Friday, July 29, 2011

:: penangan HERO vs study ntuk midsem ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

baru selesai habiskan sebuah novel.

tapi study ntuk midsem test xabih lagi,, =.="

papa pon insyaAllah dapat ibrah yang banyak dari pembacaan tu.

amat banyak.

bagi aku, akan terasa lengkap lagi bagi sesiapa yang penah baca novel kombat, karya faisal tehrani.

kebangkitan islam yang minoriti, yang terasing, yang melalui liku2 dalam perjalanan.

apa yang aku boleh katakan.

subhanallah.

novel yang ,enjadi wadah untuk kita buka mata.

kalau situasi kita sama seperti dalam kedua2 novel itu, apakah watak kita?

adakah kita sebagai hero yang dikirimkan Allah?

adakah kita jahiliah yang meracuni ummah?

adakah kita hanya orang2 yang memerhati?

adakah kita tergolong dalam golongan korup?

adakah kita tergolong dalam orang2 yang mendekatkan diri kepada Allah?

adakah kita sudah berusaha sehabis mungkin untuk kemaslahatan ummah?

adakah kita, sudah beriman dengan sebenar2 iman?



jawapannya, tepuk dada tanya lah iman masing2..



walaupun ini sekadar renungan, tapi, renunglah dengan mata hati, bukan dengan mata yang tidak menenmbusi maksud tersirat. sesungguhnya hidayah itu milik Allah 'azza wajalla.


Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang, pintu taubat sentiasa terbuka selagi belum terlambat, berusahalah ke arah kebaikan. fastabiqul khairat.

dan jangan lupa, sahabat2 yang ketinggalan, jangan biarkan mereka terus tertinggal, patah balik, dan seiringan lah bersama. kadang2 dalam dunia ni, ada orang yang tak tahu meminta. mereka tidak tahu bagaimana nak mintak tolong supaya kawan2 yang dihadapan menoleh, dan lihat, "aku masih dibelakang, pimpinlah aku.." mereka tidak tahu. sentiasalah tanamkan kepekaan terhadap sahabat2 sekeliling kita. walaupun dia berdiri di sebelah, tapi hakikatnya dia jauh terkebelakang. bantulah dia semula. bersama menuju redha Ilahi.


wallahua'alam~


Monday, July 25, 2011

:: yaNg maNa saTu piLihaN qaLbu? ::




dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

hari yang xproaktif dan xproduktif.. keja tido je aku arini..

bukan yang tu main point aku nak cita kat sini.

petang tadi aku tengok cita yang lama aku xtengok. hehe 2 days and 1 night. sapa tau reality show ni angkat tangan! yeah xtau la brapa kerat yang tau kan. ni reality show korea. aku xla obses ngan korean drama, film or reality show. tapi aku suka gak tengok2 ni. cita depa best. ok2 dah2..

aku nak cita something yang aku pon xsure nak mulakan cena.
ok camni, bagi sesapa yang dah tengok kisah ni, biasa dah la kan cena depa punya game. bagi sesapa yang xtau, ada 6 artis korea dalam kisah ni. depa ni kena maen game ntuk dapatkan sesuatu habuan. aku xsure dah brapa lama on air cita ni. tapi aku rasa lama gakla depa dok shoot. okeh, task yang depa dapat ntuk episod ni, [banyak task sebanarnya, tapi yang aku nak cita ni satu ja] depa 6 orang ni telah diasing kan. pastu, kena pilih sorang dalam semua2 tu, yang paling baik ngan diri depa.

semua depa ni memang xleh pilih antra semua tu yang mana paling baik ngan depa sebab semuanya baik. semua sama rata. cuma depa perlu buat pilihan jugak sebab tu game kan. kalau pilih si A sebab kita selalu maen bola ngan dia, tapi kita akan terfikir lak, si B ni kita slalu sembang2 ngan dia. tapi si C ni pon besa gak dok kuar jalan2 n shoping2 ngan dia. so, nak pilih yang mana? dan pilihan tu mestila tepat, maksudnya kalau si A pilih si D, si D pon kena plih si A. tu baru persahabatan sejati. haha

memang kita tak dapat buat pilihan kalau di tanya macam tu. sebab rasa kasih, sayang, cinta ni sumanya subjektif. perasaan ni xdapat di ukur macam kita ukur warna kulit dalam iklan garnier light tu, xleh ukur macam dalam experimen momentum dalam fizik, hatta kita nak bagitau percentage perasaan kita tu pon xboleh. kita hanya boleh katakan sayang banyak atau sikit secara umum saja. xboleh nak bagitau secara terperinci. maksudnya macam hari ni aku sayang ang 10 peratus ja, esok ang bagi aku hadiah, aku cinta ang 99.89 peratus. no way.




