dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
syukur Alhamdulillah atas nikmat iman dan islam..
hari ni kitorang, AJK RIFQOH'11 ada menganjurkan pesta bubur lambuk dan iftar jamai'e kat kolej kediaman 12. aku rasa seronok sangat bila dah abis masak tadi. walaupon xsemua turun bantu, [aku pon turun lewat gak tadi], tapi aku rasa puas la. dah lama kitorang xkumpul2 ramai2 buat kerja camni.
walaupun tersangat la penat, tapi memang sangat gembira dan puas ati. walaupun tetap ada kekurangan dalam masakan kami tadi tu, tapi harapnya, adik2 pasum xserik la ye nak makan bubur lambuk lagi. hehe.. maaf la, bubur terkurang garam dan ayaq plak terlebih manis. maklum la, masing2 puasa kan.
aku xrajin nak cita dari mula sampai habis, tapi just nak gtau, kerja, kalau buat ramai2, dan saling tolong-menolong, memang seronok dan tidak membebankan. kalau penat, penat sama-sama. kalau kotoq, kotoq sama-sama. macam tadi, hujan lebat, [insyaAllah hujan rahmat pembawa rezeki] basah sama-sama. keliling kawah sambil kacau bubur tu, takut tempias ayaq hujan masuk dalam kawah. haha.. kenangan manis.
kalau la, mata dan fikiran aku ni boleh rakam kejadian2 tadi, dan aku boleh ulang balik apa scene2 yang best blaku tadi, dah lama aku wat filem. memang cantik sangat suasana tadi. ukhuwah [dalam erti kata gotong-royong] ni kan, kalau tengok saja pon dah syok tak terhingga, kalau kita yang rasa, memang berkali2 ganda la perasaan syok tak terhingga tu kan? dah tu, jangan lari dari wat keja ye, kalau x, anda yang jeles ngan sahabat2 lain. sungguh xtipu. [^_^]
so, ni aku sajikan sikit2 gambar2 kami bergotong-royong siang tadi, dan yg malam ni, aku xjoin sebab petang tadi dah seharian kat kawah tu, so, tukaq syif plak la..
sesapa yang rasa rugi tak join hari ni, or sesapa yang teringin nak rasa perasaan yang aku rasa tu, sila la anjurkan aktiviti2 gotong-royong macam ni yer.. =)
[calon-calon isteri solehah]
[ calon-calon suami yang rajin *hahaha ]
[sugar glider si muslim, namanya roslan =) ]
[ famili dija yang banyak membantu, terima kaseh banyak2! ]
[ bersemangat nak 'mengacau' bubur ]
[ wajah2 ceria tukang2 masak ]
[ saling bantu membantu dalam sesi 'kacau-mengacau' ]
[ khusyuk dengar penerangan ]
[ mendapat gelaran baru ; budak kecik pahang =p ]
[ pembantu setia dalam kalangan pelajar2 pasum ]
[ wajah2 ceria walaupon kepenatan ]
[ bergabung tenaga ]
[ bergambar kenangan dengan wak dan keluarga ; sifu bubur lambuk kitorang =) ]
so sahabat2, memang kita akan rasa berat nak buat kerja kalau kita fikirkan beban kerja itu, tapi kita fikirkan silatulrahim yang terjalin, kemanisan ukhuwah yang terikat, insyaAllah kerja yang susah, akan dipermudah. sungguh, kerja kami yang bermula dari pukul 8 pagi hingga pukul 7 malam tadi [dan mungkin barsambung semula pukul 10 hingga pukul 11++], lelahnya terasa, tapi kemanisan ukhuwah itu mengatasi lelah yang singgah. alhamdulillah...
wallahua'alam~