Friday, July 22, 2011

:: Ooh balik kampong! ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

hari ni hari last sebelum bermulanya cuti mid sem esok. last kuliah. last tutorial dan last lab ntuk penggal pertama sem satu ni. kalau dah sebut midsem, memang tak dapat dipisahkan la dengan cuti dan exam.


kalau cakap pasai cuti, sebelum2 ni aku xdakla semangat gila2 pun nak balik. tapi nak la balik. sapa tak mau balik kalau dah cuti seminggu. tambah plak dah 2 bulan xbersua muka dengan famili tercinta. tapi, dah masuk minggu terakhir ni, dan hari ni, hari terakhir ada kat um ni sebelum btolak balik malam nanti, aku jadi bersemangat lak nak balik. hehe. ada yang buat tutorial sambil dengar lagu balik kampung la. aku tengok2 video tu, jadi excited sama. haha..





pesanan penaja : sila abaikan pelakon2 di dalam ni. sila paham mesej 'balik kampung' yang cuba saya sampaikan saja.


aku sebenarnya balik dari kuliah biochem tadi terus ke kafe. aku tengok ramai sangat parents yang bersama anak2 dan yang tak bersama anak2. mungkin anak2 depa xabih klas agi kot. huhu aku rasa jeles pon ada gak. tapi xpatut la aku rasa cetu. sebab, kawan2 aku yang jauh2 lagi susah nak balik. aku ni, mak ayah x amik pon aku still boleh balik lagi nek bas. ni diorang yang dok sabah serawak tu, nak kena naik belon. tiket belon dah la mahal. [belon = aeroplane] so, bersyukurlah asma ye. n sahabat2 yang terpikir benda yang sama ngan aku, [^_^]


[muka ceria berbunga2]

dah abih cakap tentang cuti, tibalah waktu yang dinantikan, exam menjelma selepas cuti berakhir.haha. aku ni, bukanlah jenis yang top student, so mau xmau, aku tetap akan rasa kecuakkan untuk menghadapi exam midsem ni, walaupon hanya multichoice question. tapi aku akan cuba tambahkan effort aku ntuk subjek2 ni. aku xmau men2 dah. insyaAllah. aku risau gak, dok umah ni banyak cobaan dan godaan. dari rumah tu sendri hinggalah kepada perkakas2 dalam rumah tu. huhu..


[harap2 pas exam suma xjadi ceni yer]

papa pon, harap semua [aku dan kawan2 n semua warga pasum] dapat manfaat kan cuti dan peluang yang ada ntuk study dan dalam masa yang sama bermesra dengan famili ntuk sesapa yang balik. sambil menyelam, minum la ayaq. gambatte kudasai.

wallahua'alam