assalamualaikum...
dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihi...
dengan kamuliaan ramadhan yg masih berbaki,, aku panjat kan doa dan kesyukuran, kerana dapat beribadah kepada Allah tanpa ada gangguan2 fizikal melainkan gangguan nafsu semata2 (yang seharusnya dididik dari awal agar tidak mengganggu).. dan semoga ibadah2 yang dilakukan diterima oleh Allah dan dilipatgandakan pahala atas kebarkahan pada bulan ini.. ya ramadhan al mubarak.. ramadhan yg penuh keberkatan.. memamng ramadhan tinggal di penghujungnya, namun, mestilah diingatkan, ianya belum berakhir.. xusah girang menanti syawal apabila ramadhan masih di depan mata..
layanlah ramadhan sebaiknya, agar kemuliaan syawal dpt di rasai penuh kenikmatan seperti yg ramai org katakan, syawal itu bererti menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. tapi renungkan sedalam-dalamnya, benarkah kita benar2 berpuasa dalam erti kata sebenar? atau kita hanya menahan lapar dan dahaga kemudian kita katakan, 'aku sudah berpuasa'.. bolehkah begitu? fikir-fikirkanlah.. nasihat untuk diri terutamanya dan rakan2 seperjuangan..
harapan ku, kita semua dapat menyucikan diri daripada dosa yang pernah dilakukan agar dapat kembali kepada fitrah, sesuai dengan maksud aidilfitri itu sendiri yakni kembali kepada fitrah.. mungkin ini ramadhan terakhir, mungkin juga syawal terakhir. siapa tahu? wallahua'alam...