dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
alhamdulillah. syukur atas nikmat iman dan islam yang Allah kurniakan. hari ni kemas2 rumah along yang nak pindah hujung bulan ni. dan esok dah nak pulang ke rumah kat kedah. miss home so much.
setelah kemas2 baju, buku2 suma.. aku pun berehat sambil dengar lagu. ada satu lagu yang dah lama tak ulang dengar, lirik dia buat aku reflek diri balik. Alhamdulillah.. secebis lirik yang punyai makna yang mendalam bagi aku.
Tuhan..
hinanya hambaMu
mengecapi nikmat tanpa rasa malu
walau secangkir syukurku
dinodai dosa hiasan hidupku
hinanya hambaMu
mengecapi nikmat tanpa rasa malu
walau secangkir syukurku
dinodai dosa hiasan hidupku
alhamdulillah la kalau kita sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan. tapi yakinkah kita kita dah bersyukur dengan semua yang Allah berikan? tepuk dada tanya iman. refleks diri aku sendiri.
kehidupan kita sebagai pendosa, seharusnya kita juga perlu menjadi seseorang yang bertaubat yang tegar. bertaubat dengan segala dosa yang kita lakukan. supaya takat pahala kita tidak menunjukkan tanda negatif manakala takat dosa melonjak2. refleks diri sendiri asma.
alhamdulillah. kita selalu terlupa, tapi bersyukurlah. kita sentiasa juga diingatkan kembali untuk pulang ke jalanNya. nikmatnya rasa sebuah petunjuk dari Allah ni, bagi aku, seolah2 macam memandu dengan laju, melanggar semua peraturan jalan raya, kemudian kereta tiba2 hilang kawalan dan bakal berhadapan dengan kemalangan jalan raya, tetapi, sempat keluar dari kereta pada saat2 akhir sebelum kereta menjunam ke dalam gaung yang sangat dalam dan terselamat. kita buat pelbagai kesalahan, kemaksiatan kepada Allah, tapi Dia masih kurniakan petunjuk kepada kita. masih memelihara aib kita. masih menjaga kita. dan di manakah pula rasa kesyukuran kita? di manakah tanda terima kasih kita? refleks diri.
aku seorang yang sangat mudah cemburu. jujur aku katakan. aku sememangnya cemburu melihat sahabat dan sahabiah yang satu saf perjuangan dengan aku dapat istiqamah dalam perjuangan masing2. bagi aku, berubah tu memang susah, tapi, nak istiqamah berganda2 susahnya. tapi, tak membawa maksud kita kena mengalah kan,, yang penting, kita perlu usaha, tatkala lemah, minta lah pertolongan pada Allah dan sahabat2 yang sudi membantu. mustahil tiada.. pasti ada sahabat yang akan membantu. insyaAllah.
setakat ini sahaja yang terluah pada kali ni. banyak lagi yang berselirat dalam otak ni, cuma tak terkeluar. haha insyaAllah,, jom kita refleks diri, tingkatkan amalan harian, kurangkan berbuat dosa, perbanyakkan amalan yang beroleh pahala.. insyaAllah,, jangan lupa berterima kasih pada Allah sebab bagi peluang kat kita untuk berbuat kebaikan.
-AKU SAYANG ALLAH-
allahua'alam~
