela berudu. xbela pon dia bleh hidup seniri. dengan adanya gapi, aku harap aku akan jadi lebih responsible la. dah la umoq nak masuk 20 tahun dah. maksud aku responsible tu, bukan ingat perut aku ja nak kena bagi makan, bukan aku ja nak kena urus diri. ikan pon kena. ala, macam kita dok bela binatang dalam tamagochi tula.. kena bagi makan, bagi main. bagi tidoq. cuma ikan spesel dia, dia xpayah kena dodoi.. haha [ikan xdak klopak mata oiii] tapi, sekarang ni bermain dengan nyawa laa. tamagochi tu virtual jaa, mati pon leh create len. ni gapi ni, tiada galang gantinya, [cewah].. walopon femili dia semuanya sekaler dengan dia.

so, aku akan cuba jaga gapi sebaik mungkin. aku harap xberakhir macam nasib hamster aku dulu, hidup dikelilingi pemangsa [bayangkan la bela kucing ngan hamster skali].. memang mati terkejut la hamster2 ku itu. insyaAllah. semoga gai ceria2 dan sihat selalu.. =)



[ni makanan dan antiklorin yg di gunakan]




[gambar dari atas jer]

wallahua'alam~

Wednesday, December 28, 2011

:: apids 92/93 ::







dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

sabda Nabi saw, mafhumnya, "Seorang mukmin bagi seorang mukmin itu satu binaan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian dan orang Islam itu seperti satu badan jika sakit matanya sakitlah sekaliannya dan jika sakit kepalanya sakitlah sekaliannya."



alhamdulillah, misi yang kami, [sahabat2 apids 92] kembara kami ke Nilampuri untuk memberi sokongan dan membantu adik2 apids 93 telah berjalan dengan lancar, hadaf yang kami letakkan, tercapai, malah ia adalah satu kejayaan yang besar buat kedua2 belah pihak.

apabila saja mendengarkan khabar bahawa adik2 mempunyai masalah ukhuwah, takdak seorang pun daripada kami semua berasa tenang. bahkan, hari2 kami nak sangat cepat berlalu supaya dapat nak ke nilampuri segera. tapi, kami hanya merancang, Allah jua yang menetapkan. kami hanya berdoa, Allah jua yang menjayakan. Alhamdulilah, setinggi2 kesyukuran kepada Allah, misi dan hadaf sangat2 tercapai.

hubungan dua hala yang kami harapkan, berlaku dengan jayanya. perkongsian antara kami, telah berjaya memutikkan bibit2 ukhuwah yang baru, yang lebih manis, yang lebih bermakna, yang lebih segar, dan Alhamdulilah dan InsyaAllah, yang lebih kukuh.

kedatangan kami bukan berkonsepkan memberi, lalu pulang tanpa melihat feedback yang terhasil, tapi kami menggunakan konsep berkongsi, iaitu konsep memberi dan menerima. kedua2 pihak MESTI memberi sesuatu yang bermanfaat dan MESTI jugak menerima sesuatu yang bermanfaat. Alhamdulillah, tiada perkara yg tak diingin berlaku..

aku akui, pada awalnya semuanya agak kekok dengan adik2.. risaukan bagaimana penerimaan mereka, risaukan macam2.. tapi alhamdulillah, terdapat satu slot, yang bukan sahaja bagi aku memberi kesan kepada adik2, tapi jugak kepada kami, kakak2 n abang2.

teringat kata2 adik izzudin, "memang semua manusia tak sempurna, tapi ketidaksempurnaan itulah yang menyempurnakan kita." saling melengkapi antara satu sama lain. itu tugas kita dalam berukhuwah. bukan hanya berdiam diri berseorangan.

kata2 adik ammar, "dalam piramid kuasa, ketua mempunyai kuasa paling sedikit, tetapi mempunyai tanggungjawab paling besar"

banyak lagi kata2 adik2 yang masuk ke hati. muhasabah diri. masing2 ada khilaf. masing2 perbetulkan diri, barulah organisasi berjalan lancar. insyaAllah.
kadang2 kita tak perasan benda yang remeh, tapi, sebenarnya tak, kalau pihak tertinggi terlepas pandang, yang berada di bawah, wajib tegur. alhamdulillah, aku berharap sangat masalah adik2 dapat diselesaikan. masalah kami dalam organisasi jugak. insyaAllah...

