Saturday, January 1, 2011

Friday, September 17, 2010

rEuNioN oH rEuNioN~~

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi MAha Penyayang...

bersyukur ke hadrat Ilahi, aku masih lagi bernafas pada hari ni.. masih lagi dapat menikmati nikmat2 yang xterkira yang al-Khaliq kurniakan kepada semua makhluk termasuk diriku yang hina ini... Alhamdulillah atas semua kurnia...

dalam post kali ni, aku nak utarakan pendapat aku tentang reunion skolah aku yang baru ja lepas beberapa hari yang lalu.. okeh, aku mulakan dengan reunion yang kurang menjadi, yakni klas 5 itqan 2009.. kiranya boleh kot aku tukaq kepada jamuan hari raya 2010 itqanian-bukannya reunion sebab xsemua ada.. kerana kebanyakannya xdak transport dan ada masyaqqah tersendiri.. dan telah ditakdirkan hanya 3 org perempuan dan 7 org lelaki yang dapat menghadirkan diri pada hari tersebut iaitu, wannud, azim asmady, hakim, adiy, syarafi, shidi, kamil, fatin, fadzlina dan diriku sndiri dan tambahan ahli, ikhwan dan amru... walaupon kami bersepuluh ja yg berkonvoi dengan dua bijik keta, memang meriah jugak aku rasa... tapi memang aku xnafikan laa aku seronok dengan jamuan raya kat umah cikgu ni.. maybe sebab kami semua memang rapat masa form 5 dulu..k, tutup cita pasai jamuan/ reunion xmnjadi nih..

next, aku nak cita pasai reunion batch 8 smkas (skolah lama aku)... kami buat kat kelab cinta sayang, sungai petani, nek keta ngan musyi... ada la 2 org g ikut.. huhu... yg ni trus terang aku ckap kan, pada awal aku masuk tu, mmg aku rasa seronok sangat dapat jumpa kawan2 yg mmg lama gila2 xjumpa sejak aku pindah dari form 4 dulu (ada gak jumpak, muhong ar xjumpak langsung)then, bila dah lama2 tu, pas aku sudah makan, aku dah rasa boring.. tu satu, pastu, tetiba aku rasa mcm bukan reunion pelajar2 yang dihasilkan dari sekolah agama,,, (harap pembaca paham2 sendiri) dari segi pakaian, pergaulan.. aku mintak maaf kalu ada orang berkenaan baca post ni, tp mmg boleh tengok muka aku masam sngat tyme last2 nk abeh tu.. bukan aku xhepi dengan pjumpaan dan pertemuan ni, tapi, aku xrasa nikmat pertemuan yg sebenar,, xrasa kerinduan seorang sahabat pon.. ntah la..mgkin sbb aku pindah awal sama kot kan.. sebab kat situ, yg perempuan, aku sorang ja yang pindah kluar ke skolah lain, hasna xmai.. ok, boleh jugak kata, 'kami memang rapat' mcm ayat aku tulis kat atas td, tapi, xkan rapat sampai memandang remeh perbatasan yang telah syara' gariskan? tolong paham istilah rapat tersebut..
aku teringat mesej yang seorg sahabat lelaki sampaikan pada seorang sahabat perempuan aku sehari selepas gmbar2 reunion tersebut di upload di facebook, >>>--perkara paling besaq dan menakutkan = FITNAH--- xdak jaminan gmbaq2 tu hanya disimpan dan dilihat oleh mereka berdua. apabila orang lain tengok-bila dah upload dlm fb/kwn2 tgk di pc/hp depa, boleh jatuh fitnah.. e.g- depa amik berduaan ni kat mana? depa buat apa kat sana? silap2 semua yang hadir jatuh fitnah.. kesan fitnah sangat besar, sebab tu, dosanya lebih besar dari membunuh. kita yang amik gambar pun akan dapat saham skali dan itu lagi bahaya kerana kita yang jadi punca. kefahaman (tentang hal ini) yang ada mesti dikongsi, macam air, kalau tak di alirkan,akan bertakung dan akan busuk, jika dialirkan dengan turbine, dapat hasilkan elektrik yang dapat terangkan satu dunia~<<<<<< (mesej dari sahabat lelaki kepada sahabat perempuan, tanpa ada sebarang pengeditan)

bukan setakat hanya stakat bergambar berdua antara lelaki dan perempuan, cara berpakaian pun aku agak terkejut, yang ni aku xmau komen sangat, sebab aku pon bukan baik sangat,dan aku pon berpakaian biasa saja, kalau aku xmasuk ke um nilampuri, mungkin aku xdapat lagi hidayah Allah untuk berpakaian seperti sekarang.. InsyaAllah aku nak kekalkan cara berpakaian aku ni.. amin.. dan aku doakan semua sahabat2 kesayangan aku, dapat petunjuk dan hidayah Allah jugak.. amin.. tp, niat aku, bukan nak membanding2 kan ikup dengan smkas, point utama aku pasai reunion yang aku hadiri dan kelebihan serta kekurangannya..

ingatlah, iman xdapat diwarisi dan juga xdapat dibeli.. ianya hak Allah yang mutlak... semoga kita dapat ibrah dan jadikan sempadan segala apa yang tidak baik itu..

akhir kalam, segala yang baik datang daripada Allah, dan yang buruk juga dari pada Allah yang disandarkan pada diri ini, wallahua'alam....

