Sunday, July 28, 2013

=3

:: basmalah :: 

"He knows what is in the heavens and on earth; and He knows what you conceal and what you reveal: and Allah knows well the secrets of all hearts."


 Al-Qur’an [64:4]  

salam ramadhan kareem~

Saturday, July 13, 2013

Friday, July 12, 2013

. . . . .

basmalah.

geram.
mengada.
euu.
gedikz.
ape kes budak ni?
what the ..?
pffft..
zzzzz...
=.='
o.O?


mungkin ini kenyataan yang keluar bila tengok sesuatu yang tidak gemari di laman sosial.

mungkin status fb seseorang?
mungkin entri blog seseorang?
mungkinV-log seseorang?
mungkin gambar seseorang?
mungkin seseorang?

atau

mungkin perkara yang dibincangkan di whatsup kumpulan seseorang?
mungkin gambar di instagram seseorang?
mungkin panggilan di viber atau benda alah lain dari seseorang?

baru aku paham perasaan orang yang tegur status2 aku dulu.
weh, aku paham. 
perasaan yang aku nyatakan ni lah.
walaupun kadang2 aku tak sengaja gak ulang perbuatan pelik aku tu. 
[atleast aku xla cerita hal dalam kain]
aku nak kata aku paham perasaan tu. 

hanya boleh digambarkan dengan satu perkataan. 

ANNOYING

sekian.

baju kurung

basmalah.

perempuan melayu. istilah yang sarat dengan nilai ketimuran.

dulu, masa arwah tok ada, kalau balik kampung, tak boleh pakai seluar. kena pakai baju kurung. hatta kalau nak pakai tshirt dengan kain batik pun susah. tapi aku tak endah je. aku mana reti pakai kain batik masa tu. dulu nilai kewanitaan dan keperempuanan aku belum terserlah lagi. [cewah] haha.

setiap kali raya, mesti buat baju kurung. sekurang2nya dua pasang. alhamdulillah, memang aku biasa saja pakai baju kurung. bagi aku memakai baju kurung bukanlah penanda seseorang itu budak kampung. aku suka ja mengaku aku dari kampung. tapi aku tak suka kalau orang lain merendah2kan orang kampung dengan nak mengambil kesempatan. bukan semua orang kampung tak educated ok!

baiklah. hari ini saja nak ceritakan perihal baju kurung. bila aku dah memasuki alam universiti ni, dan dah rasa merantau ni [walaupun takla jauh sangat], aku dah biasa dengan pakaian yang kasual, mudah dan selesa. yang buatkan kita senang bergerak, memakai seluar adalah yang paling simple dan kasual. dan aku mengaku jugak, pakai baju kurung ni, kadang2 rimas.

aku terasa nak mencabar diri aku cuba memakai baju kurung lebih kerap dan bukan hanya pada hari raya, pergi kenduri, dan pergi kelas. orang kata, pakai baju kurung ni kolot. ada juga orang kata, pakau baju kurung ni ayu. aku tak kisah pun nak jadi kolot apatah lagi jadi ayu. haha. janji pakaian tu selesa.

perempuan melayu dan baju kurung. macam serasi je. sama jugak dengan lelaki melayu dengan baju melayu. baju pun ada bangsa. ok, aku melawak ja. aku taknak jadi perempuan melayu terakhir. tapi aku nak jadi wanita melayu yang penuh nilai ketimuran. cewwwwwwaaaaah! ok, bukan melayu saja. bukan nilai ketimuran saja. insyaAllah seorang muslimah, insyaAllah mukminah juga. doakan ye!

apa kaitan dengan baju kurung?
aku pun taktau. aku nak tulis entri pasai baju kurung. tapi yang aku merepek panjang2 ni aku pun tak paham. k, sekian.

p/s: baju kurung sekarang dah di eksploitasi. sama jugak macam busana muslimah. nama saja busana muslimah, tapi 'muslimah'nya tiada. tak cukup syarat menutup aurat~