dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
alhamdulillah,,,
baru saja mendapat perkhabaran tentang course yang bakal di ambil untuk ijazah nanti.
lega hati dah tak tertanya2 lagi.
alhamdulillah, dapat pilihan pertama.
SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DENGAN BIOTEKNOLOGI
di bawah nama
SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DENGAN SAINS [SMPIS]
ATAU
APPLIED SCIENCE WITH ISLAMIC STUDIES [ASIS]
di bawah seliaan
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
moga Allah kurniakan kekuatan.
nak belajar ni bukan sesuatu yang mudah,
tambahan bila kita jauh dengan keluarga, yang ada hanya lah sahabat2. kita mudah terleka, kita mudah di bawa arus. aku tulis ni berdasarkan pengalaman. aku sedari tingkatan 1 lagi memang tinggal di asrama. sekarang, dari umur 13 tahun hingga ke 20 tahun. setiap tempat berbeza cara kita nak bawa diri. dulu dekat dengan rumah, kemudian makin jauh, sekarang bertambah jauh. bak kata orang tua2, pengalaman mematangkan usia. memang betul.
dan untuk terus kuat, tiada cara lain, memohon kepada Allah, saling membantu antara rakan2. bukan mudah nak berjaya. ni baru belajar. kerja2 islam jangan lupa. bila dah belajar, bukan bermakna kita perlu stop ntuk kerja2 islam. ianya complementary. seiring sejalan. kalau salah satu tertinggal,rosaklah kita.
point utamanya kat sini,, memang kita nak belajar sesuatu tu payah, jadi, mohon lah kat Allah, supaya diberi kekuatan. dan, janganlah tinggalkan kerja2 dakwah hanya kerana belajar. dua2 perkara ni perlu seiring. bagaimana perlukan coffee mate untuk hilangkan pahit nescafe, begitu juga perlukan gula untuk tambah kemanisan nescafe.