pesanan untuk adik2, bukanlah kami wajibkan ini jadi tradisi dalam apids, tapi, kalau boleh, peganglah tanggungjawab sebagai ahli keluarga yang matang, bila anda semua dah dapat adik2 baru nanti, bantulah mereka. semua kita akan merasai benda yang sama, cuma yang berbeza, hanyalah masa kita laluinya.

akhir sekali,
bersyukur kami semua selamat sampai kat UMKL, meneruskan kehidupan selayaknya seorang pelajar.. insyaAllah.






wallahua'alam~

Monday, December 12, 2011

:: apids ku ::




dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


post kali ni aku nak sharing kehidupan aku dengan rakan2 seperjuangan aku kat nilampuri dan kat pasum, kl skarang ni. tanpa diorang, mana mungkin hidup nama APIDS batch ke-9 ni,, tapi, ni just sebahagian je gambar yang ada. tapi aku share, betapa manisnya hidup berukhuwah fillah. enjoy!




[ gambar bebudak AP2 ]




[ gambar reramai masa jamuan raya kat akademi pengajian islam um ]




[ gambar ceria pas makan.. ] =p



[gambar hampir semua warga apids dengan dr faridah lepas kelas tambahan kimia sem 1 2011 ]



[ gambar skema warga AP1~ ]



[ gambar over bebudak AP2.. haha =p ]



[ gambar kanak2 ribena AP1 ]




[ gambar bebudak AP1.. my class is the best! ] =p

p/s : gambar AP3 tiada dalam simpanan saya.. maaf.. =)



Tuesday, November 22, 2011

t.h.a.n.k.y.o.u.A.L.L.A.H II


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

aku mulakan post ni dengan satu soalan..

pernahkah kita tertanya2 dalam diri kita, macam mana Allah bagi teguran kat kita supaya kita masih berada di landasan yang betul? pernah x?

okeh, kalau xpaham soklan, sila baca jawapan ni.. feel free kay... =)
alkisah.........
ada satu hari tu, aku wat rutin harian aku, facebooking, check status orang, info2 yang bkaitan dengan kelas dan sebagainya.. tengah aku roll down news feed tu, aku terjumpa satu status yang best.. status tu berbunyi camni "Bila Allah nak menegur seseorang hamba, DIA punya pelbagai cara untuk mengusik jiwa manusia. Terpulang kepada kebijaksanaan hamba tersebut untuk menilai 'teguran' dari Allah sama ada untuk memperbaiki diri atau menyalahi takdir ketentuan Ilahi. Parameter yang menyukat bukan hanya pada akal tetapi dengan hati yang disaluti nur iman."

tapi masa aku baca ni [lama dah la jugak] aku xdak perasaan apa2 pon. ada tu ada, mungkin sangat sedikit. aku pon macam kisah tak kisah ja sebenaqnya walaupon aku nampak status tu sebagai satu status yg sangat menarik. so, aku copy n paste ja dekat stick note kat desktop aku tu,, kadang2 tengok, kadang2 x, bila tengok pon, xdak rasa apa.

nak di jadikan cerita, selepas cuti sem 2 minggu, aku pon kembali lah ke universiti untuk teruskan pembelajran.. dan hujung minggu baru2 ni, aku telah kehilangan dompet aku atas kecuaian aku sendiri. bayangkan aku hanya sedar akan kehilangannya hampir 6 jam selepas tu. masa tu aku memang xmampu nak buat apa. semua benda berharga ada kat dalam tu, i/c, lesen, kad2 bank, duit n lain2.. masa tu, aku rasa macam aku dah hilang semua benda. pelik kan? tau kenapa aku kata pelik? sebab masa tu aku xterfikir nak letak pergantungan aku kat Allah sepenuhnya. aku letak pergantungan aku kat benda2 tu. kiranya, xdak benda tu aku xbleh hidup laa.. dan sungguh masa tu, aku xterfikir. pergantungan pada Allah bukan 100%.. bila pikir balik, aku malu dgn diri aku waktu tu.

