Monday, February 11, 2013

jom menangis.. =)

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

dengar lagu parodi MR Bie bertajuk Rasulallah. 

sayu

rindu

rasa berdosa

tersedar...

dah lama tak menangis

Allah..

kadang2 dalam hidup ini 

ada satu masa memang kita akan nangis

kalau x, kenapa Allah ciptakan air mata kan?

Alhamdulillah.

syukur atas nikmat dapat merasa untuk menangis

orang yang hanya tahu bergelak ketawa, 

yang lupa nak menangis

mungkin juga lupa cara untuk menangis

orang ini rugi

maaf



Sunday, February 10, 2013

nEw sHawL

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

semalam ada orang hadiahkan shawl

lawa

so, arini p kenduri

pakai shawl baru

first tyme pakai shawl seumur hidup

pulun belajaq kat utube

supaya dapat pakai shawl dengan betul dan mengikut syariat

alhamdulillah

dah balik kenduri

tapi tudung xbukak2 lagi

1 sebab ada abang ipar di rumah

1 sebab suka pulak pakai shawl ni

xmau tukaq tudung len

semoga dengan jatuh cinta pada shawl ni

akan membuatkan aku lebih istiqamah

dalam pemilihan dan pemakaian tudung labuh

insyaAllah. 

*ku tau aku gemok. so sila jangan komen pasai kegemokan aku. =p




Wednesday, January 30, 2013

M is for .......

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


aku penah cakap kat kawan aku.

aku nak kawen.

aku ada target dan perancangan.

tapi belum berjalan sepenuhnya lagi.

maksudnya aku belum bersedia lagi.

aku pernah cabar sepupu aku suruh dia tunggu aku, nak kawen skali. 
[maksudnya 2 pasangan la, bukan kawen ngan spupu aku tu]

tapi, aku yang kena tinggai.

dia dah jumpak bakal isteri dia dah.

insyaAllah nak kawen dah.

aku marah la dia,

tak tepati janji.

haha

tapi, hal jodoh ni urusan Allah kan.

sapa tau.

aku pun taktau

semoga dapat yang sesuai lah untuk diri masing2. 

dan diri ini.

complementary dan sekufu

not just equal.






2.0.1.3

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

alhamdulillah,, 
agak lama aku tak menconteng di sini. 
rindu.
 luahan yang terbit dari hasil pemikiran dan pementasan dunia. lama gak tak menulis. sejak mulai masuk semester pertama tahun pertama. agak sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tak lupa jugak 'study'. haha

banyak sangat benda yang berlaku dan agaknya aku tak termampu nak ceritakan satu persatu sejarah aku di  sem 1. 

secara langsung, secara sedar, dan secara tidak sedar..
tahun dah menginjak lagi satu angka. 
2013
the very first entry of this year
tak pasti akan ada lagi post selepas ni atau x
haha
penulis yang tak tegar rupanya aku ni

tahun ni
umur pun menginjak lagi
dah 21
bagaimana dengan segala persiapan? 
segala persediaan?
bukan tanya orang lain, 
tanya diri sendiri jugak 

tak tau nak jawab

haha

entahlah.. 
ikut flow je lah
ye tak?

lagi beberapa hari nak jejak masuk sem 2 pulak
padahal, rasa macam tak puas lagi cuti ni hah
orang lain ada yang xcuti pun
*kurang bsyukur

apa2 pun
semoga usia ni dapat mematang kan aku
dalam setiap perbuatan
perkataan 
kalau ada orang baca, 
ni jadi doa kan. 
kalau x, aku je yg baca,
doa jugak. 
amin.



Monday, November 12, 2012

loNgeR

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


alhamdulillah. sejak aku menjejak kaki ke alam degree, tak sempat nak update blog ni. malas dan banyak komitmen lain. Allah. penat. memang penat.

aku pernah tanya sorang kawan,

'ko tak rasa ka hidup kat universiti ni memenatkan? asal aku rasa camtu ea?'
'xde pon, aku banyak tido ja'
'aku pon, xla banyak tido sangat, tapi tido cukup la,, tapi aku xfeel lagi la hidup di uni ni, yang aku feel, duit cepat habis, tests, lab, keja banyak. tu tak termasuk yang projek2 lain lagi, persatuan2 lain lagi. sibuknya!'
'haha, ko ni masuk suma tu, dah perbetul niat belum?'
'errrk?'
'kalau kau buat tu tak ikhlas, memang la rasa penat. duit tu, kalau kita blanja, memang la cepat habis, cuba la  wat penyata akaun ke. baru nampak duit keluar masuk. baru kita ni berjimat.lagi, kalau ko xpush diri kau, sape lagi?'

it sooooooo true....

'dah tu aku kena buat apa weh nak bagi ikhlas? susah kot weh'
'ko penah jumpa quote ni x kat fb, kalau stress, check balik hubungan kita ngan Allah'
'.......'
'bagi aku benda ni looks simple, tapi betul. kalau ang ada mutabaah amal tu, memang ang bleh tau statistik hubungan ang ngan Allah cemana. tapi kalau xdak, pandai2 la nak check kan.'
'huhuhuhu'

[waktu berlalu.............................]


'ko ade ikut usrah tak?'
'ader, tapi tak start pon lagi.. takde orang panggil pon'
'aku ada la nak kongsi, sikit ni'
'hah, cakap la..'
'ko tau kan usrah tu bukan sekadar bulatan?'
'tau'
'ape lagi ko definisi kan usrah ni?'
'shopping ramai2'
'lagi?'
'makan reramai'
'xcukup2.. lagi2..'
'main sama2.. piknik, gosip? haha'
'haha betul la tu.. tapi......'
'cakap je la terus,,, '
'ko sedar tak yang kita sekarang tengah berusrah?'
'kita? berdua?'
'ye la.. berusrah ni tak semestinya kena cukup sepuluh orang, ada naqib yang spesifik baru boleh wat usrah. usrah ni fleksibel. hatta ko nak guna nama lain pon buleh. bosan gak asyik panggil usrah je kan. panggil la ape benda ko nak panggil pon. bagi aku, kita boleh saling memahami, saling membantu, itu la purpose usrah. tapi tu skop yg besar, kita ada nak bantu dari segi apa, nak fahami dari segi apa.. banyak la. dan xsemestinya perlu satu usrah je, ilmu Allah luas, dan merata2. tinggal kita nak dan taknak je.'
'tinggal nak ngan taknak tu la. cemana nak bagi 'nak' tu?' 
'tu tepuk dada, tanya iman.'
'iman mana? iman yang duduk blakang umah kau tu? hehehe'
'haaha ko memang nak kene kan,, dah la, ko tak payah pening2 hidup kat uni ni,, kejap je. ko cari la kawan yang betul. yang boleh bantu ko. yang boleh bagi nasihat berguna kat ko. insyaAllah, Allah bantu. tapi, ko kene usaha la. dekatkan diri ngan Allah selalu. Allah tu lebih dekat ngan kita, kita ja yang slalu jauhkan diri. Allahua'alam. jom makan. ko blanje'
'heheh,,,, ko la belanja. ko budak dapat biasiswa..'
duit xmasuk g la weh. 
'aku nak cendawan goreng'
'aku nak char kuey teow'
'set'
'set, haha'


#kisah sebenar hanya lah soalan pertama sahaja. yang lain hanyalah rekaan aku semata2 berdasarkan kisah benar yang belaku di sekeliling aku semasa hidup di universiti.