Friday, April 29, 2011

:: 1/2 VS 1/2 ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

situasi yang setengah orang boleh terima dan setengah orang tak leyh terima..



miss D : cik E, jom p dengar ceramah kat surau. dengar kata pengetua kolej yang sampaikan.

miss E : err.. yaya.. kejap lagi la saya follow [tak follow pon]



miss D : cik E, dengar kata ada benda best kat surau. pengetua kolej pon mai. jom pi tengok
miss E : ya ka? ehh,, jom2x.. cam menarik ja bunyik nya [tertarik dan berjaya memollow]

[] mungkin penggunaan 'ceramah' itu membawa persepsi boring bagi sesetengah orang yang beranggapan ianya hanya membuang masa. cuba dengan cara tidak menyebut perkataan 'ceramah' itu.

====================================================================================


miss D : cik E, kita bertanggungjawab untuk berdakwah kepada orang lain.

miss E : saya tak hebat macam awak lah cik D!



miss D : cik E, apa kata kita sampaikan apa yang kita dapat kat orang lain. sharing is caring right?
miss E : yes! you are correct. lepas saya hadam benda2 ni, saya nak cita kat jiran bilik saya.. =)

[]sesetengah individu merasakan dirinya tidak sehebat orang lain. dengan alasan merendah diri, dia mungkin tidak mahu menceritakan pengalaman yang diperoleh kepada orang lain. ingat! yang penting, butir penyampaian, bukannya orang yang menyampaikan.dan penyampaian itu hendaklah tidak terhad kepada tujuan 'berdakwah' semata2, tetapi juga dalam bentuk perkongsian cerita sesama manusia2 tersebut yang maksud tersiratnya juga dikira sebagai berdakwah [kadang2 tidak disedari orang lain].

====================================================================================


miss D : weh cik E, kapel tu haram tau dak? dok kapel paseipa? [nada serius]
miss E : suka ati saya laa... yang jiran selang tiga bilik tu kapel awak tak kesah plak?



miss D : cik E, naqibah usrah saya cakap, kapel tu tak baik. boleh menyebabkan kita terjerumus ke arah penzinaan. zina tu kan haram =) [nada lembut + slow approaching]
miss E : tapi saya kapel islamik
miss D : tapi wak.. islam hanya halalkan hubungan kapel ni melalui jalan nikah saja awak.
miss E : tapi saya tak der wat salah pun
miss D : skarang takder lagi la awak. mana tahu, nanti2 berlaku. takkan awak nak bagi suami awak kongsi awak dengan lelaki lain andai kata jodoh awak bukan dengan kapel awak sekarang?
miss E : dah tentulah tak nak
miss D : awak gantikan cinta lelaki tu dengan cinta Allah. Allah sentiasa ada untuk kita awak..
miss E : macam mana nak rasa cinta Allah tu?
miss D : awak cuba cintakan Allah dulu, awak berdoa dan meminta HANYA padaNYA dan awak kenalah husnuzhon pada Allah. =)

[] isu penting yang dekat dengan hati seseorang terutama remaja. amat susah untuk leraikan ikatan 'kapel' ini. dan ianya tidak boleh dipaksa. ada yang melakukan sekadar suka2 dan ada yang tahu akibat, tapi terjerumus juga. ianya memerlukan kekuatan dari mana2 belah pihak. kita tidak boleh bertindak untuk mereka tetapi, hanya diri mereka sendiri. dan usaha untuk 'menasihati' mereka perlu lah berterusan tetapi, berhati2. kerana golongan ni agak cenderung untuk melarikan diri.

=====================================================================================


miss D : eh,awak, cuba lah pakai pakaian yang tutup aurat sikit.
miss E : dah kira tutup dah la ni awak oii..



miss D : awak, awak pakai yang longgar dan labuh sikit ye lain kali
miss E : kenapa pulak?
miss D : tadi ada orang tengok awak macam melekat ja bijik mata dia kat awak. saya risau jadi apa2 kat awak
miss E : uihh, seramnya... [berjaya berubah]
miss D : tu lah, tapi ubah ckit2 la, janji awak pakai ikut syara'

tunjuk melalui pemakaian kita sendiri. dan nasihat secara perlahan2.


[]tidak menyeluruh, tapi ini mungkin pandangan sesetengah pihak apabila ada orang mengajak ke arah kebaikan. cara sudah betul, mungkin kurang tepat kerana kita kena mengajak atau menyampaikan ikut tahap pengetahuan dan iman seseorang itu, bukan ikut tahap pengetahuan kita.

