
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Wahai sahabat,
Andai kau sayang padaku kerana tutur bicaraku,
Ketahuilah, aku mungkin akan menyakitimu dengannya,
Andai kau sayang padaku kerana peribadiku,
Ketahuilah, aku tidak sempurna,
Andai kau sayang padaku kerana kita sering bersama,
Ketahuilah, aku akan meninggalkanmu jua
aku hanya insan yang selalu berbuat kesilapan
aku hanya insan biasa yang lemah
maafkan aku sahabat.
Sahabatku tercinta,
Sayangilah aku sebagai temanmu
Terimalah aku ketika buruk dan baiknya diriku
Bersamalah kita bertaut di dahan keredhaanNya
Temanku,
Harapanku moga ukhuwah yang di bina ini
Berkekalan hingga ke syurga.
Amin.