tetiba rasa nak bercakap hal ni.
hal dalam hati ni hanya Allah je yang tahu. tu pun kalau kita sendiri tak cerita kat orang lain.
benda2 yang berkaitan dengan nafsu ni, manis sangat. dan ianya juga menyebabkan ketagihan.
macam mana mau tahu ketagih atau tak? tengok perubahan yang berlaku pada diri ketika dalam proses bercinta. serius ada perubahan.
kalau kita cintakan sesuatu. kita mesti mau dekat selalu bukan? mesti mau sentiasa ada dengannya. heh. itu perkara biasa. tu salah satu perubahan yang menyebabkan ketagihan tu. cer ulang tayang semula apa yang korang dah lakukan. betul kan?
kisah sendiri, simpan je la. xpayah bagitau orang lain okeh?
aku pun nak mengingatkan diri aku. saja aku tulis kat sini, sapa2 yang terlintas tu. bacalah ye.
cinta ni sangat luas nilai dan maknanya.
setakat mana kita letak benchmark sebagai cinta sejati, cinta abadi, cinta setia, cinta kasih sayang, dan cinta sebagainya.
kita yang letak tahap pada cinta itu
kita yang membentuk cinta itu.
kita yang menentukan nilai cinta itu.
namun, adakah penilaian kita itu sama dengan pemilik cinta?
aku dah kata tadi nilai dan makna cinta itu sendiri sangat besar, luas, dalam, tinggi dan apa2 saja yang menggambarkan betapa besar dan banyak makna dan nilai cinta. jadi, jangan limit kan nilai dan makna cinta dalam kesempitan otak kita.
luaskan. besarkan. hebatkan nilai dan makna cinta.
=3