[] maaf, mungkin tidak menepati mana2 selera pembaca, tapi ini berdasarkan imaginasi, kisah benar yang berlaku. maaf atas kekurangan yang berlaku[]

:: sEsuNgGuHNya ::




sebenarnya...
hati ini cinta kepada MU
sebenarnya...
diri ini rindu kepada MU

tapi aku tidak mengerti
mengapa cinta masih tak hadir
tapi aku tidak mengerti
mengapa rindu belum berbunga

sesungguhnya walau ku kutip
semua permata di dasar lautan
sesungguhnya walau ku siram
dengan air hujan dari tujuh langit MU
namun cinta takkan hadir
namun rindu tak akan berbunga

ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepada MU
tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri
ku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kauthar

sesugguhnya walau ku kutip
semua permata di dasar lautan
sesungguhnya walau ku siram
dengan air hujan dari tujuh langit MU
namun cinta takkan hadir
namun rindu tak akan berbunga

jika tidak mengharap rahmat MU
jika tidak menagih simpati
padaMu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih MU kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada MU
moga ku tahu syukurku
adalah milik MU

Thursday, April 28, 2011

:: situasi cik A, B, C ::

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

miss A, B, C ialah pelajar dari kolej Dunia Baru. mereka yang pada awalnya tidak biasa dengan keadaan di dunia baru memulakan perjalanan kehidupan mereka di sana dengan penuh gigih. akhirnya, mereka berjaya mengatasi masalah mereka itu. namun, pada suatu hari.....

miss A : cik B, macam mana kita nak bawak imej kita ni dekat adik-beradik kita ea?
miss B : hmmm kenapa tetiba tanya nih?
miss A : saja.. tetiba terpikir. rasa macam susah la..
miss B : agak ar, diorang tak sama pemikiran macam kita
miss A : betul2.. kalau kat tempat saya tu kan cik B, kita pakai stokin, mesti akan rasa panahan mata orang dok tengok kita
miss B : sama la tu cik A.. tapi tempat saya xdak la camtu, tapi masa awal2 buat perubahan dulu, kena la jugak tempias macam tu, tapi sekarang dah ok. diorang dah boleh terima
miss C : wah dok sembang tentang apa nih. macam best ja
miss A : hah cik C. awak kat luar, awak pakai macam mana?
miss C : saya? saya pakai biasa2 saja. tak la macam kita pakai sekarang kat dunia baru ni. erm.. susah lah. awak tahu, kalau saya pakai tudung labuh, kawan-kawan saya macam tak nak berkawan dengan saya.
miss A : pastu cakap kita ustazah kan? kan3x?
miss C : aah.. betul3x... bukan apa, saya agak malu la. macam kat sini lain la, semua orang pakai macam ni, tak la terasing sangat.
miss B : hehe memang pon. tapi tak buleh jugak jadikan itu sebagai alasan untuk kita tidak mencuba kan? kita kena cuba try test dulu. biar lambat, biar selow, tapi sikit2. saya suka orang panggil saya ustazah. walaupon saya tak nak jadi ustazah. hehe
miss A : tapi kalau cuba pastu bila orang kata, kita jadi tak kuat, then, tukaq jadi yang asal balik. kan ka tak elok tu.
miss C : aah.. betul cakap cik A tu.. saya ni tak cukup kuat lagi la.. huhu cemana. tapi dalam hati, ingin sangat nak berubah. macam cik Q tu, siap pakai purdah lagi
miss B : kita jangan kira dengan orang lain. cik Q tu, dia ada fikrah. famili dia pon sumanya berfikrah islamiyyah. memang padanlah dengan dirinya tu. macam saya, saya pon tak baik. awak jangan ingat saya ni baik. kita tetap ada kelemahan. saya dulu, saya mula pakai stokin masa keluar rumah, sejak pindah sekolah baru. tapi, tudung masih tudung biasa. dan masa tu jugak saya mula belajar nak pakai tudung bila balik kampung, depan sepupu2 semua. memang pertama kali tu, rasa macam nak yang terakhir kali tau. diorang kata:" kak B, nak p mana tu?" "kak B, awat pakai tudung dalam rumah?" macam2 lagi lah. ada jugak sepupu yang lelaki yang dia dah besar, tapi mungkin dia ingat pakai stokin tu masa skolah sja, dia kata :"kak B, awat pakai stokin, macam orang baru lepas pantang" dalam ati, Allah ja tau. nak nangis pon ada tau. tapi, kita kena sabaq la,, ujian suma tu. nak tengok, kita teguh tak dengan pendirian kita. pernah satu kejadian tu, memang saya nangis betul2 la. sepupu saya yang lelaki, dia kata, " ang ingat semua perempuan pakai tudung labuh tu baik?" dia cakap depan saya, dan saya agak terasa yang kata2 itu dituju khas kat saya. hancoq leboq hati ni. tapi, saya pkir baik2 la. dia mungkin tak tuju kat saya kut. pastu, lama2 diorang dah senyap la, anggap perkara tu dah biasa. bahkan, diorang lebih hormat pada saya. =)
miss C : waah, cik B, awak hebat. tapi saya tak mampu lah.
miss B : astaghfirullah.. mana ada. saya pon masih belajar lagi. tudung saya pon, saya masih mencuba. saya cuba pakai tudung bulat kita tu di luar. cik A, cik C, kalau kita tak cuba, kita tak tau
miss A : betul, saya setuju. biar perlahan2 janji...
miss C : ISTIQAMAH! hehe..
miss B : tepat sekali
miss A : cakap pasai istiqamah ni, dulu kawan saya ada cerita. dulu dia dengan sepupu dia dok try pakai tudung la kat kampung. tapi dia kata dia xboleh. dia tak kuat. tapi sepupu dia tu. macam nak lawan ngan dia. balik2 kampung terus pakai tudung labuh. tapi, akhirnya, tak berkekalan pun. dan alhamdulillah, kawan saya tu berjaya istiqamah walaupon dia mula lambat dan hanya pakai tudung biasa.
miss C : hmm.. tak semestinya yang mula awal tu bagus kan, yang penting, istiqamah. sesuatu pengakhiran itu, tidak ditentukan dengan awalnya.
miss B : betul tu. niat kita dengan Allah lah yang penting. setinggi mana keikhlasan hati kita untuk berubah ke arah kebaikan. bukannya nak menunjuk2.
miss A : saya suka cara kita berbincang macam ni. menarik.
miss B : aah.. belajar dari kesilapan.
miss C : belajar dari pengalaman
Miss A, B, C : hehehe...









