
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
aku mulakan post ni dengan satu soalan..
pernahkah kita tertanya2 dalam diri kita, macam mana Allah bagi teguran kat kita supaya kita masih berada di landasan yang betul? pernah x?
okeh, kalau xpaham soklan, sila baca jawapan ni.. feel free kay... =)
alkisah.........
ada satu hari tu, aku wat rutin harian aku, facebooking, check status orang, info2 yang bkaitan dengan kelas dan sebagainya.. tengah aku roll down news feed tu, aku terjumpa satu status yang best.. status tu berbunyi camni "Bila Allah nak menegur seseorang hamba, DIA punya pelbagai cara untuk mengusik jiwa manusia. Terpulang kepada kebijaksanaan hamba tersebut untuk menilai 'teguran' dari Allah sama ada untuk memperbaiki diri atau menyalahi takdir ketentuan Ilahi. Parameter yang menyukat bukan hanya pada akal tetapi dengan hati yang disaluti nur iman."
tapi masa aku baca ni [lama dah la jugak] aku xdak perasaan apa2 pon. ada tu ada, mungkin sangat sedikit. aku pon macam kisah tak kisah ja sebenaqnya walaupon aku nampak status tu sebagai satu status yg sangat menarik. so, aku copy n paste ja dekat stick note kat desktop aku tu,, kadang2 tengok, kadang2 x, bila tengok pon, xdak rasa apa.
nak di jadikan cerita, selepas cuti sem 2 minggu, aku pon kembali lah ke universiti untuk teruskan pembelajran.. dan hujung minggu baru2 ni, aku telah kehilangan dompet aku atas kecuaian aku sendiri. bayangkan aku hanya sedar akan kehilangannya hampir 6 jam selepas tu. masa tu aku memang xmampu nak buat apa. semua benda berharga ada kat dalam tu, i/c, lesen, kad2 bank, duit n lain2.. masa tu, aku rasa macam aku dah hilang semua benda. pelik kan? tau kenapa aku kata pelik? sebab masa tu aku xterfikir nak letak pergantungan aku kat Allah sepenuhnya. aku letak pergantungan aku kat benda2 tu. kiranya, xdak benda tu aku xbleh hidup laa.. dan sungguh masa tu, aku xterfikir. pergantungan pada Allah bukan 100%.. bila pikir balik, aku malu dgn diri aku waktu tu.
so, hari tu berlalu dengan kesedihan dengan xjumpak solution untuk masalah tu. esoknya, aku berharap ada berita baik, tapi bila aku cuba bertanya kat kawsan sekitar yang aku lalu pada waktu kehilangan, keputusannya hampa.kesedihan lagi bertambah2.. mujurlah ada sahabat yang memahami n membantu. masa tu aku mula menangis. aku bukak laptop, aku teringat n ternampak kata2 status yang aku paste kat stick note kat desktop. serta merta aku reflect balik perbuatan aku sepanjang cuti 2 minggu tu smpai lah ke hari aku kehilangan dompet aku. reflect diri.
memang aku amat banyak sangat lagha. aku akui. memang, aku akui, ni adalah cara untuk Allah usik jiwa aku. jiwa yang penuh maksiat ini. macam orang selalu kata lah, bila susah baru nak cari Tuhan. dan sungguh, aku memang aku rasa, aku lah orang itu. bila susah baru aku mencari Allah, bila senang, sedap bercuti sem, lupakan Allah. lupakan nikmat cuti tu sebenarnya Allah yang bagi. sedangkan Allah xpernah lupakan hambaNya, layakkah aku sebagai hamba untuk melupakan Allah, iaitu Ilahku? sungguh semua perkara tu menerjah ke kepala. reflect diri.
ada sebuah lagu yang aku selalu dengar, tapi kadang2 ja aku amik pengajaran. rahmat ujian, nyanyian mestica.. ada satu lirik tu berbunyi,
"Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu.."
aku rasa tertampar lagi.. kita yang memerlukan Allah, memerlukan pertolongan dan rahmat dari Allah untuk terus hidup tidak bersyukur atas ujian yang Allah bagi. ujian yang Allah bagi sebenarnya bukan sekadar nak uji iman, tapi nak kita lebih mendekatiNya. rintihan kita kepadaNya bila kita dalam kesusahan. kalau kita ta merintih kat Allah, kita nak merintih mengadu kat sapa? reflect diri.
lepas aku terfikirkan semua tu, selepas aku reflect diri, selepas roomate aku post tentang kehilangan aku kat fb, tiba2 aku dapat pagglan daripada pejabat kolej, supaya tuntut barangan aku yg hilang tu kat pejabat dengan segera. korang tau apa aku fikir? sesungguhnya Allah itu lebih dekat dengan kita lebih dari apa yang kita dapat bayangkan, cuma kita ja yang menjauhi Allah, dan kita ja yang sombong dengan Allah.
tapi, apa yang aku nak sampaikan tentang kisah yang panjang berjela ni, bukanlah bermaksud dengan hanya kita muhasabah dan reflect diri, terus Allah bg hidayah, terus Allah bg jalan, terus Allah ampunkan dosa. bukan macam tu.. tapi ia lebih kepada bila kita reflect diri, kita akan ada usaha untuk perbaiki kekurangan. usaha kita tu melalui amal ibadat kita, pengaduan dan rintihan taubat kita pada Allah. kita tingkatkan lagi dari biasa, bila kesusahan letakkan pergantungan penuh pada Allah,dan lain2.. hidup dan iman ni ibarat roda, tapi jangan lah bila kita diuji tu, kita jadi lemah dan malu untuk bangun semula.
mohon maaf atas segala keterlanjuran berbahasa. semoga kisah di atas dapat dijadikan pengajaran buat kita semua. letakkan pergantungan penuh kepada Allah, selalu reflect diri dan perbaiki. hidayah Allah tak datang bergolek.
wallahua'alam~