Tuesday, May 29, 2012

:: keputusan ::


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

    Alhamdulillah.. result dah dapat hari ahad kelmarin. Terima kasih kat encik posmen yang tolong hantarkannya.  Rata2 sahabat2 yang saya Tanya keputusan mereka, semuanya tak kan berikan the exact number of the cgpa. So, aku pon xnak bagitau jugak. Yang pasti, memuaskan untuk aku. Walaupun agak kecewa. Tapi suka jugak. pelikkan double feeling nih.. Sebabnya aku amat yakin untuk sesetengah subjek tu aku rasa macam nak fail ja. Dan tambahan lagi, ada jugak subjek yang aku tak minat. tapi, alhamdulillah. Walaupun cgpa tu tak cukup untuk aku apply scholarship, tapi harapnya aku dapat la kos yang aku mintak tu. Tapi insyaAllah apa2 pun berserah kat Allah. Itu yang terbaik untuk aku.

  
      Aku memang ada subjek yang aku xminat.. subjek fizik dan apa2 yg sewaktu dengannya.. Subjek yang tak minat tu memang la aku bajet dapat rendah ja.. dengan kuiz pun tunggang terbalik ja markah.. [kuiz hanya ada untuk subjek fizik] tapi, Alhamdulillah. Subjek fizik, aku dapat result yang agak bagus jugak. Dan subjek fizik 4 aku [fizik ni bkaitan pasai magnetism la apa2 yang paling susah bagi aku untuk subjek fizik] , aku dapat lagi bagus daripada bio 1 fisiologi organism yang aku rasa aku boleh jawab dengan baik.





Sungguh la, apa yang kita usahakan tu, Allah jua lah penentu yang terbaik. Allah tau stakat mana usaha kita.  Apa2 pun, aku kena gandakan lagi usaha aku. Aku tau tu bukan 100% aku bagi. Tapi aku xdapat lari dari study last minute. Aku suka study last minute. Aku xleh nak konsisten dalam study, xtau paseipa. Xtau la kot2 genetik ka pa..  dan aku boleh study last minute, tapi, bukanla betul2 last minute, Cuma, aku hanya akan study bila ada test or exam. [jangan tiru sikap dan aksi ini]


Dan tahniah la buat sahabat2 yang dapat 4 rata, 3.9 yang hampir rata, 3.8, 3.79 yang dekat2 nak rata, 3.5 yang landai, 3.3 ,  3.2,  3.1  yang dah nak condong.. [ haha dok mengarut pa tatau ]

Keep it up ye sahabat2.. yang nak tukaq kos dan fakulti tu, semoga Allah permudahkan urusan korang.  Ingat ye, usaha kita tu salah satu sumber kejayaan kita, tapi, semuanya terletak pada ketentuan Allah jugak. 

insyaAllah jumpak lagi kita di universiti malaya nanti yer sahabat2.. 

Allahua'alam~








Saturday, May 26, 2012

:: saudara baru bertujuh ::


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


baru sedaq.. lama tak update pasai buku. . . selain dari lama tak beli, aku memang tak sempat nak baca pun.  dan interest aku nak membaca novel pon dah berkurang. mungkin pressure tyme study kot,, study ke? haha
dan sampai hari ni pon aku masih tak selesai lagi membaca kesemua tujuh buah buku ni..

aku beli buku2 ni guna baucer buku yang free tu. asalnya aku nak guna untuk beli buku study, tapi buku2 untuk asasi suma aku dah ada, so, nak beli untuk degree, aku taktau lagi dapat kos apa, dan nak simpan tyme degree, dah tamat tempoh pulak. dan pandangan peribadi aku, aku rasa rugi la jugak sebab dia punya 'best use before' tu abeh cepat sangat. sebab purpose utama kerajaan bagi baucher tu untuk beli buku2 pelajaran. tapi, tengoklah apa aku dah buat. huhu

so, daripada baziaq tu, aku beli buku yang dah lama aku nak baca, tapi tak terbeli. so, bila berlangsungnya pesta buku kat putra world trade centre [tak ingat bulan berapa], aku ngan roomate aku pon g la menghabiskan baucher yang masih berbaki. [awal2 tu aku dah beli buku rujukan]