aku terfikir gak, kalau aku la yang jadi macam tu, kena pilih satu antara dua or satu antara semua kawan2 yang paling aku sayang atas muka bumi ni, aku rasa aku boleh gila. aku sayang suma kawan2 aku. memang betoi, aku akui, ada yang aku sayang sikit, ada yang aku sayang banyak. tapi xdak pon had2 sayang kat kawan2 kan atau bila aku jumpa seseorang tu, tiba2 kat dahi aku tulis 'aku sayang xxxxxx banyak dari aku sayang zzzzzz'.. memang xdak la. hati orang mana kita tau dan hati kita mana orang tau. Allah saja yang tau apa yg ada dalam hati tiap2 dari makhluknya.

so, korang dah fikir ka sapa yang korang nak pilih, andaikata korang menang percutian ke disney land,syaratnya, korang kena pergi berdua dengan sahabat yang korang cinta dunia akhirat. korang rasa nak pilih sapa? dan agak2 orang bertuah yang kita pilih tu, akan pilih kita gak ke kalau dia tu ada kat tempat kita? pikir2 kanlaa... [sebab tu kalau menang apa2 tiket percutian, org xletak syarat cetu, kalau x, suma org pening nak memilih]



jadi, kita sayangi lah sahabat kita seperti kita menyayangi diri kita sendiri. tak payah letakkan siapa sahabat di tangga pertama kedua atau keseratus sekalipun. sayangi lah sahabat seperjuangan, seakidah, dengan ikhlas dan jujur. sayangi secara total. dah ingat, [untuk diri sendiri semestinya dan ntuk sahabat2 yang sudi membaca] jangan kisah sejauh mana sahabat2 sayang kan kita, tapi kisah sejauh mana kita sayang kan sahabat2 kita.


we can't enter another's heart, but just follow your heart. love them while you can, and insyaAllah, with help of al-Khaliq, they'll love u back. [^_^]



p/s : jangan memilih sahabat yer~

wallahua'alam

Saturday, July 23, 2011

:: rinDu~ ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,,



aku sebenarnya rindu sahabat2 klas 5 itqan 2009 dulu. aku ada gmbar2 diorang, tapi, aku xwat pon video. so, bagi melepas rindu, aku tengok la gambar2 sahabat2 apids aku. aku harap dengan ni, aku dapat lepas kan rindu aku kat sahabat2 itqanian 09 yang jauh di mata, tapi dekat di hati. insyaAllah.



pesanan penaja : ada sedikit kesilapan teknikal pada video ini. harap maaf.




..أحبكم في الله حبا جما



Friday, July 22, 2011

:: Ooh balik kampong! ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

hari ni hari last sebelum bermulanya cuti mid sem esok. last kuliah. last tutorial dan last lab ntuk penggal pertama sem satu ni. kalau dah sebut midsem, memang tak dapat dipisahkan la dengan cuti dan exam.


kalau cakap pasai cuti, sebelum2 ni aku xdakla semangat gila2 pun nak balik. tapi nak la balik. sapa tak mau balik kalau dah cuti seminggu. tambah plak dah 2 bulan xbersua muka dengan famili tercinta. tapi, dah masuk minggu terakhir ni, dan hari ni, hari terakhir ada kat um ni sebelum btolak balik malam nanti, aku jadi bersemangat lak nak balik. hehe. ada yang buat tutorial sambil dengar lagu balik kampung la. aku tengok2 video tu, jadi excited sama. haha..





pesanan penaja : sila abaikan pelakon2 di dalam ni. sila paham mesej 'balik kampung' yang cuba saya sampaikan saja.


