mEmoRi~
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Baru abih jelajah semua video2 dan gambar2 yang ada dalam lappy. Tapi tu tak masuk semua yang ada. Ada lagi blungguk dalam komputer kat ruang tamu tu, tapi komputer tu dah lama sangat menternak viruses, so mlas nak bukak. Nanti masuk kedai plak lappy aku ni.
Erm.. tengok video lebih member kesan berbanding sekadar melihat gambar kaku,, tapi video tu pon penuh gambar la jugak + ada la sikit2 rakaman. tapi video ni sebab ada lagu la, ada tulisan2 lawa la.. tu yang kadang2 yang ati keras pon boleh cair. Nangis. Aku memang mengaku aku slalu sebak dan kadang2 menangis bila tengok video2 n gambar2 kenangan yang pernah dirakamkan sebelum ni. Esp dengan kawan2. Dengan femili aku kurang bergambar skit. Dan zaman aku meningkat remaja n dewasa ni, memang tak dapat dinafikan aku hidup banyak dengan kawan2. Memang la slalu balik rumah masa lower form dulu, tapi balik umah kadang2 tu tidoq ja, bukan p ngadap mak ayah pon. Tapi, ngan kawan2, memang tak ngadap orang yang sama setiap saat, tapi, waktu bjumpak tu lebih kerap. 5 hari seminggu jumpa muka yang sama setiap hari, ka kelas, waktu assembly, waktu rehat, waktu p kelas, waktu selisih ngan kelas lain tyme waktu nak p lab, men2 ngan kawan2 tyme pj, bersembang tyme sikgu takdak dalam kelas, p toilet sekali tyme ngantuk + cikgu xdak + baru bangun tido. Kongsi makanan + makan curi2 tyme cikgu ngajaq sebab xmau bagi mengantuk, balik skolah sekali, p surau sekali, bjalan nak p mkan tengah hari sekali, makan ngan geng, beratur amik nasik n lauk [lower form], tolong cedok nasik kat kawan [upper form], pastu bergosip tyme makan, bangun pas makan sekali, siap2 nak p prep sekali, p prep sekali [aku slalu p skola n prep sorang2], sembang2 dulu sebelum prep, buat homework skali, tido tyme prep skali, gerak kawan yang tido tyme prep, bjalan p toilet skali tyme prep, balik prep skali, p solat bjemaah skali, bjalan balik dorm sekali, tyme exam turun blik stdy, study ngan geng meja skali, supper skali, bincang2 skali, soh kawan gerak bila nak naik bilik pas stay up, tolong gerak kawan yang tido tyme stay up. Jadikan bilik study sebagai bilik tetap, kena denda ngan warden, bawak benda haram, kemas bilik ngan loker tiap hujung minggu, ready ntuk inspection, sarapan pagi ngan nasik lemak skali, turun makan tyme spm skali, waaaaaahhh banyak lagi,… tapi aku dah xmampu nak sebut. Ni baru separuh aku kira. Sangat banyak
. Aku rindu ngan kawan2. aku penah kena denda. Aku penah lalui saat2 yang bagi aku, xla baik. Aku penah dituduh khianat kat orang, sedangkan aku hanya lah seorang plajar yang teraniaya sebab balik dorm awai [xpi supper]. Aku penah rasa nek pentas walaupun skali. Haha aku penah rasa disakiti, aku penah rasa syok gila ngan kawan2 buat keja gila. Aku rasa kecewa. Aku rasa adventurous bila ayaq xdak. Aku rasa best. Aku rasa hebat dok ngan kawan2 yang hebat. Aku rasa macam hidup aku banyak warna. Aku pernah rasa macam mana mula dari kosong [atau myb negative], sampai dah positive value. Aku penah rasa dikhianat. Penah rasa xmau maafkan orang, penah rasa suka kat senior [kisah dulu2 k], penah jadi budak yang sangat nakai. Penah jadi otai. Penah jadi skema. Penah jadi budak luruih. Semua penah. Tapi aku xla multiple personal disorder ye.
Aku just nak cita, betapa warna warni zaman sekolah aku, sekolah menengah. 2 buah sekolah yang pernah aku duduki. Kadang2 aku rasa, budak2 yang baik sangat ni, xbest hidup dia.. xdak cabaran, dan kadang2 aku rasa, budak yang nakai sangat pon xbest hidup dia, terlalu banyak sangat cobaan. Terpikir gak, which life is better? Tapi, at last, aku dapat konklusi sniri bila aku banyak kali tengok, banyak kali ulang memori2 dulu, yang mana best, yang mana xbest, tu bergantung kat individu tu sniri. Macam aku, aku suka
dua2. Baik dan nakai. Dua2 pengalaman ni, buat aku pilih ntuk jadi yang pertengahan. Bagi aku baik tu terlalu lame, dan nakai tu terlalu kejam. So, aku nak jadi yang tengah2..
memori….
tak kan terpadam selagi kita tak melupakannya~
= dapat inspirasi nak tulis ni pas tengok video sahabat2 5 itqan 09 =