so, hari tu berlalu dengan kesedihan dengan xjumpak solution untuk masalah tu. esoknya, aku berharap ada berita baik, tapi bila aku cuba bertanya kat kawsan sekitar yang aku lalu pada waktu kehilangan, keputusannya hampa.kesedihan lagi bertambah2.. mujurlah ada sahabat yang memahami n membantu. masa tu aku mula menangis. aku bukak laptop, aku teringat n ternampak kata2 status yang aku paste kat stick note kat desktop. serta merta aku reflect balik perbuatan aku sepanjang cuti 2 minggu tu smpai lah ke hari aku kehilangan dompet aku. reflect diri.

memang aku amat banyak sangat lagha. aku akui. memang, aku akui, ni adalah cara untuk Allah usik jiwa aku. jiwa yang penuh maksiat ini. macam orang selalu kata lah, bila susah baru nak cari Tuhan. dan sungguh, aku memang aku rasa, aku lah orang itu. bila susah baru aku mencari Allah, bila senang, sedap bercuti sem, lupakan Allah. lupakan nikmat cuti tu sebenarnya Allah yang bagi. sedangkan Allah xpernah lupakan hambaNya, layakkah aku sebagai hamba untuk melupakan Allah, iaitu Ilahku? sungguh semua perkara tu menerjah ke kepala. reflect diri.

ada sebuah lagu yang aku selalu dengar, tapi kadang2 ja aku amik pengajaran. rahmat ujian, nyanyian mestica.. ada satu lirik tu berbunyi,

"Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu.."

aku rasa tertampar lagi.. kita yang memerlukan Allah, memerlukan pertolongan dan rahmat dari Allah untuk terus hidup tidak bersyukur atas ujian yang Allah bagi. ujian yang Allah bagi sebenarnya bukan sekadar nak uji iman, tapi nak kita lebih mendekatiNya. rintihan kita kepadaNya bila kita dalam kesusahan. kalau kita ta merintih kat Allah, kita nak merintih mengadu kat sapa? reflect diri.

lepas aku terfikirkan semua tu, selepas aku reflect diri, selepas roomate aku post tentang kehilangan aku kat fb, tiba2 aku dapat pagglan daripada pejabat kolej, supaya tuntut barangan aku yg hilang tu kat pejabat dengan segera. korang tau apa aku fikir? sesungguhnya Allah itu lebih dekat dengan kita lebih dari apa yang kita dapat bayangkan, cuma kita ja yang menjauhi Allah, dan kita ja yang sombong dengan Allah.

tapi, apa yang aku nak sampaikan tentang kisah yang panjang berjela ni, bukanlah bermaksud dengan hanya kita muhasabah dan reflect diri, terus Allah bg hidayah, terus Allah bg jalan, terus Allah ampunkan dosa. bukan macam tu.. tapi ia lebih kepada bila kita reflect diri, kita akan ada usaha untuk perbaiki kekurangan. usaha kita tu melalui amal ibadat kita, pengaduan dan rintihan taubat kita pada Allah. kita tingkatkan lagi dari biasa, bila kesusahan letakkan pergantungan penuh pada Allah,dan lain2.. hidup dan iman ni ibarat roda, tapi jangan lah bila kita diuji tu, kita jadi lemah dan malu untuk bangun semula.

mohon maaf atas segala keterlanjuran berbahasa. semoga kisah di atas dapat dijadikan pengajaran buat kita semua. letakkan pergantungan penuh kepada Allah, selalu reflect diri dan perbaiki. hidayah Allah tak datang bergolek.
wallahua'alam~

Tuesday, November 1, 2011

:: penjunjung namaku ::

dengan nama Allah yang pemurah lagi maha mengasihani

Penjunjung Nama Ku
Artist: KRU

Setiap titis airmata
Setiap saat nan berduka
Mengajar aku erti dunia
Tak ku lupa pengorbanan kehidupan
Memikul beban di bahu nan selalu
Memberi yang termampu

Ayahku terlalu menyayangi aku
Mendedikasikan hidupnya kepadaku
Dan ibu sentiasa ada bersama
Wala serendah mana aku
Dia tetap menjunjung namaku

Biarku belai tanganmu
Yang telah ditelan usia
Namun penuh berjasa... mulia
Terlalu lama impianku luahkan rasa
Kesyukuranku di hati
Pada dua insan paling ku sayangi

Biar ku hilang segalanya
Harta, benda ataupun nyawa
Asal tak ku hilang kau berdua
Dan aku berdoa
Semoga sejahtera selamanya
Hidup kita sekeluarga
Di dunia dan selepasnya