aku sebenarnya balik dari kuliah biochem tadi terus ke kafe. aku tengok ramai sangat parents yang bersama anak2 dan yang tak bersama anak2. mungkin anak2 depa xabih klas agi kot. huhu aku rasa jeles pon ada gak. tapi xpatut la aku rasa cetu. sebab, kawan2 aku yang jauh2 lagi susah nak balik. aku ni, mak ayah x amik pon aku still boleh balik lagi nek bas. ni diorang yang dok sabah serawak tu, nak kena naik belon. tiket belon dah la mahal. [belon = aeroplane] so, bersyukurlah asma ye. n sahabat2 yang terpikir benda yang sama ngan aku, [^_^]


[muka ceria berbunga2]

dah abih cakap tentang cuti, tibalah waktu yang dinantikan, exam menjelma selepas cuti berakhir.haha. aku ni, bukanlah jenis yang top student, so mau xmau, aku tetap akan rasa kecuakkan untuk menghadapi exam midsem ni, walaupon hanya multichoice question. tapi aku akan cuba tambahkan effort aku ntuk subjek2 ni. aku xmau men2 dah. insyaAllah. aku risau gak, dok umah ni banyak cobaan dan godaan. dari rumah tu sendri hinggalah kepada perkakas2 dalam rumah tu. huhu..


[harap2 pas exam suma xjadi ceni yer]

papa pon, harap semua [aku dan kawan2 n semua warga pasum] dapat manfaat kan cuti dan peluang yang ada ntuk study dan dalam masa yang sama bermesra dengan famili ntuk sesapa yang balik. sambil menyelam, minum la ayaq. gambatte kudasai.

wallahua'alam



Tuesday, July 19, 2011

:: tolong amik pengajaran ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

arini test fizik. sungguh aku xpenah frust macam ni bila tyme bio walaupun aku xtau nak jawab. aku tetap boleh hentam apa yg terlintas kat kepala. tapi melihatkan fzik tadi, aku rasa percentage untuk aku mendapat 0 adalah 97%. tau apa perasaan aku?
sepatutnya xdak perasaan sebab dari dulu lagi aku tau aku xsuka fizik, tapi tadi, aku sangat cuak. aku sangat risau. aku sangat takut. walaupun masih ada lagi 3 test, tapi, yang lain2 tu lagi la xjamin aku nak dapat markah berapa. huhu



kisah aku dengan en fizik ni. aku dah clash nagn dia dari f4 lagi. tapi, dia still stick ngan aku sampai ke hari ni. aku janji aku xmau amik fzik, tapi sampai hari ni aku masih belajar fzik. aku tak salah kan takdir. tapi, aku masih xnampak lagi hikmah yang tersembunyi. hijab yang menutupinya masih belum terbuka.

jujur aku cakap, memang aku tak minat fizik, walaupun aku minat ntuk tau. aku suka gila tengok cita mythbusters. yang tu best. tapi ntuk aku belajar, aku sangat xmampu. mungkin otak aku dah diprogramkan ntuk bio kot. bio ngan fizik umpama langit dengan bumi.

tapi, tak minat xbermakna aku xmau improve. siyesly, aku nak improve fizik aku. aku nak! tapi aku sangat lambat ntuk menerima input dari subjek fizik. kalau dah input pon sikit, bayangkanla outputnya macam mana. mestila lagi sikit. aku cuba nak berbaik2 ngan en fizik ni, tapi, masih di tahap yang sama. mungkin dia merajuk ngan aku sebab aku slalu kata aku xsuka dia kot. plus, aku pernah kata aku 'benci' fzik. aku tau, tu salah aku. sebab bila aku kata camtu, dari segi psikologinya, ia akan effect aku pnya pemikiran ntuk tdak menerima input dari subjek ni dan aku akan buat sambil lewa. huhu.. teruk kan? so jangan ikut macam saya.

sebenci2 atau selemah mana pon anda dalam sesuatu subjek, jangan lah anda berputus asa. aku skarang ni nak pulun [maksudnya berusaha kuat gila]habisan ntuk recall balik subjek ni. insyaAllah.




akhir kalam,, bittaufiq wannajah..

wallahua'alam