Thursday, June 27, 2013

=3

basmalah.

nak kemas barang pun sakit kepala. 

rasa macam makin bertambah pulak barang. 

macam keluar dari poket doremon.


pening, sakit kepala.

harapnya dapatla balik rumah dengan tenang untuk seminggu ni.

pastu nak datang semula ke kl.

untuk program ihya' ramadhan. =3

semoga di permudahkan urusan. sahabat2 len pun sama.

sekian.

tamat exam 2013

basmalah.

alhamdulillah, hari ni dah tamat final exam  bagi tahun pertama.

biasa la kan. 

aku taktau kali ni tahap apa usaha aku, tawakal aku. 

semoga dapat yang terbaik.

itu jugak yang aku harapkan walaupun mungkin usaha aku tak sekuat mana.

mana ada orang doa nak gagal. 

semoga Allah permudahkan. 

sekian.

Wednesday, June 26, 2013

berkorban hadiah. . .

basmalah.

aku bukan la nak berbangga. tapi aku memang seorang yang agak suka membaca.
tapi ikut jenis buku la jugak kan.

untuk pengetahuan, aku ada menjadi ajk untuk beberapa projek kolej kediaman. purpose nya untuk aku dapat stay kolej. haha nak bagi aktif la kononnya. ok bukan itu fokus hari ni. fokus hari ni, kedua2 projek ni di bawah satu jkp [ala, nama panjang dia aku xingat, ala2 organisasi mpp jugak, tp untuk kolej je] projek2 yang aku join ni bawah JKP Kerohanian dan Perpaduan.

masa awal2 dulu, projek pertama aku, iaitu projek Minggu Manifestasi Islam 2013, ada anjurkan jamuan la untuk ajk2. so, aku pun join la. dan adat orang2 kat sini, memang suka bertukar2 hadiah. tapi, aku pun suka, so, tak kisah lah. malangnya, aku tak ready, dan taktau nak beli apa. sebab selalunya, hadiah yang aku slalu bagi kat orang, aku akan bagi buku, sebab aku suka buku. dan aku xkeluar memana, dan kebetulan aku memang ada banyak buku, jadi, aku korban kan la satu buku kesayangan aku. orang kata, kalau nak hadiahkan sesuatu kat orang, hadiahkan barang yang kita sayang. dengan berat hatinya aku hadiahkan la buku tersebut. buku yang baru beli dengan buku yang kita dan lama beli + dah baca, memang berat hati. taktau la orang lain kan.

dan orang yang bertuah tu, pengerusi JKP yang dapat, haha bertuah betul beliau dapat buku tu. aku dah la siap tulis g, 'semoga bermanfaat kepada pemilik baru buku ni'. ayat baik punya sebab nak tutup nama ngan tandatangan aku atas buku tu. haha takut kantoi! dan sehingga sekarang aku harap xkantoi. tajuk buku tersebut ialah 'FANZURU' karya Hilal Asyraf. dan balasannya aku dapat sekotak gula2 kunyah~untuk pengetahuan, sesi bertukar hadiah semua dijalankan secara undian nombor. jadi, memang random habis la.

cerita kedua,

jamuan anjuran JKP yang sama, tapi kali ni, kumpulkan semua projek bawah JKP. ada dalam 3 atau 4 projek kalau tak salah. dan kali ni berlainan bangsa dan agama. dan seperti biasa, orang2 kat sini memang suka bertukar2 hadiah. dan aku memang sangat tak ready, sebab minggu exam, lalu aku mengorbankan lagi satu buku aku. oleh sebab aku fikir ada campuran agama, jadi macam tak proper la aku bagi yang berciri keagamaan. so, aku bagi la buku cerita english yang aku ada. haha. dan selamat la dapat kat seorang budak tu. aku tak hadir pada hari kejadian, so, aku malas nak amik tahu sapa. dan balasannya aku dapat juga hadiah buku, tapi buku nota, bukan buku cerita. tp kelainan sikit, hadiah yang aku bagi tu, memang tak bermanfaat sikit. dah nama pun buku cerita. ala2 novel gitu.

dan tambahan,

 kalau aku bagi hadiah, kebiasaan aku, aku suka balut hadiah tu dengan sekurang2nya 10 helai surat khabar dulu baru aku balut dengan pembalut hadiah. sweet kan? tahniah la kat pengerusi JKP kerohanian dan perpaduan sebab dapat rasa perasaan 'sabar' bila dapat hadiah aku. haha kenapa xsebut budak sorang lagi ni? sebab hadiah budak sorang ni [yang dapat buku cerita english ni] bukan aku yang balut, so, xdak la cabarannya.

cerita panjang yang takda faedah sangat.

setiap orang ada pandangan dari kaca mata masing2. macam aku, aku suka bagi atau share dengan orang benda yang aku suka, macam buku. kalau orang lain suka makanan, maybe dia express kan kesukaan dia melalui makanan. so, kita kena hormati lah. aku suka dan puas hati orang dapat share macam yang aku dapat macam aku baca buku tu la kan. apa yang aku dapat, dia pun boleh dapat.

jadi, kalau kita nak bagi hadiah kat orang, bagi la hadiah yang kita sendiri sayang, walaupun, kadang2 cita rasa kita ni berbeza, tapi tak salah kalau nak share kan kesukaan kita dengan orang lain.

sekian.

Tuesday, June 25, 2013

:: clarify ::

basmalah.


blog ni memang untuk buat jurnal seharian je. 

kalau nak perkara yang bermanfaat, sini tak sesuai sangatlah.

ni pun sekadar suka2.

dan dah disabled kan komen supaya boleh menconteng kat sini dengan lebih tenang.

hahahahahaha [nada sopan]

insyaAllah kalau ada yang 18cc [18cintancintun geligeleman]

aku akan warning dulu.

supaya takda yang muntah hijau, muntah darah dan sebagainya.

ni jurnal ye. 

it more or less like a diary. 

the end.


hari ini. . . .

basmalah.

hari ni hari kedua last exam.
hari ni hari ketiga rasa jerebu.
hari ni frust sikit dengan paper biostatistik.
hari ni roomate aku dah habis exam.
hari ni makan nasi kukus ayam berempah.
hari ni pakai baju kurung putih hitam bunga merah.
hari ni pakai kasut coklat.
hari ni minum neslo ais.
hari ni study 'aqaid islamiyah untuk esok.
hari ni insyaAllah hujan.
hari ni nyaris nak kena langgar ngan keta kelisa putih.
hari ni pakai topeng g exam hall.
hari ni jumpa kawan2 sama kos.
hari ni rasa malas nak study.

kalau lah segala nikmat yang Allah kurniakan, kita mampu hitung dan list kan macam ni. betapa banyaknya. setiap hari, jam, minit, dan saat tidak putus2 nikmat yang Allah kurniakan. sudah beryukur kah kita?
Alhamdulillah. insyaAllah hari ni hujan, doakan. semoga hujan turun, supaya sejuk sikit bumi ni, dan kurang sikit jerebu. Allah baru uji kita yang di sekitar selangor dan kuala lumpur dengan jerebu selama 3 hari, Allah dah turunkan hujan. tanda apa lagi jika bukan Allah sayangkan kita? Alhamdulillah.

hari ni nak study habisan, walaupun rasa kemalasan. esok dah boleh start berkemas barang yang berlambak2. semoga Allah permudahkan paper 'aqaid islamiyah esok, jam 1130, dewan 1.
insyaAllah.

sekian.