Monday, February 10, 2014

cinta lagi ..

bercinta.

tetiba rasa nak bercakap hal ni.
hal dalam hati ni hanya Allah je yang tahu. tu pun kalau kita sendiri tak cerita kat orang lain.
benda2 yang berkaitan dengan nafsu ni, manis sangat. dan ianya juga menyebabkan ketagihan. 
macam mana mau tahu ketagih atau tak? tengok perubahan yang berlaku pada diri ketika dalam proses bercinta. serius ada perubahan. 

kalau kita cintakan sesuatu. kita mesti mau dekat selalu bukan? mesti mau sentiasa ada dengannya. heh. itu perkara biasa. tu salah satu perubahan yang menyebabkan ketagihan tu. cer ulang tayang semula apa yang korang dah lakukan. betul kan? 

kisah sendiri, simpan je la. xpayah bagitau orang lain okeh? 

aku pun nak mengingatkan diri aku. saja aku tulis kat sini, sapa2 yang terlintas tu. bacalah ye.

cinta ni sangat luas nilai dan maknanya.
setakat mana kita letak benchmark sebagai cinta sejati, cinta abadi, cinta setia, cinta kasih sayang, dan cinta sebagainya. 
kita yang letak tahap pada cinta itu
kita yang membentuk cinta itu.
kita yang menentukan nilai cinta itu. 

namun, adakah penilaian kita itu sama dengan pemilik cinta?

aku dah kata tadi nilai dan makna cinta itu sendiri sangat besar, luas, dalam, tinggi dan apa2 saja yang menggambarkan betapa besar dan banyak makna dan nilai cinta. jadi, jangan limit kan nilai dan makna cinta dalam kesempitan otak kita. 

luaskan. besarkan. hebatkan nilai dan makna cinta. 

=3

Sunday, February 9, 2014

words are swords

basmalah.

Bila Allah sudah pasangkan 'lampu' hidayah dalam hati seseorang, jangan pula kita pergi padamkannya.

ndak kira la siapa pun 'seseorang' itu. atau siapa 'kita' itu. mungkin boleh jad diri sendiri yang memadamkan lampu hidayah yang Allah beri.

pertahankan hidayah yang Allah berikan. berdoa sebanyak2. semampu2. =3

Wednesday, January 29, 2014

Sunday, November 10, 2013

an F

assalamualaikum

lama tak jenguk ke sini. meluah perasaan. heww

ni mungkin sharing ntuk menyedapkan hati sendiri.

aku baru je dapat result satu subjek test midsem dulu.
aku dapat 'F'.
gembira tak?
rasanya, F tu pernah ke termasuk dalam senarai untuk di target? [ayat cam apa gi]
aku pernah je dapat F dulu. sem lepas.
sem ni aku macam terkejut katak.
tapi muka kool.
hati retak.
cuma tak berderai.

aku mencari.
kat mana aku silap.
silap study ka, silap kerja ka [untuk pengetahuan aku sedang berkerja part-time], silap susun masa ka, silap meeting ka, silap berorganisasi ka. atau masa jawab tu aku ke laut.
dan bila hati tak tenang. macam2 tergambar. macam2 kita nak decide. macam2 kita nak terminate.
i want to quit this and that. i dont want to have a meeting anymore. i dont want to waste my time. bla bla n bla.

macam loser ke kalau share result fail kat sini?

jawapan tu simpan je la. bukan boleh jawab pon.

aku tuis berleter panjang2. balik2 muhasabah diri, jawapannya salah diri sendiri yang menyebabkan the whole things happen. yes.

ya, waktu tu aku ada masalah. masalah besar. yang aku simpan. terlalu rahsia. dan aku mula bekerja.
bila bekerja, aku dapat release tension dan aku terlalu fokus bekerja. walaupun aku tidak abaikan kelas, tapi fokus aku untuk study somehow, memang lari. aku xfokus.

so, reflection.

i dont know how to describe this.
hati retak.

Sunday, October 20, 2013