
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
syukur alhamdulillah. selamat sampai ke kedah tengah malam semalam. homesick aku dah terubat. =)
namun, dalam kegembiraan aku dapat pulang ke rumah, aku dikejutkan dengan keadaan sepupu aku yang dikejarkan ke HKL untuk pemeriksaan dengan lebih mendalam. aku mohon sahabat2 yang membaca post ni, doakan lah semoga tidak ada yang serius terjadi. doakanlah juga semoga dia cepat sedar dan cepat pulih. insyaAllah. amin. terima kasih.
sebelum aku balik kedah lagi aku dah dapat tahu tentang berita ni. memang teruk, tapi tidak sampai tahap kritikal. tapi, sebagai seorang sepupu yang dekat, sedikit sebanyak ia agak merisaukan aku. apatah lagi lah ahli keluarga dia kan.
dia terlibat dalam kemalangan di juru semasa dalam perjalanan nak ke kampung di parit buntar, perak. dari alor setar rasanya sebab dia belajar kat insaniah. mulanya di masukkan ke hospital di juru dan kemudian di pindah kan ke hospital pulau pinang kerana kecederaan yanga agak teruk. kat hospital pulau pinang, seorang doktor telah mengesahkan bahawa dia [sepupu] hanya mengalami sedikit kecederaan di kepala. tapi, ada kawan sepupu yang juga mengambil jurusan perubatan dan masih di tahap doktor pelatih, dia tak berpuas hati. sebab? sebabnya banyak pendarahan berlaku di telinga sepupu aku tu. tak mungkin hanya kecederaan yang sedikit. lagi pulak, sepupu aku dikatakan masih dalam keadaan separa sedar. dia hanya mengenali sahabat2 dan keluarganya sahaja, sedangkan keluarga2 yang lain, dia tak mampu nak kenal. bagi anda, anda rasa itu satu kecederaan yang sedikit? dia mungkin mengalami gegaran atau trauma kat kepala yang sebabkan dia lupa dan masih belum sedar sepenuhnya. kalau aku ada kat situ, aku rasa aku pun tak berpuas hati atas dakwaan doktor tu.
dan akhirnya semua bersepakat, cuba hantar dia ke HKL untuk pemeriksaan yang lanjut. aku kat sini hanya mendoakan yang terbaik untuk dia. nanti aku balik kl nanti insyaAllah akan pergi ziarah dia.
ada lagi perkara sampingan yang berlaku atas sepupu aku tu. tapi tak perlu dikisahkan kat sini. aku just nak beri pendapat aku kat sini. aku agak terkilan dengan sikap doktor yang digambarkan oleh famili aku. aku terkilan. aku xkatakan semua doktor di general hospital bersikap macam tu, tapi, ada cuma bukan semua. mungkin 2 3 orang saja, tapi, cuba la fikir, tugas doktor ni, tugas yang mulia. menyelamatkan nyawa insan. tapi, bila dicemari dengan sikap yang hanya sambil lewa, sikap tak prihatin, sikap negatif ni buatkan orang tak senang dengan kerjaya doktor.
kawan2 aku ramai yang apply medik. ramai yang dah fly dan bakal fly ntuk sambung pengajian dalam medik. dan aku nak cakapkan kat sini. kawan2 tolong la jadi doktor yang baik, yang amanah. tak kisah la korang bekerja kat general hospital ka swasta ka.aku tau pressure dia tak sama. tapi korang kena fikir amanah korang pegang. amanah yang korang pegang untuk selamatkan nyawa orang tu. tolong la jaga amanah tu. jangan jadi macam doktor yang rawat sepupu aku kat HPP tu. nak case close cepat2 so, diagnos sambil lewa saja. jangan sampai orang ramai hilang kepercayaan kat doktor2 macam korang nanti.
yang tu ja aku mampu katakan setakat ni. doakanla sepupu aku cepat sembuh dan semoga keluarga dia tabah hadapi ujian ini. amin.









