

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
pernah rasa tak orang buat salah kat kita, dan kita rasa berat hati nak maafkan? tambah2 lagi kalau salah yang besar, dan berulang2 dia buat kat kita? penah rasa kita buat salah kat orang, dan dengan rasa bersalah dan mintak maaf tu tak mampu buatkan seseorang itu maafkan kita? pedih kan? perit rasanya.tambah2 lagi kita buat banyak2 kali. macam tu la perasaan orang bila kita tak maafkan diorang atau, kita maafkan tapi tak ikhlas. memang sangat sakit. tapi nak buat camna, nasi dah jadi buboq. nak patah balik pon, benda dah terjadi, kata dah terkeluar, perahu dah berlayar, mana bleh nak undur dah. terima ja lah. salah sendiri pulak tu. kat sini aku nak nasihat la, kalau nak komen apa2 nak cakap apa2.. pikiaq 100x dulu la. sungguh, bila ada orang marah, kecewa, sakit hati ngan kita, kita takkan senang duduk walaupon kita tak tau dia sakit ati sebab apa. sungguh. aku banyak kali buat kat orang, dan banyak kali dah rasa sakit camni. so, nasihat aku, tolong jaga hati orang sebelum memulakan kata2 atau sebarang apa2 la yang boleh buat orang benci kat kita.. dan bertindak bijak la bila menggunakan sebarang perantaraan IT kerana ia boleh membuatkan orang tersalah tafsir.
wallahualam~
dan, AKU MINTAK MAAF BANYAK2 KALAU DAH SAKITKAN HATI ANG. SUNGGUH AKU NAK MELAWAK SAJA. MAAF, SORRY, BIANE , ASIFAH 'ALA KULLI HAL. [tolong maapkan weyh, xsedap ati ni]