Friday, April 29, 2011

:: sEsuNgGuHNya ::




sebenarnya...
hati ini cinta kepada MU
sebenarnya...
diri ini rindu kepada MU

tapi aku tidak mengerti
mengapa cinta masih tak hadir
tapi aku tidak mengerti
mengapa rindu belum berbunga

sesungguhnya walau ku kutip
semua permata di dasar lautan
sesungguhnya walau ku siram
dengan air hujan dari tujuh langit MU
namun cinta takkan hadir
namun rindu tak akan berbunga

ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepada MU
tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri
ku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kauthar

sesugguhnya walau ku kutip
semua permata di dasar lautan
sesungguhnya walau ku siram
dengan air hujan dari tujuh langit MU
namun cinta takkan hadir
namun rindu tak akan berbunga

jika tidak mengharap rahmat MU
jika tidak menagih simpati
padaMu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih MU kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada MU
moga ku tahu syukurku
adalah milik MU