Sunday, October 20, 2013

Friday, September 13, 2013

jadual baru. semester baru.

basmalah.

bermula semester baru. dah menjadi mahasiswa di tahun pertengahan. dah jadi senior. Alhamdulillah. masih dapat merasa nikmat Islam dan iman. juga syukur masih dapat menyambung pelajaran setelah 2 bulan berada di rumah membina lemak2. tahun kedua ni kami masing2 dah berpecah ikut pengkhususan masing2. yang biotechnology dengan biotech saja. yang biohealth sesama mereka. yang lain2 pun. namun, bila berkesempatan, cuba juga bagi berjumpa. apatah lagi yang kos fizik, langsung xbersua muka. bila ada rezeki, dapatla berjumpa. spas dan genetik. [aku sebutkan kos2 yang di bawah nama SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DAN SAINS saja.] 

jadual pun cantik je tersusun. ada jugak yg kena berkejar2,, tapi setakat ni, banyak rileks lagi la. mungkin sebab masih minggu pertama. suma orang buat tak kisah je kan. 

So, ini lah jadual aku. sekian.. 


Monday, August 26, 2013

ayuh menangis~

menangislah..
menangislah kerana mengingatkan kembali dosa-dosa dahulu. 
menangislah kerana takutkan azab-azab Allah. 
menangislah kerana rasa bersalah atas kesilapan dan kelalaian kita dahulu.
kerna dengan itu, Allah akan beri ketenangan.
merintihlah.. merayulah.. menangislah pada Allah. 
nescaya Allah akan berikan rasa tenang yang tak pernah kita rasa. 

Sunday, August 25, 2013

selagi hayatmu di sini -Devotees



selagi hayatmu di sini
akan kau meniti hari demi hari
suratan takdir yang menerka
bukan alasan untuk kau memendam duka

dirimu umpama purnama
yang hilang cahaya dimamah gerhana
terbenam di lubuk gelita
terbiar dirimu dicengkam derita

namun kupercaya suatu masa akan tiba
deritamu akan pergi jua
biarpun dunia memandangmu hina
tapi tak mengapa
ku kan bersamamu
mengharungi hidup ini

biarkan mereka kata apa saja 
biarkan mereka mencemuh menghina
pedulikan saja halangan yang tiba
semua itu adalah dugaan dariNya

tabahkan hatimu cekalkan jiwamu
pasrahkan dirimu padaNya Yang Satu
akan tiba waktu mereka tahu
siapakah sebenarnya dirimu

selagi hayatmu di sini - devotees