walaupun aku ni kira outdated, baru nakbaca buku2 ni, yang dah lama kuar, aku xkesah pon.. baucher aku, mata aku yang nak baca, haha so, pepaham je la.. kihkih.. maapterkasaqbahasa


enjoy~

ni la PWTC kalau sesapa tak penah mai g..
[aku pon peqak first tyme aku jejak kaki kat cni]

buku yang masih berbalut plastik




ni semua buku2 berlatar belakangkan meja study aku



ni 3 buah buku motivasi karya hilal asyraf =)



4 buah novel karya ramlee awang murshid.. yang last xbeli lagi,, =)

 oleh sebab masa beli buku2 ni, final exam dah nak dekat, so aku decide nak baca kat umah. dan sekarang masih dalam proses menghabiskan.. huhu.. chaiyok..



 jom latih balik minat membaca kita. bukan setakat buku2 fiksyen saja, buku2 fakta pun [aku pon kena banyak 'exercise' baca buku fakta].

p/s: murabbi2 saya pesan, jangan dok baca buku2 ceni sangat. benda ni muhong ja.. kita sepatutnya kena baca buku2 yang realiti, buku2 yang buat kita banyak berfikir. maaf ustaz, saya cuba kurangkan dose buku2 fiksyen saya.






:: sandaran cinta ::


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

lagu ni seorang sahabat hadiahkan buat saya. dalam erti kata sebuah persahabatan kerana Allah... insyaAllah..
***


Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi

Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian

Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa

Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa

Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya

Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya...ooo...

Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa

Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia



:: shared ::

this what i got when i recite the holy Quran this early night. i want to share with all of you that directly or indirectly read this entry. hope all of us will get blessed by Him. sharing is caring rite~ =)


قُل يٰعِبادِىَ الَّذينَ أَسرَفوا عَلىٰ أَنفُسِهِم لا تَقنَطوا مِن رَحمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغفِرُ الذُّنوبَ جَميعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الغَفورُ الرَّحيمُ ﴿٥٣﴾ وَأَنيبوا إِلىٰ رَبِّكُم وَأَسلِموا لَهُ مِن قَبلِ أَن يَأتِيَكُمُ العَذابُ ثُمَّ لا تُنصَرونَ﴿٥٤﴾ وَاتَّبِعوا أَحسَنَ ما أُنزِلَ إِلَيكُم مِن رَبِّكُم مِن قَبلِ أَن يَأتِيَكُمُ العَذابُ بَغتَةً وَأَنتُم لا تَشعُرونَ ﴿٥٥﴾ أَن تَقولَ نَفسٌ يٰحَسرَتىٰ عَلىٰ ما فَرَّطتُ فى جَنبِ اللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ السّٰخِرينَ ﴿٥٦﴾


surah az-zumar : ayat 53-56
(39 : 53-56)

translation in malay :

ayat 53 :

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya (kecuali syirik). Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

ayat 54 :

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).

ayat 55:

Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya,

ayat 56 :

supaya jangan ada orang yang mengatakan: "Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah).


i will not explain it further because i'm not the right person to do that.since i've no experience in giving explaination from the verses of Quran. so, i'm only share it with you, and hope it will give us direction.
and may Allah bless us. 

Friday, May 25, 2012

:: b.e.R.d.E.b.a.Q ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

debaran terasa
ada antara sahabat2 dah dapat keputusan masing2
keputusan peperiksaan akhir semester 4 yang lalu
yang bakal menunjukkan 
yang bakal menjadi penutup
bakal menjadi
konklusi
untuk kesemua 4 semester untuk asasi
penentu pilihanku untuk ijazah sarjana muda nanti

*ayat xbleh blah.. huu


aku tak pasti sejauh mana usaha aku
aku tak pasti sebanyak mana penat lelah aku
aku tak pasti cukup atau tidak doa aku
Allah
permudahkan lah urusan kami.. rabbi yassir wa la tu'assir
perkenankan doa kami
amin~