Wednesday, December 28, 2011

:: apids 92/93 ::







dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

sabda Nabi saw, mafhumnya, "Seorang mukmin bagi seorang mukmin itu satu binaan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian dan orang Islam itu seperti satu badan jika sakit matanya sakitlah sekaliannya dan jika sakit kepalanya sakitlah sekaliannya."



alhamdulillah, misi yang kami, [sahabat2 apids 92] kembara kami ke Nilampuri untuk memberi sokongan dan membantu adik2 apids 93 telah berjalan dengan lancar, hadaf yang kami letakkan, tercapai, malah ia adalah satu kejayaan yang besar buat kedua2 belah pihak.

apabila saja mendengarkan khabar bahawa adik2 mempunyai masalah ukhuwah, takdak seorang pun daripada kami semua berasa tenang. bahkan, hari2 kami nak sangat cepat berlalu supaya dapat nak ke nilampuri segera. tapi, kami hanya merancang, Allah jua yang menetapkan. kami hanya berdoa, Allah jua yang menjayakan. Alhamdulilah, setinggi2 kesyukuran kepada Allah, misi dan hadaf sangat2 tercapai.

hubungan dua hala yang kami harapkan, berlaku dengan jayanya. perkongsian antara kami, telah berjaya memutikkan bibit2 ukhuwah yang baru, yang lebih manis, yang lebih bermakna, yang lebih segar, dan Alhamdulilah dan InsyaAllah, yang lebih kukuh.

kedatangan kami bukan berkonsepkan memberi, lalu pulang tanpa melihat feedback yang terhasil, tapi kami menggunakan konsep berkongsi, iaitu konsep memberi dan menerima. kedua2 pihak MESTI memberi sesuatu yang bermanfaat dan MESTI jugak menerima sesuatu yang bermanfaat. Alhamdulillah, tiada perkara yg tak diingin berlaku..

aku akui, pada awalnya semuanya agak kekok dengan adik2.. risaukan bagaimana penerimaan mereka, risaukan macam2.. tapi alhamdulillah, terdapat satu slot, yang bukan sahaja bagi aku memberi kesan kepada adik2, tapi jugak kepada kami, kakak2 n abang2.

teringat kata2 adik izzudin, "memang semua manusia tak sempurna, tapi ketidaksempurnaan itulah yang menyempurnakan kita." saling melengkapi antara satu sama lain. itu tugas kita dalam berukhuwah. bukan hanya berdiam diri berseorangan.

kata2 adik ammar, "dalam piramid kuasa, ketua mempunyai kuasa paling sedikit, tetapi mempunyai tanggungjawab paling besar"

banyak lagi kata2 adik2 yang masuk ke hati. muhasabah diri. masing2 ada khilaf. masing2 perbetulkan diri, barulah organisasi berjalan lancar. insyaAllah.
kadang2 kita tak perasan benda yang remeh, tapi, sebenarnya tak, kalau pihak tertinggi terlepas pandang, yang berada di bawah, wajib tegur. alhamdulillah, aku berharap sangat masalah adik2 dapat diselesaikan. masalah kami dalam organisasi jugak. insyaAllah...

pesanan untuk adik2, bukanlah kami wajibkan ini jadi tradisi dalam apids, tapi, kalau boleh, peganglah tanggungjawab sebagai ahli keluarga yang matang, bila anda semua dah dapat adik2 baru nanti, bantulah mereka. semua kita akan merasai benda yang sama, cuma yang berbeza, hanyalah masa kita laluinya.

akhir sekali,
bersyukur kami semua selamat sampai kat UMKL, meneruskan kehidupan selayaknya seorang pelajar.. insyaAllah.






wallahua'alam~