*nota penulis
kisah ini adalah kisah benar tetapi para pelakon dirahsiakan identiti mereka demi keselamatan insan sejagat

Friday, April 15, 2011

haRi LasT~

dengan nama Allah yang meha pemurah lagi maha mengasihani..

- hari ni dah 15 april 2011..
- petang ni ada jamuan perpisahan untuk majmuah 9 atau lebih dikenali sebagai nine's members
- esok, 16 april 2011, selepas exam muet, aku akan meninggalkan apium ni ntuk meneruskan perjalan ku ke hadapan
- lama dah perasaan ni bertapak lam ati.. tapi saja buat xpeduli,, tapi harini perasaan tu datang lagi,, nak layankah? bermakna aku xmahu maju kehadapan.. atau buat dunno aja? bermakna aku seorang yang lupakan jasa.. neither
- ok, dua2 perasaan tu ada dan aku cuba meneutralkan semula hati dan perasaan ni
- perpisahan memang akan berlaku, [wajib] jika sudah ada pertemuan..
- aku akan pergi bersama barisan saff pelajar2 apids ke k.L..
- baca dan dengar saja dah gerun, mampukah aku? mampukah kami? penampilan kami, gaya kami, cara kami, ukhuwah kami, diterima di sana?
- yang terasing
- itu pasti
- islam hadir dalam keadaan yang asing dan pulang dalam keadaan yang asing juga, maka beruntunglah orang2 yang asing..
- menguatkan pegangan dan keyakinan di hati untuk melangkah
- melangkah bagi menanam usaha dan menuai cita2
- semoga dipermudahkan
- perpisahan di apium akan menjadi titik mula di pasum
- ya Allah kurniakan kami semua kekuatan bagi menghadapi ujian di sana, sesungguhnya kami gentar tanpaMU, tapi, kami yakin jika bersama MU,,
- sungguh, perkuatkan dan perteguhkan iman kami ya Rabb..
- kukuhkanlah ikatan ukhuwah kami hingga ke syurga
- bantulah kami dalam meniti ujian hidup di medan sebenar
- amin ya rabbal 'alamin


asma zakiah shaari
15 april 2011
04.11 pm
bilik A110
apium np..

Sunday, April 3, 2011

eXaM sCHeduLe

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

banyak sangat benda yang nak di post, tapi xterpikir lagi.. dalam ingatan aku skarang just nak wat yg terbaek dalam exam aku nanti, walopon hati dan perasaan aku mcam xdak perasaan ja terhadap exam2 tersebut.. [apakah?] papa pon all the best for my fren and i..

my exams schedule:

muet speaking test : 4 april 2011 0730
mathematic statistics and probability : 11 april 2011 0900
mathematic algebra and calculus : 12 april 2011 0900
muet writing and listening test : 16 april 2011 0900

16 april 2011, leaving apium for-ever [T.T]

may Allah bless all of us, the readers or the candidates,, hopefully HE gives us petunjuk during our examinations.. amin..

End