Tuesday, September 7, 2010

RaMaDhaN deNgaN kEmuLiaANnYa, SyAwaL DeNgaN kEfiTraHaNnYa~

assalamualaikum...
dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihi...

dengan kamuliaan ramadhan yg masih berbaki,, aku panjat kan doa dan kesyukuran, kerana dapat beribadah kepada Allah tanpa ada gangguan2 fizikal melainkan gangguan nafsu semata2 (yang seharusnya dididik dari awal agar tidak mengganggu).. dan semoga ibadah2 yang dilakukan diterima oleh Allah dan dilipatgandakan pahala atas kebarkahan pada bulan ini.. ya ramadhan al mubarak.. ramadhan yg penuh keberkatan.. memamng ramadhan tinggal di penghujungnya, namun, mestilah diingatkan, ianya belum berakhir.. xusah girang menanti syawal apabila ramadhan masih di depan mata..

layanlah ramadhan sebaiknya, agar kemuliaan syawal dpt di rasai penuh kenikmatan seperti yg ramai org katakan, syawal itu bererti menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. tapi renungkan sedalam-dalamnya, benarkah kita benar2 berpuasa dalam erti kata sebenar? atau kita hanya menahan lapar dan dahaga kemudian kita katakan, 'aku sudah berpuasa'.. bolehkah begitu? fikir-fikirkanlah.. nasihat untuk diri terutamanya dan rakan2 seperjuangan..

harapan ku, kita semua dapat menyucikan diri daripada dosa yang pernah dilakukan agar dapat kembali kepada fitrah, sesuai dengan maksud aidilfitri itu sendiri yakni kembali kepada fitrah.. mungkin ini ramadhan terakhir, mungkin juga syawal terakhir. siapa tahu? wallahua'alam...

Sunday, August 1, 2010

ReHLaH APIDS~

assalamualaikum....
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

alhamdulillah,, skarang ni diberi kekuatan untuk menulis..
post kali ni aku nak perkenal kan batch apids yakni bebudak kos asasi pengajian islam dengan sains.. sebenarnya agenda kami pada hari tersebut iaitu pada 31 julai 2010, ialah nak makan kenduri sebenarnya,, kenduri kesyukuran lecturer kitorang buat.. boleh la kan tengok betapa semangat nya kami makan.. bukan sebab xpenah jumpak makanan, tapi sebab makanan tu sedap, dan kami xpenah pon kuar ramai2 camtu.. cam ukhuwah dan best sgt2 rasanya,,, yg paling lawaknya, aku ngan nasuha (bukan nama sebenarnya) ulang alik amik makanan smpai 3 kali.. mula2 makan nasik, pastu kuih,, nampak muffin, g kebas muffin tu plak.. mmg kmi la tolong habus kan.. tapi tujuan p kenduri memang untuk makan kan.. so, kami melantak la.. (maksud melantak bagi yang tak tau-makan dengan jayanya)....











k takpalah.. dah abeh makan2, kami pon bergerak la ke dalam bas semula dan mula bergerak ke masjid berdekatan untuk solat zohor.. ada gak la hamba2 Allah yang sempat tangkap gmbar kat situ.. cewah.. kenangan la konon kan... termasukla diriku ini.. haha tapi gambo masjid nya tu xder pon...



[bersama atiqah zul.. orang sik gak nii]


lepas tu mula lah perjalanan kami yang sebenar,,, jalan2 cari makan org kata... kami p pengkalan kobor,, tempat yg bersempadan dngan siam kot.. kalu xsalah aku la.. sebab tu pusat bebas cukai dan ada tulisansiam kat situ... hehehe... yang ni aku sempat bli bantai ja... jadik ar tu.. elaun pon xmasok agi...

acara kemuncak yang dinanti2 kan.. cewah.. hahaha.. kami p pantai seri tujuh... yaahh.. best tau,,, best gilaa,,, mmg menarik,,, pantai tu dah mmg cantik, dengan ada plak budak2 apids yg comei,memang bertambah seri la pantai tu... dari 7 seri, dah jadi berpuluh2 seri dah.. hahaha.. tapi mmg best la... insyaallah kita wat lagi rehlah kat ana2 nnt ekk...

Thursday, July 29, 2010

LoNg tYmE nO sEe~




assalamualaikum.. dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hambanya.. dah lama sangat2 rasanya aku xupdate blog ni.. akhirnya, setelah lama manghilangkan diri dalam dunia blog, setelah akaun fb aku di 'deactivate'kan,, setelah xdak tempat nak tuju kalau online, setelah xdak apa nak buat walaupon eseimen terlalu banyak, aku kembali tringin nak menulis blog.. hopefully my skill not disappeared as i do.. huhuhu..

sebenarnya ada satu perkara besar yang telah berlaku dalam hidup aku.. tapi aku xmampu nak meluahkannya dalam blog ni.. biarlah rahsia.. sebab ni ada melibatkan hamba Allah yang lain jugak.. aku rasa kadang2 aku dah cukup baik, tapi sebenarnya, aku amat99x la salah.. baik tu bukan la dari segi amalan ek, sebab aku tau amalan aku masih kurang, maksudnya baik dari segi nak tolong2 orang ni la.. baik dari segi husnuzhon pada org lain, baik dari segi menjadi role model pada org.. suma tu aku kurang lagi.. masyaAllah.. kurang lagi ilmu aku.. insyaAllah cuba topup sikit demi sikit..

xlama lagi dh nak menjelma Ramadhan yang di nanti2... ak harap aku dapat buang sifat malas2 aku ni.. aku cuba untuk jadi asma yang baru dan bulan ramadhan ni sebagai jalan yang dapat bawa aku ke arah itu.. insyallah....

hati ni rasa sangat sayu..... subhanallah~
aku stop kat sini dulu. insyaAllah aku cuba aktifkan diriku dalam berblogging ni.... semoga Allah permudahkan..