
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
hari ni aku kuar dengan spupu aku. g jalan2 n shopping kat lowyat. kawan2 suma sibuk, so aku ajak la spupu aku kuar...aku buli dia soh tunjuk jalan, ajaq aku cena nak p tempat tu tempat ni.. jahat ngoh aku ni an.. haha [jangan tiru aksi ini]
awal2 pagi nak keluar tu, lepas sarapan, aku baru terperasan, banyak gila orang kat lif, kafe n foyer D kk12. im wondering.. dan memang betul, senior2 yg degree yg bukan first year baru dftar balik. huhu aku rasa gerun gila,,, aku rasa tersangat rendah diri. sebelum ni aku tengok adik2 pasum ilek ja.. xla pandang rendah, tapi, dah depa pangkat adik2 kan. so xla asa len sangat kalau buat muka skupang, tapi tadi, terasa yang diriku amatla ciput nak dibandingkan dengan kakak2 yg jauh hebatnya dari aku. jauh hebatnya dari budak pasum. aura diorang tu macam aku nampak2 ja. huhu.. gerun kan?
okeh berbalik kepada cerita lowyat tadi. okeh sekarang aku dah tau jalan nak p lowyat. so sesapa nak ajak aku p, roger je yer.. macam2 la kami buat tadi. shoping n melagha kat times square plak pas p lowyat. [sila jangan tiru]. pastu makan2 dan balik. masa balik tu, sepupu aku tu terjumpak kawan dia. so, aku pon terikut sekali la. almaklum la nama pon 'dating' kan. so, aku diperkenalkan sebagai sepupu terhormat beliau. haha bangga gak aku tapi muka buat series ja. taktau napa, tapi aku suka nak orang tau aku ada sepupu. haha buat mcam orang len xdak spupu lak..
so, kisahnya abih situ ja la.. apa yang aku nak cita ialah, masa dah balik, kira2 time interval jalan nak p toilet [toilet aku jauh, so time interval panjang sikit], aku terfikir sesuatu.. aku teringat kisah addin yang diperkenalkan oleh benz kat kawan benz yang gatai/jahat [shah namanya kalau xsilap], sebagai perempuan murahan tak silap. taktau kenapa tiba2 aku terpikir benda ni. aku terberlakon balik dalam kepala aku, yang sepupu aku buat cetu bila dia perkenal kan aku kat kawan dia tu tadi. [maybe dalam scene kat kepala aku tu kawan dia jhat gak kot, tapi yg betul2 punya baik la.. =p ] aku tanya kat diri aku sendiri, agak2 aku meluat dan alergik kat sepupu aku tu sama macam addin alergik kat benz tak. 8 tahun ++ kot. lama tu.. dan aku terfikir, sepupu aku sanggup ka dia nak kata cetu kat aku? huhu
kalau anda lah, anda akan buat cetu tak? kalau anda dalam situasi spupu aku, bukan dalam situasi benz yer,, haha.. benz tu lain la, addin tu xdak darah daging ngan dia pon. ni spupu yang dok kawan dari baby sampai tua bangka ni.
bagi aku la, myb aku akan salah paham mcam addin gak kot. aku ni kan cepat baran. huhu.. huhu macam fisha n kucai cakap 'dia[benz] sayangkan kau, sebab tu dia buat camtu' sayang ka cetu? asal xbelasah je kan? bak kata addin masa benz konfes kat dia. sebab tu kawan dia, xkan dia nak belasah.. hmm betul gak..
tapi bukan jugakla salah addin bila dia bersikap camtu. pada pendapat aku, setiap wanita yang dikatakan macam tu, mesti marah esp dari seorang yang dia suka,,terasa diri dikhianati kot,, [addin kan suka kat benz dah tyme tu hehe ] so yang mana bagus? yang mana elok? ikut pendirian masing2 la.. masing2 dah besaq, len orang lain alasannya... =)
moral of the story dari awal2 tadi [for us to share n remember] :
1- jangan rasa diri besar, sebab ada yang lagi besar dari kita
2- jangan dok p dating sebarangan
3- greet la kawan anda bila saja anda jumpak ngan kawan2 anda,,, frens make your life colourful you know,,
4- berfikir dulu sebelum nak cakap papa, lebih baik diam dari bercakap sesuatu yang tak berfaedaH
5- pandai2 la buat konklusion dan buat la keputusan yang tepat tentang sesuatu pendapat..
wallahua'alam~
p/s: aku hanya nak tulis apa yg aku terfikir dalam time interval tu ja, kalau tak bermanfaat dan tiada kena ngena antara semua cita2 tu,aku mohon kemaafan~